travel, food and lifestyle blog

Monday, October 02, 2017

DASHING ANYTIME EDT BERSAIZ POKET

DASHING ANYTIME  EDT

Memahami keperluan lelaki untuk tampil berbau harum sepanjang waktu, malah untuk semua aktiviti sepanjang hari. DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki yang juga merupakan peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki di Malaysia telah menghasilkan Anytime EDT. DASHING Anytime EDT yang terbaru ini merupakan wangian bersaiz kecil, yang senang digunakan serta mudah di bawa ke mana sahaja. Bentuknya direka khas untuk saiz poket anda seperti kad kredit yang tersisip kemas, sesuai untuk lelaki yang aktif kemana sahaja.


Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya ini sesuai dengan trend masa kini hadir dalam empat variasi unik iaitu Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick

COOL

Cool, haruman maskulin ini merupakan takrifan identity dan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semulajadi dari dalam dirimu.

ACTIVE

Active, khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda. 

ULTIMATE KICK

Ultimate Kick, wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah. 

HATTRICK

Hattrick, jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber. 


Bagi korang yang tercari-cari koleksi DASHING Anytime EDT bersaiz 18ml ni, ianya dijual pada harga RM7.00 dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia.



Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk :



Share:

7 comments:

  1. ooo baru tahu ada produk ni. senang dan mudah dibawa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena beli wak, mudah kalau nak p travel nanti.

      Delete
  2. Wahh best nye..mesti harum semerbak kan? Dah nampak nak bagi hadiah apa utk anak teruna nanti...😊

    ReplyDelete
  3. Suka Dashing Anytime ni. Mudah bawa untuk travel

    ReplyDelete
  4. Penampilan yang menarik dari Dashing pastinya memikat ramai jejaka diluar sana

    ReplyDelete
  5. Comel je ada perfume kecik macam ni. Senang nak bawak ke mana2. Patutnya perfume perempuan brand lain pun kena buat packaging mcm ni jugak, senang nak selit dlm handbag.

    ReplyDelete
  6. Saiz yang comel..Boleh masuk poket seluar...
    Memang sesuai sangat untuk Otomen yang terkadang lupa kalau bawak barang besar2...

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive