BUFFET RAMADAN 2018 : VIVATEL HOTEL KUALA LUMPUR


Vivatel Hotel hanya beberapa kilo meter dari rumah saya. Sebelum ni tak pernah pun datang atau singgah selain dari menonton wayang di pusat beli belah Viva Home yang berada betul-betul di sebelah hotel ni. Tapi tempoh hari saya dan rakan serumah sempat memenuhi undangan berbuka puasa di sini.

BUFET BERBUKA PUASA RASA IBU

Vivatel Hotel menawarkan bufet ramadan mereka di Retro Café. Apa yang menariknya, mereka ada menawarkan lebih dari 150 jenis juadah istimewa sempena Ramadan ini yang bertemakan Rasa Ibu. Bufet berbuka mereka telah bermula pada 18 Mei dan akan berakhir pada 13 June 2018 nanti. Untuk pengetahuan korang, juadah bufet berbuka di sini disediakan oleh kumpulan chef yang diketuai oleh Chef Executive Ashar Daud yang sudah berpengalaman selama lebih 25 tahun dalam dunia masakan.

MENU BERBUKA DI VIVATEL HOTEL

Antara menu yang menjadi tarikan disini sempena tema Rasa Ibu ini adalah menu Nasi Lemak Ibu. Menu nasi lemak ini cukup special kerana rasanya seakan nasi lemak di warung kampung dan sudah semestinya nasi lemak yang dimask oleh orang-orang tua kita.


Selain dari sambal ikan bilis, menu nasi Lemak Ibu ni juga boleh di tambah dengan pilihan rendang ayam dan ayam goreng berempah yang sangat sedap.



Selain itu, pelbagai sajian menarik lain juga turut dihidangkan seperti Kambing PanggangSup Gear Box Kambing, Kari Kepala Ikan, Nasi Kandar Telur dan banyak lagi!









Untuk pencuci mulut korang boleh cuba Cendol Durian, Air Kelapa Muda, Pulut Manga, dan banyak lagi. Mereka juga menghidangkan pelbagai jenis kuih muih tempatan dan kek.




HARGA BERBUKA PUASA DI VIVATEL HOTEL

Jadi jangan lepaskan peluang korang untuk datang dan berbuka puasa disini bersama keluarga dan kawan-kawan. Harganya juga berpatutan di bawah RM100, harga yang berbaloi-baloi dengan hidangan yang ditawarkan! Jadi kalau korang berminat boleh rujuk details di bawah ni ya.


Dewasa :RM98 nett
Kanak-kanak : RM 78 nett
18 Mei -13 June 2018

Untuk tempahan : 03- 9205 8888

VIVATEL, Kuala Lumpur
85, Jalan Loke Yew,
55200 Kuala Lumpur

Post a Comment

3 Comments