JOM BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN MALAM GALA VEST 2017





Mesti korang dah baca mengenai artikel yang saya telah tulis berkenaan dengan VEST 2017 : PERTANDINGAN KEUSAHAWANAN UNTUK MAHASISWA beberapa bulan yang lalu kan? Kalau korang nak tahu, sedar tak sedar  VEST2017 telahpun sampai ke penghujungnya. Agak-agak macamana dengan progress diorang kan, mesti best giler!


Untuk pengetahuan korang juga, sebelum berlabuhnya tirai VEST2017, mereka bakal mengadakan satu acara gilang gemilang iaitu MALAM GALA VEST 2017 yang akan diadakan pada 15 Oktober 2017 bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) UKM, Bangi. Walaupun acara itu MALAM GALA tetapi majlis bermula pada jam 9 pagi sehinga 10 malam ! 


PERSEMBAHAN ARTIS JEMPUTAN | Korang kalau nak merasai kehangatan penutupan VEST2017 ni kenalah datang sebab ada ramai artis dan selebriti yang akan hadir antaranya , Fizo Omar, Mawar Karim, Izzue Islam, Faizal Ismail, Wany Hasrita, Heliza Helmi dan juga Dato Dr Izhar Arif. Tiada bayaran masuk ya kerana Masuk adalah PERCUMA. So boleh datang ramai-ramai, ajaklah semua kawan-kawan dan sanak saudara yang ada. 


Malam Gala VEST 2017 ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan semua pelajar pelajar IPT-IPT yang terlibat dalam pertandingan VEST tahun ini supaya majlis ini dapat merapatkan lagi silaturahim antara pihak penganjur, VEST, siswa dan siswi.


Bukan itu juga, matlamat utama MALAM GALA VEST 2017 adalah untuk menyaksikan pertaruhan idea dan daya keusahawanan mahasiswa menerusi Program Varsity Entrepreneurship Skills & Talent – VEST diiktiraf sebagai juara!


CABUTAN BERTUAH | Nak tambah BEST lagi, banyak hadiah-hadiah untuk LUCKY DRAW yang bukan biasa-biasa menunggu pengunjung yang hadir tau. Dari sekecil-kecil Go pro Hero5 sampai la sebesar motorsikal YAMAHA 135LC . Siapa rasa nak menang motor tu boleh lah cuba nasib kan. Tak lupa jugak tshirt ekslusif VEST2017 & sijil penyertaan utk mahasiswa yg hadir! *senang cerita korang tengoklah sendiri list klat bawah ni.


Dengar khabar ada lebih dari RM50000 hadiah wang tunai yang bakal dienangi oleh JUARA VEST 2017. *perghhhh siapa lah agaknya yang bakal menang tu kan?. Berikut merupakan 10 finalist yang telkah berjaya ke peringkat akhir dan siapakah agaknya yang akan menang?


kalau korang nak tahu universiti mana yang bakal dinobatkan sebagai juara, kenalah hadirkan diri ke MALAM GALA VEST 2017 nanti.

Untuk Matlumat Lanjut :

Facebook : VEST MALAYSIA
Instagram : @vest_malaysia
Twitter : @vestmalaysia
Youtube : VEST MALAYSIA

Post a Comment

6 Comments

  1. Menarik info ni. Kalau zaman2 study dulu mmg suka attend acara2 mcm ni. Skrng lagi bnyk dan lebih mendalam pengisiannya, rugi rasanya klu studen skrng tak sertai bila ada peluang mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu, peluang sekarang banyak sangat.

      Delete
  2. Haa, patutlah nampak meriah je lalu UKM, rupanya ada malam gala vest ni

    ReplyDelete
  3. tumpang tengok je dari sini... best tu..

    psssttt terima kasih join Segmen Nak URL Blog #32. Blog anda ada di http://www.mialiana.com/2017/09/senarai-url-blog-32.html

    ReplyDelete