Wednesday, August 07, 2019

BBQ LAMB KL KEMENSAH | PENGALAMAN MAKAN DALAM SUNGAI


Bila ada tempat makan yang unik, mesti saya teringin nak cuba. Nak nak kalau ianya berlokasi di sekitar Kuala Lumpur je. Tapi, lokasi yang saya nak kongsi dengan korang kali ni bukanlah tempat baru ya, dah lama dah viral tentang keunikan dan kesedapan menu hidangan dia. Cuma saya je baru berkesempatan ke sini. Lokasi yang saya maksudkan tu adalah BBQ Lamb KL Kemensah yang berlokasi di belakang Zoo Negara.

BBQ LAMB KL KEMENSAH

Pada 30 Julai 2019 yang lepas bersempena cuti Pertabalan Agong, saya dan kawan-kawan telah bersepakat untuk makan tengahari di BBQ Lamb KL Kemensah . Oleh kerana kat BBQ Lamb KL Kemensah ni ada beberapa sesi masa yang perlu di patuhi dan kami pula target untuk sesi 2pm - 4pm, maka kami telah sampai di sana dalam 30 minit awal.


Korang dinasihatkan supaya berhati-hati semasa memandu, bila jumpa signboard restoran di sebelah kanan jalan tu better terus cari parking. Tempoh hari oleh kerana parking penuh kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke hadapan sedikit. Masalah mula timbul apabila kami susah untuk jumpa tempat untuk uturn kerana jalan kecil terlalu sempit dan kereta yang follow dari belakang pula banyak. Tapi setelah beberapa minit perjalanan, kami jumpa jugak satu kawasan yang agak luas sedikit untuk kami uturn balik.

Keadaan pada hari tu cukup kelam kabut sikit bila mana tetamu yang ada cukup ramai. Ada yang booking awal dan ada juga datang secara walk in . Kemeriahannya tu memang kita boleh rasalah. Kalau sebelum-sebelum ni saya tengok orang kongsi pengalaman mereka ke sini dalam suasana yang cukup tenang dan tidak ramai orang, jadi kami merasalah dalam situasai dan keadaan yang berbeza. Nak nak pula waktu tu adalah waktu makan tengahari dan cuti umum pula kan. Mereka sendiri tidak menjangkakan tetamu akan datang seramai tu pada masa tersebut. Jadi kena sedikit bersabar dan tolak ansurlah.


Setelah dapat meja, sementara menunggu makanan sampai sempat jugalah kami bergambar sedikit sebanyak untuk kenangan di sini. Nak jalan lebih-lebih dalam sungai berbatu ni agak limit sikit. Jadi kena lebih berhati-hati. Saya sendiri tidak menyarankan kalau ibu mengandung makan di dalam sungai macam ni. Tapi kalau mengidam nak makan makanan diorang yang sedap tu, mereka pon ada juga meja biasa yang bukan berada di dalam sungai.

SET MENU KAMBING, DAGING, AYAM DAN ITIK SALAI


Dari segi menu pula, kat sini meraka sediakan set menu BBQ yang mengandungi pelbagai jenis daging yang dipanggang. Daging yang terdapat dalam set tu seperti daging lembu, daging ayam, daging itik dan juga daging kambing semua dipanggang panas. Jadi dalam satu plate je korang boleh rasa semua.

BBQ Set empat (4) orang makan
BBQ Set empat (4) orang makan, berharga RM140 dimana set ini didatangkan dengan set Mix Meat (campuran daging, ayam, kambing dan itik), 4 pinggan nasi herba, 4 koktail buah-buahan, sup, 4 jenis sos, salad sayuran coleslaw, buah tembikai dan juga minuman (free refill).

Hidangan yang kami pilih ni datang dengan empat (4) jenis sos yang sesuai dan menambah rasa kepada BBQ yang disediakan iaitu mayonis, pudina, sambal kicap dan lada hitam. Kemudian ada sup kambing, coslow salad, nasi berempah yang berwarna kuning dan pencuci mulut. Satu set harga makanan RM150.00 untuk 4 orang makan. Selain dari tu, mereka ada juga menyediakan set untuk couple iaitu untuk dua(2) orang makan. Minuman pula mereka sediakan air yang disediakan di ruang tepi sungai boleh diambil tambah sendiri.



BBQ Set dua (2) orang makan
Untuk BBQ Set dua (2) orang makan, ianya hanya berharga RM90 dimana set ini didatangkan dengan set Mix Meat (campuran daging, ayam, kambing dan itik), 2 pinggan nasi herba, 2 koktail buah-buahan, sup, 4 jenis sos, salad sayuran coleslaw, buah tembikai dan juga minuman (free refill).

Memandangkan kami datang berenam (6), kami telah memilih menu set empat (4) dan couple untuk dua (2) orang makan. Kedua set ini lebih kurang sama, cuma portionnya sahaja berbeza. Jadi kalau korang nak makan banyak, boleh oder set untuk empat (4) orang. Memang berbaloi.


Saya sangat suka keempat-empat jenis daging yang dihidangkan. Paling teringat kat dalam kepala ni ialah daging itik salai dan sudah semestinya BBQ Kambing. Setiap dagingnya dipotong dengan saiz yang tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar untuk sekali suapan. Sekali masuk mulut memang terasa sedapnya. Bagi pilihan sos pula, saya lebih gemar pada sambal kicap. Memang citarasa melayu sangat kan. Untuk pengetahuan korang, selain dari menu set, diorang pun ada sediakan menu ala-carte juga.

Bagi korang yang tak makan daging, diorang pun ada pilihan set menu makanan laut (seafood) yang best untuk dicuba. Kami belum cuba menu seafood mereka, mungkin next timelah kot kami cuba kalau ada rezeki ke sini lagi.

TIPS SEBELUM DAN SEMASA BERADA DI BBQ LAMB KL KEMENSAH
  1. Pilih hari dan masa yang sesuai untuk ke sini kerana takut ramai orang yang boleh menjejaskan mood kita nanti.
  2. Kalau boleh korang dinasihatkan untuk buat pesanan awal secara atas talian dan elakkan walk in untuk mengelakkan korang menunggu lama dan datang awal 30 minit untuk menghormati session seterusnya.
  3. Jika ramai, kongsi kenderaan (carpool), tempat letak kereta disini agak terhad.
  4. Pakai pakaian yang bersesuaian dan digalakkan untuk pakai selipar untuk memudahkan korang turun ke sungai.
  5. Jangan bawa terlalu banyak barang ketika hendak turun ke sungai untuk mengelakkan ketidak selesaan anda bila barang yang dibawa penuh di atas meja dan mungkin juga boleh menyebabkan ianya jatuh ke dalam air.
  6. Jangan membuang sampah merata-rata khususnya di dalam sungai. Marilah sama-sama menjaga kebersihan ecosistem kita. :)


Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak BBQ LAMB KL KEMENSAH , staff-staff mereka juga cukup professional dalam melayan kami sebagai tetamu walaupun sibuk dengan puluhan tetamu lain. Kalau ada kesempatan lagi, Insyaallah kami tidak serik untuk datang dan menikmati keenakan makanan di sini lagi. Tak dapat makan dalam sungai pun tak pe, cukup boleh rasa makanan disini dah puas hati.


DETAIL DAN WAKTU OPERASI BBQ LAMB KL KEMENSAH
  1. Isnin hingga Khamis : 12pm~10pm (last order 9pm)
  2. Jumaat : 4pm~10pm (last order 9pm)
  3. Sabtu, Ahad & Cuti Umum
  • Sessions 12pm~2pm
  • Sessions 2pm~4pm
  • Sessions 4pm~6pm
  • Sessions 6pm~8pm
  • Sessions 8pm~10pm
*Riverside* and *River dining* akan dibuka untuk keseluruhan masa operasi.

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh terus whatsapp ke wasap.my/60122114100/reservations.

Location Bbq Lamb Kemensahhttps://goo.gl/maps/YxpwHeR9j6p

3 comments:

  1. bestnya tempat makan macam ni...

    ReplyDelete
  2. Wow menarik ni .. ๐Ÿ˜Š kena tunggu cuaca ok baru best makan di sini kan.

    ReplyDelete
  3. tempatni popular tapi tak pernah pergi lagi T^T btw saya follow sini #1568

    ReplyDelete