travel, food and lifestyle blog

Monday, November 13, 2017

TIOMAN ISLAND CONSERVATION DAY 2017 (TICD 2017)


PENGANGKUTAN DARI KUALA LUMPUR KE PULAU TIOMAN

BAS DARI KUALA LUMPUR KE JETTY TG GEMOK | Bertolak dari Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur kira-kira dalam jam 12 tengah malam, dan tiba sebelum subuh di Tg Gemok Jetty, Kuala Rompin menaiki bas Sanwa Ekspress First Class Economy Couch. Untuk pengetahuan korang, sekarang ni lebih mudah untuk ke Pulau Tioman. Kalau hari-hari biasa, setiap hari Sanwa Ekspress akan bertolak dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Tg Gemok Jetty jam 4 pagi dan 9 pagi. Dan dari Tg Gemok Jetty ke TBS pula setiap hari jam 1230 tengah hari dan 6 petang. Dan tiket cuma berharga RM30.90 sahaja.


FERRY DARI JETTY TG GEMOK KE PULAU TIOMAN | Tiba di Tg Gemok Jetty subuh tu, kami pun sempat lah breakfast apa semua dulu pagi tu sebelum naik Cataferry ke Pulau Tioman jam 8 pagi. Best jugak Cataferry ni nampak sangat mewah dan sangat baru! Harga tiket dari Tg Gemok Jetty ke Pulau Tioman berharga RM60 sehala untuk standard seat, dan RM100 sehala untuk Premium seat. Sangat selesa, dan cukup fasiliti seperti tandas, cafe dan open deck!_ Neyra Syazira


BERJAYA TIOMAN RESORTS, PULAU TIOMAN



Tiba di Berjaya Tioman Resorts, Pulau Tioman kami disambut dengan hidangan air kelapa muda yang cukup fresh. *sekelip mata hilang rasa letih kami menempuh perjalanan berejam menaiki bas dan bot untuk ke sini. Selepas menikmati air kelapa muda, kami mendaftarkan diri untuk mengambil kunci bilik dan mendengar taklimat berkenaan aktiviti sepanjang TICD2017. Selepas itu, kami terus ke bilik kerana tidak mahu bazirkan masa berbaki untuk berehat sebelum aktiviti bermula.


Nasib kami baik kerana telah ditempatkan di Deluxe Chalet tingkat atas yang menghadap pantai. Harga normal Deluxe Chalet  ini dikatakan dari serendah RM330 satu malam. Satu unit chalet mempunyai 4 buah bilik iaitu 2 di bahagian atas dan 2 lagi di bahagian bawah. Apa yang saya boleh katakan, bilik ni cukup besar dan sangat selesa dengan kelengkapan yang cukup.


Apa yang bestnya kat sini, mereka mempunyai private beach yang sangat bersih. Dan apa yang lebih penting Berjaya Tioman Resorts, Pulau Tioman ni sangat dekat dengan Pulau Rengis, yang menjadi salah satu lokasi snorkelling dan diving paling popular di Pulau Tioman ni.


Untuk pengetahuan korang semua, setiap tahun Berjaya Tioman Resorts, Pulau Tioman akan menganjurkan satu program CSR menjaga habitat laut yang diberi nama Tioman Island Conservation Day (TICD). Program ini dikatakan telah bermula sejak tahun 2010 lagi.


TIOMAN ISLAND CONSERVATION DAY 2017 (TICD 2017)

TICD ialah aktiviti CSR tahunan yang telah mendapat sokongan penuh yang berterusan dari PADI Project Aware, dive centres, dan beberapa kumpulan divers dari beberapa buah negara termasuk Singapura. Ini merupakan satu usaha yang patut dipuji demi berbakti kepada alam sekitar dan masa depan yang lebih cerah dan demi kebaikkan generasi seterusnya.


Misi pada tahun ini adalah mengekalkan keindahan laut, dan alam sekitar di Pulau Tioman. Misi ini melibatkan seramai 130 orang divers dari Malaysia dan Singapore. Selain dari itu, lebih kurang 30 orang dari pihak media dan sponsor.


Dengar khabar parameter kawasan projek TICD pada tahun 2017 ni telah diperluaskan bagi memulihara corals dan hidupan laut lain dengan meneggelamkan dua unit coral nursery table dan lima unit struktur coral. Lima struktur coral tersebut adalah terdiri dari satu unit berbentuk piramid, satu unit tiang gol bola sepak, dan 3 unit coral structure bersaiz kecil.


GOTONG-ROYONG MEMBINA CORAL STRUCTURE | Memandangkan kami tidak berpeluang untuk menjadi sebahagian dari divers untuk membantu menurunkan coral structure tersebut ke dalam laut, kami telah diberi peluang untuk turut serta dalam membantu membina coral structure tersebut sebelum ianya sedia untuk diturunkan ke laut.



Kalau korang nak tahu, fungsi coral nursery table dan coral structure yang kami buat ni adalah bertujuan untuk menyokong pertumbuhan dan pembiakkan lebih banyak coral reefs di dalam laut. Apa yang menariknya, beberapa hari sebelum TICD2017 berlansung pihak Berjaya Tioman Resorts juga telah menenggelamkan struktur sebuah bas sebagai salah satu usaha untuk menjadikan tempat habitat baru hidupan laut seperti menggalakakn pertumbuhan corals dan menarik minat hidupan laut lain ke situ.


20 orang penyelam telah berganding bahu dalam usaha letak struktur bas lama ni, dan ianya telah diletakkan di dasar laut berhampiran tukun coral yang ada iaitu cuma 200 meter dari Berjaya Tioman Resort Dive Centre. Kami juga difahamkan bahawa, material besi pada struktur bas ni memang sesuai untuk membiakkan lebih banyak corals terutamanya yang jenis slowgrowing. Bergantung kepada spesis, kadar pertumbuhan paling perlahan ialah 0.2 hingga 1.0 inci setiap tahun manakala untuk spesis yang jenis tumbuh cepat pulak sekitar 1.0 hingga 8.0 inci setiap tahun.


kredit photo : Tian Chad

kredit photo : Tian Chad

Selain dari itu, kami difahamkan bahawa para diver juga turut melalukan misi pembersihan di dasar laut. Ini adalah untuk mengelakkan barangan dan sampah sarap wujud di dasar laut dan menganggu pertumbuhan habitat sebenar laut. *dan hal ini sangat merunsingkan kerana banyak haiwan laut terjejas kerana sampah sarat ini.


GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN PANTAI | Kami juga turut serta menjalankan aktiviti pembersihan di sekitar kawasan Hotel Berjaya Tioman terutama sekali di sekitar kawasan berhampiran laut bagi memastikan tiada sisa sampah yang ditinggalkan dalam misi memelihara keindahan dan kebersihan alam sekitar. Walaupun pantai nampak bersih, masih ada lagi sisa-sisa sampah terutama plastik yang tersesat dibawa ombak. Insyaallah dengan adanya usaha yang kecil ni dapat memberi manfaat pada hidupan laut dan keturunan kita pada masa akan datang. 

kredit photo : Tian Chad

AKTIVITI MENANAM POKOK KELAPA | Selain dari melakukan aktiviti membersihkan pantai, kami juga diberi peluang untuk menanam pokok kelapa di sekitar kawasan Hotel Berjaya Tioman. Aktiviti ini adalah dalam usaha menghijaukan bumi dan secara tak lansung dapat memelihara dan memulihara alam sekitar. Sebanyak 40 buah pokok kelapa telah berjaya ditanam.

kredit photo : Tian Chad

MALAM GALA TICD 2017 | Malam terakhir kami diraikan jamuan BBQ di Malam Gala TICD 2017 sambil dihiburkan dengan persembahan tarian kebudayaan oleh pelajar sekolah, lucky draw dan karaoke. Hadiah lucky draw memang sangat lumayan okay. Dengar cerita diorang berhibur, karaoke sampai kepagi.

kredit photo : Tian Chad

SNORKELLING DI PULAU RENGGIS | Hari terakhir sebelum kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur sempat melakukan aktiviti snorkelling di sekitar Pulau Renggis. Coral kat sini memang sangat cantik. *hati-hati jangan sampai ada yang terpijak akau membunuh coral-coral ni. Tidak hairanlah kalau ada yang mengatakan bahawa Pulau Tioman ni merupakan salah satu Pulau yang tercantik.

kredit photo : Sheril

Kalau ke Pulau Tioman, saya sarankan untuk korang menginap di Berjaya Tioman Resort ni. Apa yang boleh saya katakan bahawa, harga bilik mereka sangat berbaloi dan ianya sangat privacy. Sangat sesuai untuk percutian keluarga atau bulan madu bersama yang tersayang.


Terima kasih saya ucapkan kepada pihak penganjur (Berjaya Tioman Resort) kerana telah membuka peluang untuk saya sama-sama dalam melaksanakan misi memelihara alam sekitar dan hidupan laut ini. Diharap usaha ini tidak terhenti disini sahaja dan akan berterusan untuk selama-lamanya. Terima kasih juga untuk para penaja TICD 2017 tahun ini, iaitu Cosway Malaysia, Victorinox Swiss Army Timepieces Malaysia, RadioShack Malaysia, Julie's Biscuits, Kenny Rogers Roaster Malaysia, Tourism Malaysia dan Cataferry Sdn Bhd. Saya berharap akan berpeluang lagi untuk misi TICD yang akan datang.

Share:

13 comments:

  1. Alhamdulillah. Best juga join aktiviti macamni. Lagi-lagi gotong royong dan tanam pokok kelapa. hehe.

    btw, kita adore dengan gambar awak. cecantik tau :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. kita mmg perlu menjaga kebersihan pulau..

    ReplyDelete
  3. suka tengok pulau ni.. sangat2x..!!

    ReplyDelete
  4. Sampai sekarang tak boleh lupa tioman

    ReplyDelete
  5. Alaaa bestnya! Hopefully boleh join next year. Hmm..

    ReplyDelete
  6. Seronoknya travel. Bukan baru balik Indonesia ke? Kita tahun depan baru nak pergi Perhentian. Btw, gambar semua menarik cantik. Tak pernah lagi pergi Tioman! Macam mana nak letak google maps tu? Turunkan ilmu eh. hehehe

    ReplyDelete
  7. Bestnya Pulau Tioman, patutlah suami cakap nak visit lagi ke sana

    ReplyDelete
  8. mashaAllah tempat dia cantiknya? ainy pernah
    pergi Tioman tapi tak pernah sampai ke Berjaya. insyaAllah mungkin suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  9. Baca entry ini berfikir dah pergi ke belum Tioman....hilang ingatan sudah

    ReplyDelete
  10. best nye wehhh. aku ni nama je anak pahang tapi tak penah penah ke tioman haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya aku pn sama sampai la Berjaya invite, firstime jejak Tioman. Kahkahmkah

      Delete
  11. Tahun depan katanya dgr desas desus kat Redang. Ehhhh

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive