Tuesday, July 09, 2019

SEDAPNYA AIR BUBBLE TEA DABOBA NI ! SIAP ADA CHEESE BAKAR KAT ATAS NI


Kemunculan Bubble Tea di Malaysia bukanlah perkara yang baru. Ingat lagi masa saya mula-mula kenal minuman bubble tea ni dengan Chat Time kalau tak silap, tapi sekarang ni ianya menjadi satu fenomena yang sangat dasyat sehinggakan banyak kedai berunsurkan minuman Bubble Tea ni wujud seperti Tiger Sugar Malaysia, The Alley, Xing Fu Tang, Daboba, Tea Live, Family Mart, dan banyak lagilah termasuk Starbuks tak terkecuali. Untuk pengetahuan korang, senarai yang saya mention ni merupakan restoran atau cafe Bubble Tea yang sangat popular dan sentiasa jadi buah mulut orang. Jadi ada banyak lagi ya yang saya tak mention kat sini.


Apa citer sampaikan Secret Recipe's pun ada keluarkan minuman berunsurkan Bubble Tea kan? Ikut dialah lah kan, ni antara marketing diorang. Sementara musim masih hangat ni. Paling tidak boleh naikkan sale masa ni. Naik jugak tekanan darah ni bila tengok harga minuman Boba masing-masing. Tapi disebabkan trending dan keinginan untuk mencuba tu tinggi, saya pun terjebak jugak. Takkan nak tengok orang je kan, kita pun nak jugak.


Kalau nak cerita, di SS15 tu dah jadi lubuk dia dah. Banyak giler jenama kedai Bubble Tea kat sini. Dan yang paling mengujakannya, semua kedai Bubble Tea ni akan dipenuhi manusia. Semuanya beratur berjela sampai luar kedai. Whatt!!!


Sejujurnya dalam banyak-banyak brand yang aku cuba, aku lebih suka pada minuman boba dari Daboba. Bagi aku rasa dia stabil dan manis dia more to datang dari roasted brown sugar tu, dan ianya tidak terlalu manis. Atasnya pulak diorang ada letak burnt cheese. Nyummeh. Nanti korang cubalah.

Jadi, korang pulak pilih yang mana? Kongsilah kat sini.

3 comments:

  1. ada lagi, teadayzzz, wacha tea kalo kat JB....dan jangan lupa ya, the classical Cool Blog Malaysia...antara peneraju terawal minuman black pearl...hahahaha

    ReplyDelete
  2. Seriousla ada cheese heheh sedap ye.. follow dr https://mellyacrayola.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Kalau nak senaraikan banyak gile juga kat JB ni..dan yang terbaru Sis try boba ni, The Black Whale, pun sodap, tapi aiskrim dia bukan airnya hahahaha rasa brown sugar...

    ReplyDelete