VLOG REALITI KEHIDUPAN SEBENAR NUR SAJAT


Assalamualaikum semua, untuk pengetahuan korang Platform OTT ulung di Malaysia, tonton hari ini melancarkan siri original baharu, vlog yang berkonsepkan rakaman realiti, Nur Sajat Rated Xtra, iaitu sebuah kisah eksklusif kehidupan peribadi selebriti viral di media sosial Nur Sajat. 

Siri realiti 30 episod ini mula bersiaran semenjak 28 Februari 2018 lalu dan mendapat tempat di hati penonton selain berjaya menarik pelanggan VIP baharu di platform penstriman popular Malaysia, tonton.


Ketahui perjalanan sensasi empayar selebriti media sosial di sebalik kehidupan harian sebagai seorang usahawan ternama, ikon fesyen malah ibu kepada dua anaknya menerusi episod vlog 7 minit.

Nur Sajat Rated Xtra menampilkan sisi peribadi Nur Sajat sebagai gadis usahawan muda yang berhadapan dengan cabaran harian, selain berkongsi tips sukses niaga. Selusuri momen awal pembabitannya dalam dunia perniagaan sehingga berjaya membina empayar jenamanya sendiri secara eksklusif di aplikasi iOS dan Android tonton, atau di www.tonton.com.my

PELANCARAN SINGLE PERTAMA NUR SAJAT


Acara sidang media yang diadakan di The Ame Soeur Bukit Jalil, berkonsepkan majlis aristokrat yang dihiasi dekorasi keemasan dengan sentuhan neon turut menyaksikan acara Pelancaran Single pertama Nur Sajat, “Makhluk Penggoda”, hasil sentuhan komposer Aepul Roza manakala lirik oleh Aepul Roza dan Iman Imran, meletakkan pencapaian terkini beliau dalam arena muzik tanah air.


Merancakkan lagi penampilan ulung program realiti Nur Sajat, penonton dan peminat layak menikmati potongan langganan tahunan 50% untuk tonton VIP bagi pengguna baharu di Malaysia selain peluang bertemu gadis sensasi media sosial ini di Majlis Berbuka Puasa tonton yang akan dianjurkan akhir Mei kelak menerusi penyertaan dalam talian.

Bermula 1 sehingga 15 April 2018, sertai peraduan khas di www.xtra.com.my untuk memenangi jemputan istimewa ke Majlis Berbuka Puasa tonton bersama Nur Sajat. Daftar sebagai tonton VIP, jawab soalan berkenaan Nur Sajat berdasarkan siri vlog dan berpeluang menyertai pengalaman makan malam istimewa bersama Nur Sajat!

Guna kod promo NURSAJAT di www.tonton.com.my bermula 1 sehingga 15 April 2018 dan nikmati potongan langganan tahunan tonton VIP sehingga 50%.

Bercakap mengenai kejayaan siri vlog ini,
“Kami percaya dengan tawaran kandungan yang dapat melangkaui sasaran penonton di pelbagai segmen. Nur Sajat Rated Xtra dilihat berjaya memenuhi selera generasi pengguna tonton masa kini yang menggemari kandungan berkonsep realiti yang lebih segar” 
ujar Ben Jern Loh, Pengurus Besar tonton, Platform Digital Rangkaian Televisyen. 

Ben turut menambah: 

“Nur Sajat Rated Xtra adalah salah satu langkah dalam strategi kandungan kami demi memenuhi permintaan pelan pengembangan tonton dalam segmen pasaran melangkaui sempadan bermula tahun ini, dengan menyajikan kandungan tempatan terbaik Malaysia ke seluruh dunia.’’


Tajuk
Nur Sajat Rated Xtra
Tarikh Tayangan / Masa
Episod baharu setiap Rabu dan Khamis
Deskripsi
Penstriman di tonton sahaja
Durasi
7 – 11 minit
Bilangan Episod
30
Produksi
tonton.com.my
Pengarah
Asman Mansor
Teraju / Selebriti
Nur Sajat

Kini, pengguna tonton di Malaysia boleh menikmati rangkaian drama dan program TV kegemaran secara PERCUMA selain akses meluas termasuk berita, perkembangan sukan, hiburan, kandungan premium dan klasik. 

Langgan pakej tonton VIP di Malaysia yang menawarkan program SIARAN LANGSUNG, saluran premium, kandungan siri original tonton, drama terkini serta arkib hiburan lebih 36,000 jam dengan harga serendah RM 3. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.tonton.com.my. Ikuti tonton di platform media sosial: 

Facebook: tontonMY 
Twitter: tontonMY 
Instagram: tontonMY 
Hashtag #tontonMY #tontonMacamVIP 

Ada soalan? Ping di perkhidmatan sembang LIVE atau hubungi 03-2717 2020! 

tonton xtra – sebuah portal hiburan dan gaya hidup terkini; melengkapkan lagi pengalaman tontonan dalam talian. Xtra merangkumi perkembangan hiburan semasa, kontroversi, kisah viral, serta gaya hidup dari lensa ‘milenial’, xtra juga adalah satu-satunya portal di Malaysia yang menampilkan siaran LIVE TV secara PERCUMA. 

Ketahui gosip terkini, berita hiburan, gaya hidup dan banyak lagi www.xtra.com.my

MENGENAI tonton

tonton adalah perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 7.8 juta pengguna, menyaksikan pertumbuhan lebih 18,000 ahli setiap minggu dan baru-baru ini melebarkan sayap ke Singapura dan Negara Brunei Darussalam. 

Pada April 2016, tonton berubah menjadi perkhidmatan video hibrid berserta aplikasi baru yang menawarkan keahlian PERCUMA (Malaysia sahaja) dan perkhidmatan premium yang baharu diperkenalkan - VIP tonton 

Ahli-ahli yang menaik taraf ke VIP tonton akan merasai kuasa sebenar tonton - memberikan ahli VIP akses tanpa had ke perpustakaan yang mengandungi lebih 30,000 jam kandungan tempatan dan bersindiket (di wilayah tertentu), acara LIVE eksklusif di HD, pengalaman video bebas iklan, muat turun dan menonton fungsinya kemudian, menikmati faedah dan ganjaran VIP serta banyak lagi. Penonton yang menaik taraf keahlian ke VIP tonton juga akan puas menonton semua kandungan eksklusif, drama dan banyak lagi sehingga enam (6) bulan sebelum tayangan perdana di TV. 

Dengan perkhidmatan terbaharu ini, visi tonton adalah untuk menjadi platform hiburan video tempatan #1 untuk drama Malaysia yang terbaik dan terkini, acara LIVE eksklusif dan banyak lagi. 

Muat turun aplikasi tonton dari App Store & Google Play hari ini atau layari www.tonton.com.my.

Post a Comment

1 Comments

  1. woww... vass betul pelancarannya kan! siap dengan single yang konfem meletup-letup! tapi Sajat ni memang cantiklah. Eh!

    ReplyDelete