WISH LIST TAHUN 2017 YANG BERJAYA DICAPAI



Bila tibanya akhir tahun, maka ramai di antara kita akan mula menanam azam atau wish list untuk dicapai pada tahun baru. Tidak terkecuali dengan saya. Untuk artikel kali ni saya nak kongsikan kepada semua pembaca berkenaan dengan beberapa wish lish yang telah saya capai pada tahun 2017.

Pada tahun 2017 yang lepas, saya mempunyai beberapa wish list yang cukup besar dan mungkin berat untuk di realisasikan sekaligus dalam masa satu tahun kerana semuanya melibatkan duit. Walaupun ianya cukup sukar, tapi dengan kehendak yang cukup tinggi saya berjaya realisasikannya dalam masa yang di tetapkan. Antara wish list tersebut adalah seperti berikut.

1.0 : MIRRORLESS CAMERA

Memandangkan komitmen dalam blogging semakin tinggi, saya telah mengambil keputusan untuk memiliki kamera yang kecil dan berkualiti tinggi. Memiliki mirrorless camera kini sudah menjadi satu trend bagi seorang blogger lifestyle. Mudah untuk dibawa ke sana sini dan yang penting ianya boleh hasilkan gambar berkualiti tinggi yang boleh memberi impact yang cukup besar kepada pembaca blog mahupun pengikut di social media kita (Facebook, Instagram, Twitter).

Olympus Pen Lite
Memandangkan saya suka pada kelainan dan keunikan, saya telah memilih Olympus Pen Lite. Bentuknya yang unik dan kualiti nya sangat memberi kepuasan bagi seorang blogger dan instagrammers macam saya.

2.0 : TRIP KE JEPUN

Negara Jepun! Sebuah negara yang cukup kaya dengan keunikan budayanya. Sebuah negara 4 musim yang cukup popular di kalangan traveller seluruh negara.

Trip musin sejuk ke Jepun
Sejak dari dulu lagi saya sangat teringin untuk travel ke negara sejuk yang bersalji. Teringin untuk memegang salji dengan tangan sendiri. Namun pada tahun 2016, entah kenapa keinginan tu membuak-buak sehinggakan saya telah membuat keputusan untuk menabung semata-mata nak ke Jepun pada awal tahun 2017 untuk merasai musim sejuk di sana. 

Alhamdulillah, Allah sebaik-baik perancang kerana ianya termakbul bilamana saya telah dibawa ke Tokyo untuk satu trip tajaan penuh dari The Clover Homes dan Cuti-cuti Jepun pada awal Januari 2017.


*walaupun Tokyo merupakan bandar yang tidak mempunyai salji, pada hari terakhir kami di sana kami telah dibawa ke lokasi bersalji berdekatan dengan Gunung Fuji.

3.0 : MACBOOK PRO

Bagi seorang pereka seperti saya, bercita-cita untuk memiliki sebuah laptop dengan high performance adalah sesuatu yang biasa. Walaupun pada asalnya hanya impikan Macbook Pro 13", tapi Alhamdulillah saya berjaya memiliki sebuah Macbook Pro 15" yang mana ianya 2 kali leh perform darinya.

macbook pro 15"
Apa yang saya nak, Allah makbulkan lebih dari itu. Alhamdulillah, dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Allah sebaik-baik perancang, jika doa kita tak termakbul maka ingatlah bahawa ALLAH sedang merancang yang terbaik buat kita. Semoga Tahun 2018 ni akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Insyaallah Aamiin.


SELAMAT TAHUN BARU

Post a Comment

27 Comments

  1. Tahniah awak ! nanti kita pergi Jepun sama-sama. awak bawak saya haha

    ReplyDelete
  2. singgah membaca...selamat tahun baru 2018.. :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..sikit2 tercapai..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, tahniah.. semoga terus sukses ya

    ReplyDelete
  5. Tahniah Mawardi semoga 2018 lagi syok menghadapai cabaran hidup,

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah murah sentiasa rezeki madi.. Zaza pun byk wistlist tak sempat utk 2017..btw zaza pun hrp 2018 blh beli kamera jgk.

    ReplyDelete
  7. Semoga di tahun 2018 semua wish list nya tercapai ya :D
    Kalo liburan boleh ajak".

    ReplyDelete
  8. tahniah.. semua wishlist tu best

    ReplyDelete
  9. Tahniah bro di atas percapaian tahun 2017..semoga lebih sukses di tahun 2018

    ReplyDelete
  10. Amin...semoga sama- sama menggapai impian..akak doakan kita semua murah rezeki..berapa harga olympus tu? Berkenan plak

    ReplyDelete
  11. Aamiin..bersyukur dgn apa yg telah diberikan..niat yg baik²..fikir yang baik²..Insya Allah Madi..

    ReplyDelete
  12. Uiyo macbook pro! Berapa eh harga masa beli tu?

    ReplyDelete
  13. nages baca, bestnya... wishlist tahun 2017 awak memang awesome!!

    ReplyDelete
  14. Tahniah...berjaya kecapi wishlist...
    Akak dah bertahun2 wishlist nk kurus2...
    Tpi nan hado berjaya nyaaa

    ReplyDelete
  15. congrats on all the wish list successfully achieved!
    what about your 2018 wish list? hehe

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  16. Congrats bro! Dah boleh buat wishlist baru dah ni hihi

    ReplyDelete
  17. Bestnye dapat jejak negara jepun. Tahniah. Tahun ni nak melancong kemana pulak?

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah tercapai juga hajatnya.. macbook ada dalam wishlist saya tahun ni, harap2 dapatlah membelinya ;)

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  19. Congratulations CEO! Alhamdulillah, hasil berkat usaha. Admire your dedication 👍🏽

    Semoga wishlist untuk 2018 tercapai juga nanti. InsyaAllah, amin amin.

    ReplyDelete
  20. Ada juga yang tercapai dan ada yang perlu dibaiki lagi tahun 2018. Baguslah merekodkan boleh sentiasa pantau pencapaian.

    ReplyDelete
  21. tahniah berjaya miliki dan capai wishlist tahun lepas, semoga murah rezeki lagi tahun 2018 ni

    ReplyDelete
  22. Amin. Wishlist nya tercapai. Semoga wishlist untuk di tahun 2018 juga segera terwujud

    ReplyDelete
  23. Wah camera dan macbook pro tu lah wishlist Lia 2018. Kamera rosak kena beli baru. Semoga tahun 2018 memberikan sinar harapan yang lebih baik.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  24. Wah.. Bangganya! Tahniah, bang idola! Hopefully tahun ni pun tercapailah beberapa hajat saya lepas ni. hihi

    ReplyDelete