travel, food and lifestyle blog

Thursday, October 12, 2017

WAJAH BARU KR1M : LEBIH DEKAT DENGAN HATI PENGGUNA


Mesti ramai sudah mengetahui mengenai kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) sebelum ni kan. Untuk pengetahuan korang, KRIM telah kembali dengan strategi baru iaitu KR1M 2.0 yang dibangunkan lebih menyeluruh dengan jual produk yang lebih berkualiti dengan harga rendah. 


Pada 29 Julai lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menamatkan segera kontrak syarikat mengendalikan KR1M yang menjual produk jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana kerajaan memberikan peruntukan kepada syarikat berkenaan untuk memastikan produk yang dijual lebih murah._sumber m.utusan.com.my
Penutupan sementara Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) sebelum ini dibuat sebagai persediaan kepada pelaksanaan KR1M 2.0 ini, di samping bagi tujuan penambahbaikan kepada kelemahan sebelum ini. Insyaallah dengan usaha ini, kita sebagai rakyat akan dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dan terjamin.


Pengenalan KR1M 2.0 juga dikatakan bakal memasarkan produk keluaran daripada koperasi dan usahawan tempatan, berbeza dengan sebelum ini yang diuruskan sebuah syarikat pengendali.

KR1M yang diilhamkan Najib pada Jun 2011 telah dilancarkan di seluruh negara bertujuan mengurangkan beban kos sara rakyat selain membantu memasarkan produk pengusaha industri kecil dan sederhana tempatan.
Share:

1 comment:


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive