travel, food and lifestyle blog

REVIEW FILEM SURF THIS LOVE GELORA JUARA


Sebelum ni saya pernah kongsikan satu artikel berkenaan Filem Surf This Love : Gelora Juara. Sebuah filem lakonan mantap oleh beberapa artis popular tanah air seperti Shukri Yahaya, Pekin Ibrahim, Cristina Suzzane, Ardell Aryana, Mustaqim Bahadon, Syuhaida Abraz, dan Josiah Hogan ini sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

1.0 FILEM SURF THIS LOVE


Filem Surf This Love : Gelora Juara merupakan sebuah filem berkonsepkan sukan luncur air yang pertama di Malaysia. Sebuah filem yang menceritakan kisah kekeluargaan, persahabatan dan cita-cita. Filem yang cukup santai untuk ditonton dengan keluarga dan kawan-kawan.

Bergenre “Romantic Comedy” yang menjadi salah satu dari genre pilihan penonton tempatan & “Extreme Sport” yang jarang-jarang di ketengahkan oleh mana-mana filem di Malaysia. Merupakan filem yang mengenengahkan “Sub-Culture” sukan luncur air tempatan. Ia adalah Filem pertama di Malaysia memberi fokus pada sukan Luncur Air (Surfing).


1.1 MALAM GALA FILEM SURF THIS LOVE



Malam gala dan tayangan perdana Filem Surf This Love : Gelora Juara telah berlangsung di MMCineplexes E-Curve, Damansara yang bermula sekitar 7 malam pada 19 Februari 2017 dan para jemputan telah menyaksikan sendiri persembahan nyanyian dari artis jemputan serta ucapan pembukaan pengerusi majlis.

1.2 REVIEW FILEM SURF THIS LOVE


Sebuah filem yang penuh dengan babak komedi dan santai. Pengolahan cerita yang tidak terlalu berat dengan penyampaian yang baik oleh pelakon-pelakon yang berpengalaman. Kisah 3 sahabat mengejar cita-cita untuk menjadi peluncur air ini cukup menyentuh hati saya apabila ianya di akhiri dengan peristiwa yang sangat tidak disangka. Bagaimana Bobby meninggal


Gandingan Shukri Yahaya (Billy) dan Dottie (Siti Lobster) sebagai adik-beradik yang banyak membawa dialog-dialog lucu menjadikan filem ini lebih menarik dan tidak membosankan. 


Selain itu, elemen cinta diantara Billy dan Mia yang dihadirkan dalam filem ini cukup memberi kesan apabila hadirnya orang ketiga iaitu Mike Malaya. Mungkin pada awalnya nampak jalan ceritanya terlalu biasa, tapi pada akhirnya dengan olahan cerita yang bagus plot ceritanya boleh dipuji.


Bagi korang yang belum berkesempatan menonton  Filem Surf This Love : Gelora Juara ni, tidak rugi untuk anda membawa keluarga anda untuk menonton filem ini di pawagam berdekatan anda. Filem yang santai dan sarat dengan mesej kekeluargaan dan persahabatan.

Jangan lupa follow instagram official filem ini @surfthislove untuk mengetahui aktiviti pelakon filem ini dan info-info terbaru tentang filem Surf This Love.
Share:

24 comments:

  1. dekat panggung sini tak ada tayang pula filem nih

    ReplyDelete
  2. Nampak menarik la cerita ni.Terima kasih berkongsi maklumat,nanti boleh tengok kan.

    ReplyDelete
  3. Tgok promo ari tu kat Melodi macam best je cerita ni...gandingan Syukri Yahya dan Christina Suzanne rasanya gabungan yang mantap

    ReplyDelete
  4. First baca filem Malaysia berkisarkan sukan luncur air. Something different. Baca review buat saya terpanggil nak gi tengok citer ni juga.

    ReplyDelete
  5. Hero tu yg best tu..kikiki...tp tu.la frist time cita psal surfing ni..selalu tgk cita surfing2 ni byk kt oversea ja...

    ReplyDelete
  6. Ingat cerita mat saleh. Plot macam klise filem2 cinta dulu cuma kali ini melibatkan sukan luncur air yg mana totally bukanlah sukan famos kat msia. Dan yg org x sabar nk tonton sbb adanya syukri yahya as lead

    ReplyDelete
  7. Tajuk cerita best. Part sedih tu kena bawak tisu sekali kat panggung ni....setuju dengan Ayu sukan ni bukan famous kat Malaysia. Baru2 ni saya tonton kat Astro pasal cerita sukan surfing ni la tapi dalam cerita tu, pompuan ni surfing kat kawasan ada ikan jerung....

    Maybe cerita ni orang akan tonton kerana sukan agak unik.

    ReplyDelete
  8. Hero Dan heroin hebat. Lama sangat Tak ikuti perkembangan semasa mengenai filem. Tahu-tahu asyik cerita baru saja.

    ReplyDelete
  9. Such a lovely story line...

    Wish I can watch the show..

    Sounds and looks great, the movie..

    ReplyDelete
  10. ada banyak cerita sekarang. tapi kena cari yg kualiti & bawa mesej yang bagus. nampak menarik ni!

    ReplyDelete
  11. Syukri Yahya?!
    Alamak. Hero best ni. Minat sungguh dia :)
    Harap citer & skrip pon best lah.

    ReplyDelete
  12. Lain dari yang lain jalan cerita dia. Mengetengahkan cerita tentang sukan luncur air yg tak pernah di tonjolkan. Ada shukri yahya. Mesti best.

    ReplyDelete
  13. jarang malaysia buat filem yang bertemakan sukan mcm ni. biasanya kahwin paksa je manjang. hehe

    ReplyDelete
  14. Kalau ada syukri yahya mesti best cerita ni.. tapi nak tengok wayang bawa anak anak tak sesuai tengok cerita ni😂😂😂... Tunggu keluar kat astro first boleh tengok

    ReplyDelete
  15. Kalao awak kata best, baru kita nak tengok. Kita memang susah sikit nak tgk cerita Melayu. Hehe. At least, different la kan buat tentang sukan luncur air. Kadang2 pening cerita sama je. Cinta tu of coz la tak boleh buang. Harap menepati citarasi movie ni. Hiks

    ReplyDelete
  16. Dah tgk promo mcm best je cerita ni.. liez suka syukri yahya.. tp nak merasa tgk wayang susah sikit dgn anak kecik ni

    ReplyDelete
  17. ainy suka cerita yang berkisarkan kekeluargaan dan persahabatan camni. banyak mesej yang boleh kita sendiri ambil dalam cerita camni untuk apply dalam kehidupan. boleh masukkan dalam list nak tengok pasni.

    ReplyDelete
  18. Lain dari yang lain filem ni sebab berkaitan dengan suka surfing kan. Jalan cerita pon macam best jer. Suka hero dia tu 😄

    ReplyDelete
  19. wahhhh bagus simple review tak banyak yang boleh kita reveal tentang cerita ni biarkan penonton yang menilai sendiri sebab cerita ni boleh nampak manusia keji sanggup buat apa sahaja demi populariti

    ReplyDelete
  20. Seem a Hollywood story that adapt in Malaysia. Malaysia movie now more creative and actors and actresses put an effort to bring out a good movie for Malaysian. Will support this movie.

    ReplyDelete
  21. Filem yangvberbeza daripada filem yang ada. Pasal surfing pulak. Nampak menarik filem nih.boleh tonton nanti

    ReplyDelete
  22. suka kalau shukri yahya berlakon...watak yang dibawa sangat berkesan.

    ReplyDelete
  23. LeYa masih belum sepmat nak tengok lagi.. Hehe.. Nanti beli VCD dia ajelah tengok..

    ReplyDelete

Followers

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive