FILEM CHUCKY " CHILD'S PLAY 2019 " MORE THAN MY EXPECTATION


Semalam (20/6/2019) merupakan tarikh tayangan filem CHILD'S PLAY 2019 di Malaysia. Walaupun cerita asalnya sudah lama, malah boleh dikatakan sebuah filem seram klasik tetapi ianya cukup popular dan cara pembunuhannya telah menjadi bualan ramai. Untuk menjadi antara orang yang terawal menonton filem ni, saya dan beberapa kawan blogger telah ke Mid Valley untuk menonton.


REVIEW CHILD'S PLAY 2019 | Apa yang boleh saya katakan mengenai filem bergenre seram thriller ni memang more than my expectation. Mungkin ramai beranggapan filem CHILD'S PLAY 2019 ataupun lebih popular dengan gelaran Chucky ni merupakan sebuah filem thriller seram yang mengandungi adengan-adengan mengarut dan tak masuk akal.


Bagi saya filem terbaru Chucky ini betul-betul di remake dan reboot dari filem asasnya pada tahun 1988 yang lepas walaupun dengan tajuk yang sama. Ianya mengisahkan tentang satu anak patung berteknologi tinggi dari sebuah syarikat popular yang kononnya berfungsi boleh menjadi teman baik kepada tuannya (buddi) yang telah di godam sistemnya kerana atas sebab tertentu oleh pekerja syarikat tersebut.


Oleh kerana sistem keselamatan pada anak patung itu telah dibuang maka ianya boleh menerima semua jenis pembelajaran yang berlaku secara lansung atau tak lansung terhadap dirinya. Dari situ juga ia mula belajar cara untuk membunuh dan sebagainya. Jalan cerita yang agak menarik dan tidak membosankan. Saya bagi 4/5 bintang untuk filem ni.

Post a Comment

3 Comments

  1. Very good article. I am experiencing many of
    these issues as well..

    ReplyDelete
  2. tetap seram bila di tonton sendiri...

    ReplyDelete