PASSPORT HILANG !! GADIS INI KONGSI PENGALAMAN GANTI PASSPORT BARU

Pernah terfikir bagaimana agaknya kalau passport kita hilang ? Adakah proses penggantian passport baru itu mudah dan boleh diselesaikan dalam masa sehari? Jika tidak apakah yang perlu kita lakukan jika passport kita hilang?

CARA GANTI PASSPORT

Disini saya kongsikan pengalaman dan apa yang kawan saya telah lakukan selepas mengetahui bahawa passportnya hilang sebelum beliau ke luar negara.

"Okay pasal kes hilang passport ni meh sis brief kenapa xboleh siap dalam masa sehari atau pun sejam seperti yang dicanang. Berikut merupakan procedure untuk kehilangan passport khas buat anda untuk rujukan masa depan."
"Kalau hilang passport buat benda ni:
1) Report polis
2) Pergi imigresen ambil form hilang passport
3) Angkat sumpah dekat suruhanjaya sumpah
4) Pergi balik dekat imegresen and return form yang lengkap
5) Diorang interview kenapa passport kau boleh hilang
6) Aku dah buat muke paling cute dah mintak diorang cepatkan process tapi sorry, kau ingat kau sorang je hilang passport? Dorg akan process tapi xkan siap dalam sehari sebab report kene serah dekat pegawai."
"UTC xboleh handle kes hilang passport. Lagi-lagi passport kau valid sampai tahun gemilang 2020 macam aku xboleh. Jadi yang pergi UTC boleh buat sehari tu MITOS gais."
"Ada beza kau hilang passport yang xvalid, dengan kau hilang passport yang valid. Ade beza! Passport yang dah expired and hilang boleh siap dalam masa sehari. Passport yang masih valid xboleh siap dalam sehari. Jadi bak number bomoh aku nak call ni tanye mana hilang passport aku."
Sumber insta stories @shaidaazwa


Jika korang masih keliru, korang juga boleh rujuk panduan hilang passport/ dokumen perjalanan di laman sesawang imigresen Malaysia di www.imi.gov.my.

Post a Comment

26 Comments

  1. ooo...ada bezanya kalo yang da expired dengan yang belum ek..memang strict imigresen Malaysia..bagus juga gitu..

    ReplyDelete
  2. Owh. Betul juga apa dia sebut tu. Baru tahu perbezaannya. TQ gadis cantik sebab sharing info sebegini. Banyak yang berangan nak siap sehari kan. Bak mai nombor bomoh gak. Hehe

    ReplyDelete
  3. Gitu Becky informative sangat.risau lak wak kalau kita kena camtu.kalau overseas cmne wak kalau hilang sana

    ReplyDelete
  4. Memang bagus perkongsian2 camni sebab tak ramai yang tahu sebenarnya..sebab jarangkan berdepan dengan masalah hilang passport..hehe ic hilang i pernah la..

    ReplyDelete
  5. Kalau kite tunggu passport hilang tu dah expired baru nak buat passport baru, boleh ke? Tapi still kene buat report polis jugak kan pasal kehilangan passport tu

    ReplyDelete
  6. Thanks for the tips. My expired passports lost too. Tak tau kat mana and thinking to do a new one.

    ReplyDelete
  7. uishhh rumitnya ya kalau passport hilang dalam tempoh valid. nak kena jaga elok2 lah kalau mcm tu passport kita. kalau tak, banyak benda nak kena buat

    ReplyDelete
  8. Pasport malaysia sangat laku di pasaran antarabangsa sebab ada kuasa super power untuk lepas imigresen. Hasil diplomasi bijak

    ReplyDelete
  9. Kalau pergi jalan jalan penting sangat jaga pasport sebab kalau hilang azab yang amat. nak kena pergi kedutaan dan lain lain.

    ReplyDelete
  10. Lebih rumit dari hilang ic. Lepas ni kena sentiasa beringat dan berwaspada supaya pasport tak hilang. Susah jadinya.

    ReplyDelete
  11. yahahhaa.lawak pulak baca.mintak bomoh bagai.tapi memang bahaya pun kalau hilang passport ni.jangan buat main2 passport ni.umpama hilang ic gak ceritanya.

    ReplyDelete
  12. War....rupa-rupanya ada perbezaan yang begitu ketara kan? Kenalah betul-betul berwaspada ketika passport masih valid kan? Memang bahaya!

    ReplyDelete
  13. Susahnya kalau hilang pasport ye..benda penting kena jaga elok-elok..kalau tak banyak perkara kena buat..nad belum pernah ada pasport lagi

    ReplyDelete
  14. Hilang passport mmg xboleh bwk main.. masa liez keje dgn travel agency selalu ingatkan dpt client passport tu mcm nyawa.. jgn hilangkan.. nak buat baru pun bukan senang

    ReplyDelete
  15. bahaya tu hilang passport!!! kena hati-hati.
    tapi tu lah. bukan dlm tgn kita kan nak tau bila ia hilang hi hi hi hi kuasa Allah.
    memang rumit if melibatkan identiti kita.
    report polis wajib. siasatan wajib. amik keterangan wajib. rumit!

    ReplyDelete
  16. banyak jugak step stepnya. tapi logik juga.. moralnya, jaga elok2 passport tu. jadikan keutamaan sepanjang masa.

    ReplyDelete
  17. thats why bila nak simpan passport tu kena make sure igt letak kat mana. kalau tak dah leceh nk kena go through mcm mcm procedure kan. huhu

    ReplyDelete
  18. Risau juga eh kalau passport hilang. Banyak urusan nak kena settle Dan makan masa. Kalau takde nak travel luar dalam masa terdekat xpe lagi boleh sabar passport siap .

    ReplyDelete
  19. Thank you sebab kongsi tips dari Shaida ni. Sangat berguna. Kita selalu take for granted info-info macam until terjadi kat kita barulah sibuk mencari hehehe

    ReplyDelete
  20. Ok kita pun tak tahu ada beza hilang pasport antara yang valid dan tak valid yer hehehe tapi kita memang tahu kalau hilang pasport kena report polis dan proses lama leceh hehehehe jadi hati2 lah...

    ReplyDelete
  21. Memang leceh kalau pasport hilang ni kan. sebab tu tak boleh cuai. Kalau cuai kan susahkan diri sendiri juga

    ReplyDelete
  22. Pengajarannya jaga lah pasport kita baik baik supaya tak menyusahkan diri di kemudian hari. banyak cabaran

    ReplyDelete
  23. Passport ni macam IC kita juga. Kena pandai simpan dan jaga elok². Memang rumit prosedur bila dah hilang.. Hmmm...semoga kita semua selamat menyimpan passport masing².

    ReplyDelete
  24. Passport saya pun dah hilang since 2010 lagi. So, memang kena pergi report polis lah macam ni kalau nak buat a new passport

    ReplyDelete
  25. Thanks for sharing but info tak lengkap. Jika passport hilang dah expired boleh pegi mana2 pejabat Immigration tapi kalau still valid hanya boleh dibuat di cawangan Jln Duta dan Putrajaya sbb kena angkat sumpah (negeri2 lain x pasti). Yg sudah expired tidak perlu laporan polis yang still valid perlu laporan polis. Denda kehilangan passport kali pertama dibawah kerajaan baru RM400, kali kedua RM700 dan kali ketiga RM1,200.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori nak tanya, angkat sumpah dekat suruhanjaya? Kata bole buat di jalan duta or putrajaya? Bole jelaskan? Saya x paham la😅 saya hilang passport gak nak wat yg baru.

      Delete