4 JENIS PASSPORT YANG ADA DI MALAYSIA YANG PERLU KORANG TAHU

Bila kita nak ke luar negara, kita perlukan dokumen pengenalan diri seperti pasport. Tapi, tahukah korang bahawa pasport untuk rakyat Malaysia ni ada banyak je nis rupanya. Bukan hanya yang berwarna merah tuje, tapi ada juga berwarna biru, hijau dan biru tua. Kesemuanya ada fungsi tersendiri mengikut keperluan mereka yang apply.

1 : BUKU MERAH - PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA


Pasport Malaysia Antarabangsa adalah satu dokumen perjalanan yang sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bagi maksud perjalanan keluar negara. Kelayakan untuk memohon adalah terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang berhasrat untuk ke luar negara dan boleh memohon di semua Pejabat Imigresen di Malaysia dan sekiranya berada di luar negara, boleh memohon di Pejabat Perwakilan Malaysia. Pasport ini berwarna merah. Tempoh sah Lakunya ialah selama 5 tahun.
  1. Kadar bayaran adalah RM200 untuk tempoh 5 tahun
  2. Tempoh siap dalam masa 1 jam
  3. Boleh buat di mana2 imigresen
  4. Pastikan expired date Pasport tidak kurang dari 6 BULAN dari tarikh perjalanan
  5. Boleh digunakan untuk ke semua negara KECUALI I5rae
  6. SUMBER : www.imi.gov.my

2 : BUKU BIRU - PAS SEMPADAN

Buku biru ini merupakan pas sempadan, atau dikenali juga sebagai pas lintas sempadan, pas lintas batas atau boarder pass. Walaubagaimanapun fungsinya sama saja iaitu dokumen ini membolehkan seseorang dari Malaysia melintasi sempadan negara yang bersempadan dengan Malaysia mengikut syarat-syarat tertentu. Bukan semua rakyat Malaysia layak memohon pas sempadan ini. Pas sempadan terbahagi kepada dua iaitu Pas Sempadan Malaysia-Thailand dan Pas Lintas Batas Malaysia-Indonesia.

PAS SEMPADAN MALAYSIA- THAILAND
Menurut Jabatan Imigresen Malaysia, Pas Sempadan Malaysia Thailand dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dan penduduk tetap Malaysia yang berketurunan Thai yang menetap lebih dari tiga (3) tahun di Kelantan, Perlis, Kedah atau Perak. Tempoh sah lakunya ialah selama 6 bulan dari tarikh yang dikeluarkan dan tidak boleh dilanjutkan tempoh sah lakunya. Boleh digunakan beberapa kali selagi dalam tempoh sah laku tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat-syarat am dan bayarannya, boleh klik di sini, Pas Sempadan Malaysia- Thailand.
  1. Pasport gantian untuk penduduk sempadan yang ingin masuk ke Thailand sehingga wilayah Hatyai SAHAJA
  2. Kadar bayaran adalah RM 10 
  3. Sah untuk enam (6) Bulan Sahaja bagi beberapa kali perjalanan
  4. Selepas luput, TIDAK boleh dilanjutkan tempoh sahlakunya
  5. Boleh buat di mana-mana cawangan imigresen sempadan iaitu Kedah, Perak, Perlis & Kelantan
  6. SUMBER : www.imi.gov.my
PAS LINTAS BATAS MALAYSIA -INDONESIA
Ianya merupakan satu bentuk dokumen yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang menetap melebihi tempoh enam (6) bulan dalam Daerah Pentadbiran, Pensiangan, Tenom, Sipitang dan Tawau dalam negeri Sabah dan Lundu, Bau, Kuching, Serian, Simanggang, dan Lubok Antu dalam negeri Sarawak.

Tempoh sah lakunya ialah satu tahun dari tarikh yang dikeluarkan dan boleh digunakan bagi beberapa kali perjalanan. Kebenaran berada di Indonesia tidak melebihi 30 hari pada setiap kali masuk.
  1. Kadar bayaran adalah RM 20 
  2. Sah untuk satu (1) Tahun sahaja
  3. Boleh buat di mana-mana cawangan imigresen sempadan berkaitan
  4. SUMBER : www.imi.gov.my
3 : BUKU HIJAU TUA - DOKUMEN PERJALANAN BERKUMPULAN

Dokumen Perjalanan Kumpulan menggantikan pasport merupakan dokumen perjalanan yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia untuk perjalanan secara berkumpulan (had minima 5 hingga had maksima 20 orang) ke negara-negara ASEAN sahaja, kecuali negara Filipina dan Indonesia. Tempoh sah lakunya pasport berkumpulan ini ialah sembilan (9) bulan dari tarikh yang dikeluarkan dan hanya untuk sekali perjalanan sahaja.

Penggunaan pasport berkumpulan ini adalah lebih menjimatkan kerana kosnya boleh dikongsi bersama. Tapi jika ada dari senarai yang berdaftar di dalam pasport tersebut tidak ikut serta semasa travel, pasport tersebut tidak dapat digunakan.
  1. Kadar bayaran adalah RM200 satu dokumen untuk sekali masuk (per entry)
  2. Sekali masuk tetapi valid selama sembilan (9) Bulan
  3. Minimum lima (5) orang untuk satu (1) dokumen
  4. Maksimum dua puluh (20) orang untuk satu (1) dokumen
  5. Tempoh siap dalam satu (1) minggu dari tarikh permohonan
  6. Semua orang yang terlibat dalam pasport itu kena pergi bersama. Sebab perlu cop jari ( biomatric )
  7. Boleh buat di mana-mana cawangan imigresen
  8. Jika seorang tidak dapat ikut travel, pasport tersebut tidak boleh digunakan (not valid)
  9. Hanya valid untuk Singapore & Thailand sahaja
  10. SUMBER : www.imi.gov.my
Cara buat Pasport Kumpulan
  1. Pemohon MESTI hadir. Semua person kena hadirkan sebab cap jari diperlukan.
  2. Isi Borang H (Im.101A). Borang boleh di download atau ambil di kaunter imigresen.
  3. Bawa gambar 2 keping setiap orang. Gambar berlatarbelakangkan putih. Kena seragam semua.
  4. MyKad atau Kad Pengenalan Tentera/Polis. Kalau MyKad hilang, bawa Kad Pengenalan Sementara (JPN KPPK 09)
  5. Sijil kelahiran bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun
  6. Kebenaran ibubapa bagi pemohon di bawah 18 tahun (borang IM.42A).
  7. Duit RM 200
  8. Bila nak collect pasport ni, cukup hanya Ketua Kumpulan sahaja yang datang. Tidak boleh wakil kepada ahli kumpulan yang lain.

3 : BUKU BIRU TUA - PASPORT TERHAD KE BRUNEI


Pasport ini hanya dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang menetap di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk perjalanan ke Brunei Darussalam. Permohonan boleh dilakukan di pejabat- pejabat Imigresen di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Tempoh sah lakunya ialah lima (5) tahun dari tarikh dikeluarkan.
  1. Kadar bayaran adalah RM50 
  2. Sah untuk lima (5) Tahun
  3. Boleh buat di mana-mana cawangan imigresen sempadan seperti di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

Jadi jangan lupa sebelum merancang perjalanan ke luar negara pastikan dokumen perjalanan anda masih dalam tempoh sah iaitu 6 bulan sebelum tarikh luput dan yang paling penting status kita bersih dan tiada sekatan untuk ke luar negara.

Post a Comment

5 Comments

  1. Wah...baru tahu ada macam-macam jenis passport kat Malaysia ni. Ingatkan ada buku merah je

    ReplyDelete
  2. mak ayah akak ada passport biru tua tu...hihihi..murah je rupanya, boleh la suruh adik buat nanti

    ReplyDelete
  3. Baca entry ni terus teringat passport nak kena renew..masih valid untuk 8 bulan..tp kena gak la renew...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah hampir sangat dah tu sis. better pergi renew je kalau ada masa. Sbb imigresen memang straight, kurang 6 bulan walaupun sehari memang dia xkan lepas.

      Delete