Friday, August 02, 2019

TOP 5 DESTINASI WAJIB DILAWATI DI GOLDEN OUTBACK, WESTERN AUSTRALIA.


Australia sebuah negara yang cukup besar dan terkenal dengan tarikan keindahan alam semulajadinya. Kalau bercuti di Perth contohnya memang takberapa menarik sangat kalau hanya sekadar berada di sekitar bandar je. Jadi kalini saya nak share dengan korang mengenai Golden Outback.

Golden Outback ni merupakan kawasan laluan perjalanan yang mempunyai beberapa spot menarik untuk korang singgah. Dari rumah ke pantai dengan permandangan indah tanah yang luas dipenuhi dengan kepelbagaian bunga liar yang sangat menarik sudah semestinya dapat menjamin satu pengalaman pengembaraan yang cukup hebat.

Jadi apa yang perlu korang lakukan adalah dengan mengambil penerbangan selama lima (5) jam dari Kuala Lumpur terus ke Perth. Dari lapangan terbang Perth korang boleh menyewa kereta atau caravan dan memulakan perjalanan anda ke tempat-tempat popular di sepanjang perjalanan anda untuk meneroka Golden Outback.

1. WAVE ROCK


Bermula dari Perth, korang boleh menikmati pemanduan selama empat (4) jam dengan melihat pemandangan landscap menghijau yang cukup mengagumkan dan indah di kawasan ladang gandum dan canola ke bandar Wheatbelt di Hyden.

Untuk pengetahuan korang, Wave Rock dikatakan mengambil masa selama 2,700 juta tahun untuk membentuk dan naik sehingga 15 meter keatas.Ianya dikatakan sebagai salah satu ombak terbesar Australia yang terletak paling jauh dari mana-mana lautan. Tebing granit berwarna warni sepanjang 110 meter ini berbentuk seperti gelombang besar yang akan runtuh, menjadikannya tempat bergambar yang sangat popular di kalangan pelancong jika ke Western Australia.

2. PASIR PUTIH DI LUCKY BAY


Lucky Bay, terletak hanya di bawah lima jam dari lokasi Wave Rock. Ianya dikenali sebagai permata di antara jalur pantai yang indah di sepanjang pantai Cape Le Grand National Park. Cuba bayangkan, pantainya yang berpasir putih, airnya yang jernih membiru, dan pemandangannya sudah pasti sangat mendamaikan.


Jika korang bernasib baik, korang mungkin akan terjumpa sekumpulan kanggaru bersantai dan berlegar-legar di sekitar pantai. Ketika disana juga, korang boleh mengisi perut di Lucky Bean Café yang terletak betul-betul di Lucky Bay dengan menikmati kopi espresso, jus segar, muffin dan pelbagai makanan ringan termasuk ais krim.

3. BUBBLEGUM-PINK HUES OF LAKE HILLIER


Selepas berhenti di Lucky Bay, korang boleh singgah untuk melihat keunikan sebuah tasik yang mana airnya berwarna merah jambu iaitu di Lake Hillier yang terletak di Kepulauan-Tengah (Middle Island). Tasik ini terletak di lokasi terpencil 11 KM jauhnya dari pantai Taman Negara Cape Arid dan boleh diakses melalui kapal terbang atau bot.


Pemandangan panorama unik Tasik Hillier yang berwarna bubblegum-pink hanya dipisahkan dengan jalur hijau flora dan jalur putih pasir yang tipis. Daya tarikan alam semulajadi Western Australia ini menentang penjelasan saintifik kerana warna air asal merah jambu yang menjadikannya shot yang sempurna untuk bahan di Instagram korang.

4. BUNGA LIAR BERWARNA WARNI DI FITZGERALD NATIONAL PARK


Sebaik sahaja korang kembali ke darat, korang boleh pergi ke Fitzgerald National Park .Taman ini telah disenaraikan sebagai Rizab Biosfera UNESCO dan tmerupakan taman kebangsaan tunggal terbesar di Western Australia dan sesuai untuk pencinta alam sekitar.


Fitzgerald National Park juga telah menjadi salah satu daripada kawasan botani yang paling banyak tanaman berbunga. Taman ini mempunyai kira-kira 1,800 spesies tumbuhan berbunga termasuk Royal Hakea, Qualup Bell, Sepulcralis, Gum Penyegel, Pincushion Hakea, Woolly Banksia, dan Bottlebrush. Dengan mempunyai kepelbagaian flora sebagai latar belakang yang sempurna, pastikan korang mengambil banyak gambar untuk bahan instagram korang.

5. LARGEST OUTDOOR ART GALLERY AT LAKE BALLARD


Dari Fitzgerald National Park, mengambil perjalanan selama 10 jam ke Lake Ballard di Goldfields Australia Barat untuk melihat rekacipta seorang artis yang merupakan pemenang hadiah Turner, iaitu Antony Gormley. Landskap disana ada menawarkan pameran menakjubkan 51 buah patung logam bertaburan di sepanjang shimmering salt lake.


Pastikan korang menerokai tapak pameran ini untuk melihat semua arca yang berbeza dari segi bentuk dan rupa. Rancang lawatan anda antara bulan sejuk Mei hingga Oktober apabila permukaan tasik lebih solid, menjadikannya lebih mudah untuk meneroka tapak pameran.

The Golden Outback merupakan destinasi yang sempurna untuk kita yang merancang mengembara secara pemanduan menggunakan jalan raya kerana ia sudah semestinya menjanjikan pengalaman yang terbaik untuk mereka yang sukakan alam semula jadi.


Untuk maklumat lanjut mengenai Australia Barat, lawati laman web mereka di www.westernaustralia.com atau Halaman Facebook mereka di https://www.facebook.com/ExtraordinaryWesternAustralia.


4 comments:

  1. hari tu pergi wester aus juga tapi berdekatan dengan perth. ini jauh sangat. serius rasa nak repeat tengok tempat2 lain ni juga

    followed here #1566

    ReplyDelete
  2. nice info, bole kutip2 info buat iti, ;)

    ReplyDelete
  3. comel betul arnab besar tu (kangaroo) hehehe rase nk bawak balik pelihara

    ReplyDelete
  4. bestnya tempat2 tu..teringin nak ke australia, tapi belum kesampaian..

    ReplyDelete