Sunday, July 07, 2019

SAYA DAHPUN CUBA KITKAT POPCORN EDISI TERHAD NI, KORANG BILA LAGI?



Mesti ramai diantara korang kat sini pernah makan KitKat kan? Saya sendiri pun memang penggemar KitKat ni. Macam-macam perisa KitKat saya dah cuba, dan semuanya tidak mengecewakan. Kini  KitKat  telah melancarkan perisa baharu iaitu karamel popcorn dan pastinya gabungan rasa antara rasa manis dan masin serta coklat wafer yang rangup akan memukau anda. Untuk pengetahuan korang, KitKat perkenalkan KitKat Popcorn edisi terhad ini adalah bersempena dengan Hari Coklat Sedunia.


Korang boleh beli kitkat ni dengan harga RM1.50 untuk KitKat pek kecil dan RM6.50 untuk pek kongsi. Anda boleh dapatkan KitKat ini di pasaraya berhampiran anda dan ia hanya boleh didapati dalam tempoh terhad iaitu sehingga bulan Ogos ini sahaja.


Jadi tunggu apa lagi, cepat dapatkan  KitKat Popcorn edisi terhad ini segera sebelum kehabisan stok ya. Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke Facebook rasmi KitKat Malaysia.

2 comments:

  1. Belum cuba lagi. Will find soon at the nearest store :D

    ReplyDelete
  2. uik tak pernah try lagi ni...susah betul hati ni nak terbuka try macam2 perisa lain kitkat..nanti akak try jugak lah!

    ReplyDelete