Wednesday, June 26, 2019

DUOPHARMA BIOTECH | FARMASEUTIKAL HALAL


Selama ni kalau beli ubat atau suppliment tambahan kat kedai, saya akan beli ubat yang di cadangkan oleh kawan-kawan atau produk yang sudah biasa dibeli. Sedar tak sedar saya sendiri dah abaikan tentang pengiktirafan halal pada produk tersebut. Tapi bila di check balik, Alhamdulillah semua ubatan dan supliment yang saya beli di farmasi dan kedai adalah mempunyai pengikhtirafan Halal dan mempunyai logo Halal padanya. Kebanyakan darinya adalah produk produk keluaran Duopharma Biotech Berhad.

Saya sendiri berharap agar kita sebagai pengguna terutamanya orang Islam, mempunyai kesedaran dan faham akan status ubat yang kita ambil. Jadi rasanya seeloknya kita ambil tahu serba sedikit tentang farmaseutikal halal .
Industri farmaseutikal halal bermaksud pembuatan ubat yang mengandungi bahan yang dibenarkan syariah iaitu tidak dicemari dengan najis atau bahan daripada haiwan diharamkan dalam Islam seperti babi dan anjing. Selain itu, bahan berasaskan haiwan perlulah disembelih mengikut hukum syarak yang ditetapkan. Proses pembuatan ubat-ubatan juga perlu diproses di kilang yang bebas dan tidak bercampur, berada dekat atau bersentuhan dengan apa-apa bahan yang tidak meme­nuhi hukum syarak.

Jadi dengan membuat pilihan yang terbaik akan menjamin kita untuk dapat hasil yang bagus. Jika tersalah pilih boleh membahayakan diri sendiri.
beberapa produk dengan logo Halal

Jangan terkejut jika saya bagitahu bahawa pada bulan November 2009 di laporkan bahawa ada hampir 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Malaysia (USM) didapati tidak halal kerana gelatin daripada lembu digunakan dalam membuat kapsul produk.

Duopharma Biotech Berhad
Apabila terdapat pilihan, seperti dalam hal memilih suplemen kesihatan, kita haruslah memilih apa yang paling sesuai dengan keperluan kita dengan produk bersijil halal. Cara paling mudah bagi pengguna Islam untuk memastikan bahawa apa yang mereka beli adalah produk halal. Untuk itu kita juga hasil ambil tahu dimana kita boleh membeli produk-produk ini dan apakah jenama yang sudah dikenali dan dipercayai.
Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, saya sarankan korang untuk memilih dan memiliki produk yang dikeluarkan oleh syarikat Duopharma Biotech. Untuk pengetahuan korang, Duopharma Biotech ni merupakan sebuah syarikat pembekal halal pilihan dan rakan pilihan produk halal pharma secara global.
Misi Duopharma Biotech kepada pengguna
Di Duopharma Biotech, halal bermaksud produk farmaseutikal dicapai melalui kebersihan standard yang tinggi, selamat dan melalui proses halal yang ketat dan pensijilan yang mematuhi Kementerian Kesihatan, Viand Malaysian Certification Halal.

Sebagai sebuah organisasi yang diiktiraf secara serantau, Duopharma Biotech memastikan bahawa produknya membawa manfaat kesihatan dan, dibuat secara semula jadi, murni dan selamat untuk digunakan.

Produk bersijil halal, sudah semestinya akan memberi manfaat kepada semua orang termasuklah orang Islam dan bukan Islam! Dan ia sudah semestinya boleh diguna tanpa ragu-ragu.


Pengguna dan kesedaran produk Farmaseutikal halal


Duopharma Biotech membantu meningkatkan kesedaran mengenai produk farmaseutikal halal kepada pengguna. Lebih banyak pengguna yang berpendidikan tentang faedah-faedah penawaran halal dan mengapa ia penting kepada mereka, lebih banyak mereka diberi kuasa untuk membuat pilihan yang tepat jika ada.

Menjadi pemimpin dalam bidangnya, Duopharma Biotech berusaha meningkatkan kesedaran mengenai produk farmaseutikal halal dan meningkatkan kualiti hidup pelanggan dalam jangka masa panjang.

Jadi kalau korang nak tahu lebih lanjut berkenaan farmaseutikal halal ni, korang boleh ke https://halal4pharma.com.

Untuk itu, buatlah pilihan yang terbaik, nak nak bila bersentuh dengan hal-hal berkaitan dengan kesihatan ni. Apapon jadilah pengguna yang bijak.

13 comments:

  1. Ramai yang salah faham bila guna gelatin haiwan yang memang halal di makan oleh umat Islam terus rasa halal padahal nak ambil mana2 bahagian haiwan tu kena make sure haiwan tu di sembelih cara Islam.. Kalau tak tetap jadi tak halal. Kecuali macam bulu biri biri tu lain la. Orang ambil tanpa perlu mematikan dia..

    ReplyDelete
  2. oh, kalo guna gelatin daripada lembu pun tak dikira halal ya..baru tahu...thanks madi untuk info ni ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  3. Alhamduillah, terima kasih bro berkongsi fakta yang lebih jelas lagi. Kerana HALAL kewajipan kita mencarinya. Jangan kita pakai makan ja. huhu

    ReplyDelete
  4. Tak sangka pula gelatin lembu tak halal even lembu tu halal kita makan? Btw peringatan baik le, kdg2 sis sampai lupa nak tengok kotak. Huhu. Lepas ni boleh cari brand ni je la.

    ReplyDelete
  5. Konsep halal ni merangkumi kebersihan dan lain2 lagi. Sangat luas. Pernah nampak ada tulis salutan luar ubat diperbuat daripada bovine tapi kita pun was was lembu tu dah disembelih ke belum?. Kalau ada tanda halal ni yakin la kita.

    ReplyDelete
  6. famous brand found in pharmacy.. thanks for sharing the worthy information.. now only i know it's halal.. :)

    ReplyDelete
  7. Betul. Kena amik tahu produk yg kita gunakan. Apatah lagi ubatan. Pastikan kandungannya benar2 halal dan selamat digunakan

    ReplyDelete
  8. Sgt wajib mencari yg halal. Itu keutamaan. Bila tahu halal, nak guna pun senang hati. Sakit pun cepat baik bila kita yakin ia halal.

    ReplyDelete
  9. Maklumat yang bagus ni. Thank you for sharing. Yela, kadang orang kita ni bukan aware sangat pasal ni, so main beli aje. Dah la benda berkaitan kesihatan.

    ReplyDelete
  10. My dad is taking proviton for many years and it helps him to be more energetic all day.

    ReplyDelete
  11. Thanks sangat sangat share kan info ni. Baru baru ni pun ada belikan vitamin untuk anak. Pastu kan terlupa ada ke bubuh gelatin ke apa. Syukur la bila tengok balik ianya halal. Bab halal haram ni memang kena titik beratkan.

    ReplyDelete
  12. Ubat ubat kat luar memang kena check betul betul. Sometimes tak approved by Kkm pon ada. Great to know that this product is of halal too. Clean.

    ReplyDelete
  13. Yang penting kena check keselamatan ubat ataupun supplement tu, samada dapat kelulusan KKM dengan bahan buatan ubat tu dengan tarikh expiry tau. Jangan sesekali makan ubat yang dah expiry, blh jadi racun dan toksik kat badan.

    ReplyDelete