travel, food and lifestyle blog

Tuesday, January 02, 2018

KFC CHIZZA CHICKEN X PIZZA FANS PARTY


28 Disember 2017 yang lepas, saya dan beberapa rakan telah memenuhi jemputan KFC Malaysia di KFC CHIZZA CHICKEN X PIZZA FANS PARTY. Majlis ini adalah sempena mempromosikan produk terbaru mereka iaitu KFC Chizza. Produk terbaru ini telah menampilkan adunan citarasa ayam goreng bersama pizza yang unik dan menyelerakan. Majlis tersebut telah berlansung di GSC NU Sentral.

1.0 KFC CHIZZA CHICKEN X PIZZA FANS PARTY

Berbeza seperti sebelum-sebelum nya, untuk kali ni KFC Malaysia telah menganjurkan KFC Bloggers Party dengan kerjasama GSC dengan menonton filem Pitch Perfect 3. Untuk kali ni, jemputan adalah bersama plus 2. *jadi total jemputan adalah 3 orang.


Seawal jam 6.30 petang lagi pendaftaran telah dibuka, terdapat juga photbooth untuk bergambar sementara menunggu masuk ke pawagam. Kami juga telah dibekalkan dengan KFC Chizza, wedges popcorn dan air mineral sebelum masuk ke pawagam.


Sebelum tayangan filem Pitch Perfect 3 bermula pada jam 8.00pm, kami telah dihiburkan dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti teka lagu dan persembahan koir. Pemenang pertandingan teka lagu menerima hadiah berupa voucer dari KFC.

KFC Chizza Chicken Pizza Party merupakan acara eksklusif meraikan KFC Fans dengan hidangan terkini KFC Chizza.

1.1 KFC CHIZZA

KFC Chizza - “Piza Sedap Hingga Menjilat Jari”, kombinasi sempurna filet ayam Hot & Spicy bersama isi pizza dengan ramuan seperti ketulan nanas, bawang, herba, keju mozarela dan sos pizza tomato.

KFC Chizza
KFC Chizza masih mengekalkan ayam goreng sebagai ciri utama hidangan tetapi disuntik dengan sedikit kelainan yang harus dicuba oleh semua penggemar KFC dan pizza. Gabungan terbaik 2 hidangan kegemaran ramai. Isi piza ditampilkan bersama filet ayam Hot & Spicy sebagai pelengkap kerak piza.

KFC Chizza boleh didapati secara a la carte bermula hanya RM7.90. Ia juga boleh didapati di dalam kombo yang didatangkan bersama KFC Crispier Fries dan minuman ringan berkarbonat. Anda juga boleh menikmati Chizza Box untuk pilihan yang lebih mengenyangkan, bersama seketul ayam goreng KFC Original atau Hot & Spicy, Crispier Fries dan air minuman ringan berkarbonat. Ia kini boleh didapati di semua restoran KFC seluruh negara sementara stok masih ada.


Layari maklumat lanjut KFC Malaysia korang boleh rujuk di laman sesawang mereka di www.kfc.com.my.
Share:

17 comments:

  1. Baru makan semalam. Sedap juga!!

    ReplyDelete
  2. Dah pernah makan Chizza. Prefer makan time pepanas....memang sedap!

    ReplyDelete
  3. dah try makan, ok la tapi saya agak kurang hihihihi.. ibu mentua suka dia kata sedap...

    ReplyDelete
  4. Kena makan pepanas baru sedap. Nak lagi sedap, bila dapat free, hehehe

    Tonglerrr tengok movie tak hajak

    ReplyDelete
  5. Belum sempat nak mencuba KFC Chizza Chicken Pizza. Cheese tu menggiurkan lah.

    ReplyDelete
  6. dah rasa dah. sedapnyaaaaa... lagi best kalau dapat makan sambil tonton wayang. apalagi kena cerita komedi macam pitch perfect pulak kan. dengan member2 sekepala mesti happening!

    ReplyDelete
  7. Tak cuba lagi chizza ni. Sebab orang duk komplen saiz kecil gila dari kotak. Nanti nak cuba jugak la tengok betul ke cinonet sangat

    ReplyDelete
  8. too bad different outlet different quality. the one i tried the other day not so nice.

    ReplyDelete
  9. best yer makan chizza sambil tengok wayang free

    ReplyDelete
  10. That's fun! Finally we are allowed to eat inside the cinema, tried the chizza but not really a fan, still prefer the good old fried chicken.

    ReplyDelete
  11. Bg sy mmg sedap tp sikit sgt die bubuh atas ayam tu. Bila sy mkn xrasa chizza sgt. Better mkn aym goreng je.. xsama mcm dlm gmbar.

    ReplyDelete
  12. kenapa KFC missed kita dari blogger list kalau tak mesti dapat makan chizza ni sedapnya !

    ReplyDelete
  13. ramai cakap indah khabar dari rupa..betul ke

    ReplyDelete
  14. nice event. I wish to go too haha

    ReplyDelete
  15. Whoa, they came up with new menu. KFC Chizza? Nice. Nampak sedap. Terliur tengok. Ya Allahhhhhhhh! KFC kat sini kurang sedap. Nothing beats Malaysia punya. Uwaaa :(

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive