KFC Zinger Double Down Kembali !!



Setelah dua tahun menu KFC Zinger Double Down tidak dipasarkan, kini ia telah kembali semula atas permintaan daripada orang ramai bermula pada 27 Ogos 2019 yang lepas. Akan tetapi ianya akan dipasarkan hanya pada waktu yang terhad sahaja.

Disebabkan terliur tengok dua orang budak ni makan, kita terus ke KFC NU Sentral pada 27 Ogos tu jugak. 

Untuk pengetahuan korang, burger KFC Zinger Double Down ni merupakan antara burger paling saya suka. Ianya merupakan burger yang sangat unik kerana roti diganti dengan dua filet Zinger Hot & Spicy  yang mengapit kepingan keju dan kepingan ayam rangup serta dicurah sos Cheezy Mayo KFC. Tapi bagi saya, kalau diorang ada letak sayur sikit mesti lagi sedap. Bila macam ni je, rasa macam bogel pulak.


Harga untuk menu KFC Zinger Double Down ni bermula dengan RM12.90 untuk ala carte. Bagi korang yang pernah terlepas peluang untuk menikmati KFC Zinger Double Down sebelum ni, inilah masanya untuk tebus kembali, jangan lepaskan peluang yang muncul kali ni.

Post a Comment

2 Comments

  1. Nice.. Lame dah tak try KFC zinger. Hari tu tetiba hilang baru tahu skrg ada muncul semula....

    ReplyDelete
  2. i luv it. Makan tengahari, kenyang sampai ke malam

    ReplyDelete