travel, food and lifestyle blog

Sunday, March 18, 2018

PAKEJ HERBALINE 3 DALAM SATU DI BAWAH SATU BUMBUNG


Jika dulu, penjagaan kecantikan dan kesihatan adalah sangat popular di kalangan kaum wanita sahaja. Kini, ianya sudah menjadi kebiasaan kepada kaum lelaki juga kerana kesedaran pada hal ini telah menjadi salah satu hal yang sangat penting bagi perempuan dan lelaki. 

Selain dari hal penjagaan diri yang biasa diamalkan di rumah, kita juga boleh mencari alternatif lain seperti ke spa dan pusat kesihatan. Apa yang penting, pemilihan unit spa dan pusat kesihatan terbaik harus dititik beratkan.Bila membicarakan tentang spa dan pusat kesihatan, saya tertarik dengan perkhidmatan pakej 3 dalam 1 yang ditawarkan  oleh HerbaLine di bawah satu bumbung yang  terletak di Hartamas.

1. HerbaLine Facial Spa

Berada di tingkat tiga (3), HerbaLine Facial Spa menawarkan perkhidmatan lebih dari sekadar spa wajah, kerana mereka juga ada menawarkan pelbagai rawatan wajah serta rawatan urutan untuk pelanggan lelaki dan perempuan. Jangan terlalu takut dengan harganya kerana bagi saya kerana mereka menawarkan harga yang berbaloi iaitu dari serendah RM69 bergantung pada pakej-pakej mereka.


Oh ya!! jika anda ke sini, jangan lupa untuk cuba service tambahan lain mereka seperti sea salt foot bath, fish spa therapy, detox lemongrass drinks dan banyak lagi.


Lemongrass aromatherapy, cukup menyegarkan. Tutup mata, kosongkan minda anda dan dengan hanya tiga kali sedutan ianya pasti dapat melapangkan minda korang. 


Fish Spa Therapy, rawatan yang sudah cukup popular dan tidak asing dengan spa. Bagi saya ini adalah pengalaman pertama kali dikerumuni ikan-ikan kecil yang datang untuk menolong membersihkan sel kulit mati di kaki. Tipu kalau saya katakan ianya tidak geli, pada awalnya boleh naik bulu roma ni. Tapi lama-lama jadi syok pulak!!!


Tel:03-23039831/012-7028677
Business Hour: 
Mon-Fri 11:00-19:00
Sat 10:30-17:30
Sun . Holiday 10:30-16:30
  
Facebook: herbaline.my

2. Healthland Family Wellness Centre 


Berada di aras dua (2) dan satu (1), anda boleh mendapatkan perkhidmatan urutan badan yang dilakukan oleh ahli terapi yang terlatih secara profesional di Thailand. Mempunyai pelbagai jenis perkhidmatan urutan dan pilihan bilik urutan yang selesa dan sesuai dengan kehendak pelanggan. Apa yang penting seasana disini sangat tenang, bersih dan selesa.


Saya sendiri sempat merasai sendiri perkhidmatan urutan kaki dari mereka. Ternyata ianya cukup bagus dan berbaloi. Sambil diurut, korang boleh layan movie yang di tayangkan di skrin besar bilik tersebut seolah berada di dalam panggung wayang.


Tel:03-2856-7877 

Business Hour:
Mon~Sun 11:00-23:00

Facebook: healthlandmalaysia 

3. Mama Kim Sauna Mee Café


Mee Sauna!! Pertama kali saya dengar tentang Mee Sauna. Ianya merupakan menu signature yang boleh korang dapat di Restoran Mama Kim yang berada di tingkat paling bawah iaitu G. Restoran ini merupakan sebuah restoran yang menghidangkan menu makanan cina yang mesra muslim yang menggunakan sumber makanan dari pembekal yang HALAL. Untuk lebih serius, mereka juga masih dalam proses mendapatkan persijilan HALAL.


Resipi sihat yang mereka perkenalkan dalam menu mereka mengikuti konsep 80:20 catuan. 80% sayur-sayuran dan 20% daging dalam setiap hidangan. Menitik beratkan tentang hal yang sihat dan lazat, hidangan mereka dibuat dari keseimbangan 5 warna utama bahan-bahan segar.

Tel:03-28584173/012-6779895

Business Hour:
08:00-22:00

Facebook: Mamakimsaunamee 

Jika korang ke Hartamas, boleh datang dan cuba sendiri perkhidmatan di HerbaLine 3-in-1 Integrated Beauty & Wellness Centre with Healthland dan Mama Kim Sauna Mee. Paling tidak, korang boleh membuat rujukan di setiap laman sesawang dan social media yang telah saya kongsikan.

HerbaLine, Healthland and Mama Kim Cafe

3-in-1 Integrated Beauty and Wellness Centre
Address: 18 and 20, Jalan 31/70A,
Desa Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur.


Share:

3 comments:

  1. Ala bila nak ajak kita gi spa juga hihi.

    ReplyDelete
  2. wow. aida baca tadi kat blog sape ekk?
    ingat kan dia gi byr sendiri.
    korang gi review ke? hi hi hi huntong lah...
    syok masuk spa. lelagi 3 in 1 gini. lega segala urat di badan yg tersimpul ni.

    ReplyDelete
  3. wahh... seronoknya memanjakan diri macam ni! nak pergi jugak! sekali sekala apa salahnya kan. memang mudah sangat sebab semuanya pun bawah satu bumbung!

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive