MADA TURUT MEMERIAHKAN HPPNK 2017

MADA DI HPPNK2017 MAEPS SERDANG | Pada 28 September sehingga 1 Oktober 2017 yang lepas telah berlangsungnya HPPNK2017 di Maeps Serdang. Banyak agensi / lembaga kerajaan yang berkaitan dengan pertanian khususnya turut serta dalam memeriahkannya. Untuk pengetahuan korang MADA juga tidak terkecuali hadir dengan pelbagai program dan aktiviti menarik seperti Chillax TN50, Agro Race, EOW MADA dan Pameran AgroTrip MADA.


Dengan aktiviti-aktiviti yang disusun oleh MADA sempena HPPNK2017 ni kita boleh lihat bahawa mereka sangat komited dalam melakukan tugasan mereka sebagai salah satu agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

CHILLAX TN50 | Chillax TN50 merupakan sebuah program aspirasi TN50 bersama belia dalam menjamin masa depan negara terutamanya dari segi aspek keselamatan makan negara. Panel jemputan utama ialah Timbalan Menteri Kewangan 1 merangkap Pengerusi MADA, Dato' Wira Othman Aziz. Sempat beliau menyampaikan pesanan berharga kepada para belia iaitu "Modal yang paling mustahak dalam sesuatu bisnes ialah USAHA & KESUNGGUHAN".


AGRO RACE | Aktiviti Agro Race ini telah dilansungkan di HPPNK 2017 pada sebelah petang dan disertai oleh peserta Agro Youth dari NAFAS, MAEPS Mardi Serdang. Para peserta ini diberi kursus teknikal agropreneur muda untuk menarik lebih minat mereka dalam menceburi bidang pertanian.


EOW MADA  | Selain tu, di Laman Tiba pula kelihatan sebuah lori pelbagai guna iaitu Extension On Wheels (EOW) oleh MADA. Idea menggunakan EOW ini adalah bertujuan untuk lebih dekat dengan komuniti di luar sana, dan juga para pengunjung. EOW ni berfungsi seperti pusat maklumat bergerak untuk menyampaikan maklumat terkini tentang industri pertanian yang berkaitan dengan MADA. Selain dari melengkapkan event besar seperti HPPNK2017, EOW juga turut digunakan untuk event kecil tempatan di beberapa tempat sekitarnya untuk menyampaikan maklumat kepada petani dan usahawan MADA. *ianya mudah, cuma perlu open dan display sahaja. Jimat tenaga, jimat kos, jimat ruang dan masa.


Di HPNKK2017, MADA menggunakan EOW untuk menyampaikan maklumat kepada pengunjung, dan juga pelbagai aktiviti menarik lain. Ianya dikatakan lebih mudah untuk mendekati target mereka kerana berkonsepkan "open space". Ia juga dikatakan mampu menampung aktiviti-aktiviti seperti busking dan sebagainya.



PAMERAN AGROTOURISM MADA

Satu lagi tarikan MADA di HPNKK 2017 ialah Pameran Agrotourism MADA yang ada di Hall A, MAEPS Mardi, Serdang. Banyak perkara menarik yang boleh korang dapat di sini termasuklah demonstrasi produk agrotourism, jualan produk usahawan MADA, dan yang paling best bila MADA membawa kembali kenangan nostalgia juadah dan permainan kampung pada masa-masa dulu.



Di sini juga kami berpeluang berkenalan dengan salah seorang usahawan MADA, yang mengusahakan perniagaan Nira Nipah, dan juga mempunyai beberapa homestay di Negeri Kedah hasil bimbingan MADA.


Beliau sudah bersama MADA sejak tahun 1995 lagi dan berharap lebih ramai anak muda akan menceburi bidang pertanian dan lebih berjaya. Banyak info dan kisah suka duka beliau bersama MADA dikongsikan bersama kami sehingga beliau berjaya seperti sekarang.


Pertama kali saya cuba ais krim nipah ni. Kalau kat kampung biasa jumpa masa bulan puasa je. Tu pun bukan dalam bentuk ais krim.


ASAL USUL MADA

Untuk pengetahuan korang MADA ditubuhkan adalah untuk mengendali dan menyenggara Rancangan Pengairan Muda, iaitu sebuah projek pembangunan luar bandar yang terbesar dilancarkan di bawah Rancangan Malaysia Pertama zaman dulu-dulu. MADA juga diberi tanggungjawab merancang dan melaksanakan program-program pembangunan pertanian dan program-program peningkatan taraf hidup untuk berpuluh ribu keluarga peladang di dalam Kawasan Muda.


Seawal penubuhannya, MADA hanya mempunyai 7 orang kakitangan asas sahaja. Kini, bilangan kakitangan MADA dalam semua kumpulan dan lapisan telah banyak bertambah, berjumlah lebih daripada 1850 orang. Tugas dan tanggungjawab juga telah berkembang luas untuk memenuhi matlamat meninggikan taraf hidup masyarakat peladang di dalam Kawasan Muda dan melebihkan pengeluaran makanan untuk keperluan Negara.

MADA
   singkatan kepada Muda Agriculture Development Authority atau Lembaga Kemajuan Pertanian Muda merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

Jangan lupa untuk ikuti perkembangan mereka di laman sesawang dan social media mereka seperti di bawah ni.

Post a Comment

6 Comments

  1. ooo..itu rupanya MADA..pestime dengar

    ReplyDelete
  2. hebatnya infor..ya sama pertama kali dengar ni MADA

    ReplyDelete
  3. Usaha bagus untuk meningkatkan hidup dan ekonomi desa. Bidang pertanian sekarang pun boleh jana pendapatan lebih baik dari yang makan gaji kan.

    ReplyDelete
  4. Baru tau MADA tu ape.. kenal KADA LADA segala tu ape..

    ReplyDelete
  5. Kalau dekat memang dah pergi ni ... nak tgk KAMBING yang ada macam2 jenis tu.

    ReplyDelete
  6. Selalu dgr nama je tp skrng baru tau maksud dia

    ReplyDelete