TIPS PILIH BUAH DURIAN | CARA BELI DURIAN YANG BAGUS

Buah Durian_ sumber photo remaja.my

Mesti ramai diantara kita peminat tegar durian kan? Kalau saya nak kata minat tu tidak la, tapi nak makan tu boleh. Untuk pengetahuan korang, buah durian ni mempunyai banyak jenis ada D101, D24, Raja kunyit, Durian Udang Merah dan banyak lagi. Jadi setiap jenis berlainan size, kulit dan juga harga yang berbeza.

Memandangkan ramai kat luar sana tak tahu cara untuk memilih buah durian yang bagus semasa nak beli, article kali ni saya nak kongsikan dengan korang berkenaan TIPS PILIH DAN BELI BUAH DURIAN.

1)Lihat Tangkai

Durian yang elok adalah durian yang masak dan jatuh dari pokok secara natural. Durian yang jatuh dari pokok, tangkainya akan bergerigi. Jika tidak, ia kemungkinan durian yang sudah dipetik sebelum ia masak dan disimpan terlebih dahulu.

Nak tahu isi tebal atau tidak? Korang kena cungkil kulit tangkainya dengan kuku, jika ianya terasa tebal, maka isi dalamnya juga Insyaallah tebal. Nak tahu isi kuning atau tidak? Korang tengok dibahagian dalam kulitnya. Jika kuning maka isinya juga turut berwarna kuning.

Tapi berhati-hati ya, ada juga sesetengah penjual mencelup durian dalam pewarna kuning untuk memastikan tangkainya berwarna kuning.

2) Lihat Duri Durian

Sekiranya kulit berduri jarang dan besar-besar, maka durian itu berisi padat. Jika duri durian itu kecil dan berjarak dekat, isi durian itu pasti lembik dan kurang padat. 

3) Lihat Kulit Durian

Jangan pilih yang sudah retak atau durian yang sudah pecah di hujungya. Ini kerana, durian yang sudah pecah kebanyakannya sudah tidak elok dan berasa masam. Tapi, durian ini sesuai untuk dijadikan sebagai tempoyak.

4) Pilih Yang Ringan

Kenapa pula harus memilih durian yang ringan? Ini adalah kerana, durian yang berat kebiasannya masih mentah, ataupun isinya sudah berair , busuk dan sudah tidak elok lagi.

5) Goncangkan

Pegang buah durian dengan meletakkan kedua tapak tangan pada buah durian , pegang dengan erat dan goncang perlahan-lahan. Jika korang dapat merasakan getaran kecil, ia bermakna isi durian itu matang dan kering. Isi yang kering ini akan terpisah dari kulit durian , manakala isi yang lembab, lunak, berlemak akan melekat pada dinding kulit durian. Ini tips untuk memilih isi durian yang berkualiti

6) Pilih yang ada 5 pangsa

Apa itu pangsa? Korang lihat dari permukaan kulit durian, ia kelihatan garis dari bahagian atas sampai bahagian bawah. Durian yang bagus dan elok, ada 5 pangsa dan isinya lebih banyak berbanding durian lain yang mempunyai 6 pangsa atau lebih. 

7) Pilih yang Bulat

Durian yang bentuknya bulat bermkasud isinya besar dan banyak. Durian yang berbentuk bujur pula kebiasannya mempunyai isi sedikit sahaja. Durian berbentuk lonjong pula isinya lebih manis dan sedap. 

9) Cium Bau Durian

Kenapa harus cium? Ini kerana, durian yang berbau kuat kemungkinan buahnya besar, manis dan matang. Jadi nak pilih durian, kena cium bau durian tu dulu tau! Kalau tiada bau, durian itu mungkin masih belum masak dan isinya sudah masuk angin. Bila masuk angin, isi akan jadi tawar hambar.

Sekian saya perkongsian saya berkenaan TIPS PILIH DAN BELI BUAH DURIAN . Sumber artikel ini adalah dari forum Cari.

Post a Comment

3 Comments

  1. aduii..godaan mata di bulan puasa....

    ReplyDelete
  2. wow !! senang dah nak pilih durian lepas ni.. hee~ terima kasih untuk tips nya..

    ReplyDelete
  3. ohh patutlah kekadang nampak orang yang tengah pilih durian dia goncang goncang dulu. now i know why hehehe. thankyou for the tips! :D

    ReplyDelete