travel, food and lifestyle blog

Tuesday, November 14, 2017

ULTIMATE GUIDE: BRAND KURTA PALING BERBALOI DI MALAYSIA.


Semakin hari baju berkonsepkan kurta makin mendapat tempat dan menjadi pilihan oleh sang jejaka. Mungkin kerana rekabentuk yang tidak terlalu berat dan sesuai untuk digayakan dalam apa jua majlis sekalipun. Oleh sebab yang demikian juga, Cirgaro Apparel telah memperkenalkan kesinambungan koleksi kurta mereka yang ke-10 (dalam jangkamasa tak sampai 2 tahun) iaitu Kurta Denim Version 2 atau  Kemeja Denim.

Apa yang boleh saya terangkan disini, Cirgaro Apparel merupakan sebuah butik yang cukup terkenal dengan penghasilan kurta yang berkualiti tinggi di Malaysia. Malah ia juga boleh dikatakan sebagai otai dalam penghasilan kurta di Malaysia ni. Ia dibuktikan lagi dengan kemampuan produk mereka untuk dicari di search engine Google.com dengan keyword popular seperti kurta lelaki, kurta moden, kurta teluk belanga atau kurta dewasa. *keyword dikuasai oleh mereka secara organik di carian google.


Jenama Cirgaro Apparel dilihat lebih serius dalam menghasilkan fesyen yang berkualiti untuk golongan lelaki daripada hanya membuat kontrovesi murahan untuk melariskan jualan mereka. 

KURTA DENIM SEBAGAI KEMEJA DENIM

Fesyen berkurta sememangnya agak baru dikalangan golongan lelaki di Malaysia khususnya manakala Kemeja pula sudah lama. Untuk mengelakan salah faham, Kurta Denim Version 2 yang baru diperkenalkan ini telah diklasifikasikan sebagai Kemeja Denim supaya ianya dapat diterima oleh semua kaum dan bersifat global dan universal.


Untuk pengetahuan korang evolusi fesyen lelaki (oleh Cirgaro Apparel) sering menjadi benchmark (standard) dimana Cirgaro merupakan jenama fesyen yang pertama yang menghasil kurta pendek untuk disesuaikan oleh pasaran Malaysia dan kini Cirgaro Apparel meletakkan aras yang tersendiri dalam kurta dan kemeja yang disesuaikan dengan citarasa Malaysia.

CIRI-CIRI PENTING BAJU YANG BAGUS

Hasil daripada penelitian dan kajian pasaran oleh Cirgaro Apparel berikut merupakan ciri-ciri penting untuk satu busana tersebut menjadi pilihan mereka :
  • Mudah dipakai tanpa memerlukan orang lain menolongnya. (sebagai contoh ; berapa ramai  kaum lelaki boleh pakai sampin sendiri?). 
  • Tiada aksesori tambahan seperti butang baju melayu yang kerap hilang apabila kita nak pakai.(nak basuh tak perlu buang aksesori)
  • Boleh dipadangkan dengan seluar lain contohnya jeans , slack , atau jogger pants walaupun tak sedondon. 
  • Bersifat universal. Sesuai untuk digayakan di mana-mana majlis. 
  • Senang dijaga dan tahan lasak (tanpa perlu special care contoh hanya boleh di basuh dry clean sahaja ke



Apa yang bestnya, jenama Cirgaro Apparel sebenarnya wujud hasil daripada ciri-ciri dan keperluan yang saya nyatakan di atas . Dalam rekaan-rekaan busana mereka dan setiap busana pakaian lelaki yang Cirgaro Apparel keluarkan wajib berciri-cirikan elemen ketimuran yang digabungkan dengan ciri-ciri moden.


KEMEJA DENIM 2018


Kembali kepada Kemaja Denim 2018 terkini. Fabrik denim ini adalah di import khas dari luar negara digunakan. Kelebihan fabrik ini adalah : 
  • Pre-Wash Fabric – Bermaksud pengeluar fabrik telah melakukan proses istimewa supaya warna fabrik denim ini tidak luntur sewaktu basuhan seperti fabrik denim yang lain diluar sana. 
  • High Rich Cotton Content – Tidak seperti kebanyak fabrik moden , yang mempunyai kandungan polyester melebihi daripada kandungan cotton (kapas). Fabrik Denim ini merupakan fabrik denim yang mempunyai kandungan cotton melebihi 83% dalam fabrik tersebut. 
  • Special Soft Feel – Membuatkan si pemakai terasa comfy dalam pemakaian. Kami menjamin fabrik kami tidak gatal-gatal dan berbulu akibat pengunaan fabrik ini walaupun setiap hari. 
  • Highly Breathable – Fabrik Denim ini merupakan fabrik denim yang dibuat khas untuk kegunaan kemeja. Ianya tidak tebal seperti fabrik denim untuk seluar jeans. 
  • 6 Denim Major Colours – Kesemua warna yang ditawarkan dalam Koleksi Kemeja Denim ini adalah warna utama yang menarik dan menjadi pilihan orang ramai. Ianya juga mudah digayakan dengan jeans sedia ada anda !


Berkata mengenai rekaan pattern Kemeja Denim 2018 ini pula , mereka mengabungkan element timur dengan moden seperti :
  • Mandarin Kolar Style. 
  • Clip On Button utk kolar. 
  • Reverse Fabrik Style untuk bahagian dalam kolar. 
  • Butang baju moden empat segi mengikut warna fabrik. 
  • Pattern Mandarin Kolar yang minimalis dan MODEN. 
  • Clip Button di Bahagian Kolar untuk MUDAH pakai. 
  • 2 Poket tepi yang tersembunyi. 
  • Bar Tack Stiching , Double Stiching , dan Close Stiching untuk KUALITI Jahitan bertaraf antarabangsa. 
  • 6 Warna Denim TERBARU yang akan menarik perhatian anda. 
  • PROVEN design oleh Cirgaro Apparel. 
  • READY STOCK di online www.cirgaro.com dan di butik mereka di Plaza Shah Alam


SAIZ KEMEJA DENIM 2018 Berbeza dengan keluaran denim pada tahun lepas, Kemeja Denim 2018 dikatakan hadir dalam saiz S hingga XXXL dalam potongan Regular Fit. Potongan regular fit ini menyebabkan semua jenis bentuk badan boleh memakai Kemeja Denim 2018 ini dengan selesa. 

Kemeja Denim 2018 adalah berlengan pendek setelah banyak cadangan dari peminat setia Cirgaro Apparel mahukan lengan pendek pula supaya tampil nampak lebih casual. Berlengan pendek juga membuatkan pemakai Kemeja Denim 2018 Cirgaro Apparel tampil nampak bergaya aktif.


Untuk pengetahuan para pembaca, Kemeja Denim 2018 adalah couple set ready. Akan hadir pasangan kemeja perempuan yang warna sedondon pada bulan hadapan. 

Bagi yang mahu mencuba Kurta Denim 2018, Kurta Denim ini boleh didapati di Butik mereka yang berada di Plaza Shah Alam , Seksyen 9 , Shah Alam yang dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam.


KURTA TELUK BELANGA VERSI 2


Tidak cukup dengan Kurta Denim 2018, bagi yang peminat fesyen teluk belanga, Cirgaro Apparel juga ada Kurta Teluk Belanga versi 2 iaitu kesinambungan daripada Kurta Teluk Belanga versi 1 yang telah habis terjual pada tahun 2016 yang lepas.


Dari segi fabrik juga mereka telah mempertingkatkan kualiti fabrik Hybrita Cotton buatan korea dimana Fabrik Hybrita Cotton kali ini lebih mudah iron dan tidak mudah renyuk

Dari sudut design, di bahagian kolar kami telah di redesign semula dengan penambahan butang tembaga yang anti karat dan tampak lebih mewah. Keliling kolar juga dijahit dengan kemas dan teliti bagi bagi mengekalkan imej tradisi. Di bahagian ketiak pula mereka telah mengukuhkan jahitan di keliling ketiak dengan double stitching. Kami turut menambah detailing jahitan “bar tack” di sesetengah bahagian kurta teluk belanga ini.


Design minimalist dan serdahana Kurta Teluk Belanga diteruskan dengan sedikit touch of piping yang berlainan warna di poket dada dan hujung lengan supaya tidak nampak terlalu plain dan boring. 

Apa yang lebih menarik Cirgaro™ tidak mengabaikan semua golongan dengan mengeluarkan saiz bermula S hingga 3XL. Berbeza dengan potongan regular fit yang ditawarkan oleh Kurta Denim yang diceritakan diatas , Kurta Teluk Belanga ini ditawarkan dalam potong slim fit.

Warnanya juga lebih menarik dan terang tanpa mengabaikan “cotton feel” dan keselesaan si pemakai. Ada 10 warna terbaik yang boleh korang pilih. Antara warna-warna yang boleh korang dapat untuk Kurta Teluk Belanga ni adalah seperti berikut Space Black, Dark Blue, Royal Blue, Dusty Pink, Hot Maroon, Soft Brow, Mangosteen Purple, Executive Grey, Emerald Green  dan Mint Green. Kalau korang nak tengok contoh warna lain, boleh rujuk di  website mereka di www.cirgaro.com.


Bagi peminat fesyen yang mencari baju couple set atau sedondon, kurta teluk ini boleh "dipair up" dengan Baju Kurung Moden IRIS Cirgaro. Baca disini untuk mencari baju dan couple set yang sedondon.

Kedua-dua Kurta adalah Ready Stock di website mereka di www.cirgaro.com atau walk in terus ke Butik mereka yang dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam di Plaza Shah Alam, Seksyen 9 Shah Alam.
Share:

4 comments:

  1. ramai betul yg jual kurta sekarang ni

    ReplyDelete
  2. Cantiknya kurta dia. Cirgaro Apparel memang jenama kurta terkenal. Bajunya tak sarat tapi masih bergaya. Harga pun berbaloi!

    ReplyDelete
  3. madi kalau pakai ni memang hot letop pom pom wehh! baju cirgaro memang helok helok belakaaa

    ReplyDelete
  4. Pelbagai gaya dan rekaannya pun uptodate

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive