Monday, July 08, 2019

BURGER AYAM PORTUGAL BAHARU MCDONALD'S DI MALAYSIA

Sebelum ni McDonald's di Malaysia telah membawa citarasa Korea menerusi Spicy Korean Burger (Burger Korea Pedas), kini mereka telah kembali lagi dengan membawakan hidangan menarik dari negara lain pula kepada rakyat Malaysia iaitu Portuguese Chicken Burger (Burger Ayam Portugal) terbaharu! 


Burger Ayam Portugal ini merupakan item menu menarik yang kedua diperkenalkan oleh  McDonald's Malaysia sempena kempen "Discover the World 2019". Burger lazat ini dimantapkan dengan kepingan daging ayam yang digoreng enak, dicelup ke dalam sos piri-piri unik, dihidangkan bersama campuran sayur-sayuran dan salad segar, dan kesemua ini diapit oleh ban mengandungi emping cili terbaharu. Hasilnya, satu hidangan yang mengecurkan air liur, kaya dengan pelbagai letusan perisa dan rempah-ratus yang menyerlahkan cita rasa ala Portugal.


Set hidangan Burger Ayarn Portugal disajikan dengan French Fries (kentang goreng) dan pilihan sama ada Fanta Grape McFreeze atau Coke biasa, dengan harga bermula dari RM16.99. lanya boleh didapati di semua restoran McDonald's untuk masa yang terhad dan sementara stok masih ada.

PELANCARAN BURGER AYAM PORTUGAL MCDONALD'S 

Pada 1 Julai 2019 yang lepas, saya dan rakan-rakan telah berpeluang ke majlis pelancaran Burger Ayam Portugal ni yang telah diadakan di McDonald's Kota Damansara. Selepas majlis berlansung, kami sendiri diberi peluang untuk rasai sendiri keunikan Burger Ayarn Portugal ni.

"Sejak beberapa tahun lalu, kami telah menyajikan cita rasa menarik dari negara-negara seperti Brazil, Mexico, Korea dan Thailand kepada pelanggan kami, di mana kami menerapkan perisa unik dari negara-negara tersebut ke dalam menu kami di Malaysia melalui kempen 'Discover the World. Kali ini, kami menghasilkan sesuatu yang lebih istimewa dan memperkenalkan Burger Ayam Portugal baharu, yang disajikan bersama sos istimewa kami," kata Eugene Lee, Pengarah Pernasaran, McDonald's Malaysia 
"Apabila menghasilkan item-item menu yang inovatif. McDonald's sentiasa mengutamakan keceriaan para pelanggan kami dan rnemberi kejutan kepada mereka dengan memperkenalkan perisa-perisa hebat terbaharu dan burger ini pastinya akan membuka selera dengan cita rasa yang lain daripada apa yang telah kami sajikan sebelum ini," tambah Eugene.

CARA DAPATKAN DISKAUN PEMBELIAN BURGER AYAM PORTUGAL

Bagi menambah keseronokan sempena pelancaran Burger Ayam Portugal baharu ini, McDonald's Malaysia akan memperkenalkan satu permainan 'Augmented Reality' baharu yang dinamakan Catching Nonando, di mana pelanggan perlu 'menangkap' sebanyak mungkin ayam Nonando dalam tempoh 60 saat untuk mengumpul mata. Pelanggan akan diberi ganjaran serta-merta berupa diskaun untuk pembelian Burger Ayam Portugal, bergantung kepada bilangan Nonando yang ditangkap .


Dan untuk menjadikannya lebih menarik, satu 'leaderboard' akan diperkenalkan di seluruh negara untuk menjejaki para pemain yang berada pada kedudukan teratas, di mana pemenang tempat pertama akan memenangi sehingga 50,000 Air Asia BIG Points!


Untuk bermain permainan ini, pelanggan hanya perlu klik pada pautan Facebook yang terdapat di laman web korporat McDonald's Malaysia atau halaman Facebook rasmi mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran pelbagai menu menarik McDonald's, sila lawati www.mcdonalds.com.my.

19 comments:

  1. Wowww nak kena cuba ni, nampak semua review kata sedap...nak beli gak laaaaa

    ReplyDelete
  2. Mesti sedap kan. Ada jugak pilihan baru buat penggemar burger. Air Fanta tu pun nampak sejuk je masuk tekak ni. Kena pergi McDonald's la hari ni

    ReplyDelete
  3. Baru je semalam ke McDonald's. Tak nampak pulak promosi ni. Kena cuba la kan. Mana tahu rasanya menepati tekak ni haa....alehai game tu nampak fun je....

    ReplyDelete
  4. Ada burger baru kat McD! Nnt Mouse mommy try out ya. Thanks!

    ReplyDelete
  5. waa nampak mcm menarik jugak yea burger terbaru Mc Donald nii. Cumanya dia mmg ada pilihan ayam je yea? sbb qeela lebih prefer beef hehe tp boleh jugak laa nk try nii ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  6. Lepas ini kena mencari beger ini. Game tu sesuai tak dengan android?

    ReplyDelete
  7. dah lama tak makan burger mcdonald, selalu drive tru beli aiskrim dia je. pasni boleh cubalah burger ayam baru ni, sure sedap ni

    ReplyDelete
  8. Ada kawan komen katanya biasa je rasanya. Macam rasa rendang je. Haha.. betul ke? Kita kurang minat sikit nak mencuba. Then McD pun takde kat Mersing. Tapi kalau kata sedap giler, why not try je kan.

    ReplyDelete
  9. belum cuba lagi..tapi tengok nampak sedap..boleh cuba ni..bgus mcdonalds ni, ada je menu burger baru diaorang dari luar..wah ada permainan la..boleh dicuba ni

    ReplyDelete
  10. Rawlins tak try lagi yang baru nie. Nampak sedap. Agak2 pedas tak? Almaklum Rawlins tak suka yang pedas-pedas. Pastu boleh main Nonando tu sekali haha

    ReplyDelete
  11. Semalam pegi McDonals nak try, tapi end up pi order benda dah biasa makan. Takut x kena selera plak. Huhu.

    ReplyDelete
  12. Nampak pun sedap. Tak pernah lagi beli berger ni. Rasanya nak rey sekali beli dan rasa. Sebab nampak unik giler sos dia

    ReplyDelete
  13. Oh yeah! i like their new Portuguese Chicken Burger too, memang sedap with the piri-piri sauce so power.

    ReplyDelete
  14. kreatif McD ni kan..mmg discover the world betul lah..tak dapat berjalan jauh tp dapat rasa menu negara luar..tp yang ini belum cuba lagi..harap kena citarasa lah.

    ReplyDelete
  15. Sana sini dok tgok org post pasai burgerni, rasa nak cuba sangat2, nanti tgh nak gi makan le kat sana..:D

    ReplyDelete
  16. Alah tak sempat xuba Burger baru ni. Nak juga rasa sendiri baru boleh kongsi kan. Nak pergi McD sekarang lah

    ReplyDelete
  17. eh game tu macam lagi best pulak dari burger tu...hahahahhaha

    ReplyDelete
  18. Thanks for sharing and showing hehe. Hari ni juga saya nak ke McDonald. Love McD as always.

    ReplyDelete
  19. Thank you for the info. Mouse mommy loves the McD ice cream, smooth and yummy!

    ReplyDelete