travel, food and lifestyle blog

Thursday, September 07, 2017

#WATSONSREWARDS | WATSONS SYOK MEMBER ANNIVERSARY



Adakah korang ni merupakan salah seorang dari ahli / member Watsons VIP Cards seperti saya? Kalau ya, korang kena baca artikel ni sampai habis kerana ada sesuatu dari Watsons khas untuk korang. *macam-macam nak share dengan korang ni. 


Semalam, saya sendiri telah berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Ulang Tahun Watsons VIP Card yang Ke-7 yang telah diadakan di MyTWN Shopping Mall. *wow dah 7 tahun rupanya. Dalam tempoh itu sehingga sekarang, mereka telah mempunyai lebih dari 4 juta ahli berdaftar dan aktif. Untuk meraikannya, watsons telah menawarkan Watsons Reward khas untuk ahli-ahli Watsons VIP Card.


Banyak aktiviti-aktiviti menarik dan hadiah best disediakan sepanjang Majlis Pelancaran Ulang Tahun Watsons VIP Card yang Ke-7 tu. Antaranya seperti complete your task dengan permainan game yang simple dan tebus hadiah misteri, peraduan kira jumlah paperbag di dalam kereta, ahli bertuah dan macam-macam lagi. *Alhamdulillah saya jadi pegunjung bertuah apabila kerusi yang saya duduk tu ada sticker ni.yeayy.


Majlis ini juga dimeriahkan dengan kehadiran beberapa orang duta Watsons yang turut serta berkongsi tentang pengalaman dan kelebihan yang mereka dapat apabila membeli belah di watsons. Apa yang pasti, semua orang sangat menantikan ganjaran dan tawaran yang akan diumumkan oleh Watsons dalam "Enjoy Syok Betul Member Sale" yang akan bermula pada 5 September 2017 hingga 2 oktober 2017.

#WATSONSREWARDS

Daftar VIP Watsons Card & korang akan dapat vouchers dari Watsons bernilai RM300, 500 points VIP & voucher bernilai sehingga RM500 (kelab kesihatan, makan malam, travel, kecantikan & gaya hidup)
Antara kelebihan lain yang korang boleh dapat apabila menjadi ahli Watsons VIP Card 2017 ialah seperti berikut:

  • Ahli seumur hidup
  • Deals lebih 1000+ watsons rewards
  • Bayar RM1 - 1 Points. Bayar RM100 means 100 points
  • Boleh bayar guna points : 200 points = RM1
  • Watsons Brand Products : 2x Points
  • Birthday month : 5x Points
  • Bayar barang guna touch n go untuk Watsons Vip Card : 5x Points
  • Exclusive diskaun untuk health club

So sempena Ulang Tahun Watsons VIP Member ni, member boleh beli dengan gabungkan cash + points. *sebab tu saya suka shopping di Watsons, lagi banyak kita berbelanja, lagi jimat dan berbaloi-baloi.  Jadi bagi korang yang belum mendaftar untuk jadi member kad Watsons ni bolehlah cepat-cepat daftarkan diri anda di outlet Watsons terdekat.

WATSONS X GRAB = GRABWATSONS

Lagi best bila ulang tahun Watsons kali ni kerana Grab juga turut serta dalam memberikan ganjaran yang hebat. Bermula 1 hingga 30 september 2017 khas buat pengguna baru yang mendapatkan perkhidmatan Grab, mereka boleh berjimat sehingga RM15 sebanyak 2 kali. Sama ada menggunakan GrabCar, GrabTaxi atau Grabshare. Caranya adalah seperti berikut :-
  • Download aplikasi Grab di Apple App Store atau Google Play Store.
  • Pilih ikon GrabCar, GrabTaxi atau Grabshare.
  • Pilih lokasi dan masukkan kod GRABWATSONS
  • Semoga selamat tiba dengan Grab.
Selain dari itu GRAB juga ada buat Contest yang cukup wowwwww. YEAY CONTEST time !!!! Siapa yang dapat snap gambar kereta GRAB yang ada logo WATSONS ni di sekitar Klang Valley, upload ke Instagram dan dapat most likes (like tertinggi) akan berpeluang memenangi 1 juta points kad Vip watsons. *1,000,000 okay bukan 1,000, bukan 10,000 mahupun 100,000 tau. Jom pakat join ramai-ramai


Untuk pengetahuan korang, Watsons telah menganjurkan event Watson Syokmya Sale Carnival yang telah di adakan di One Utama Shopping Centre pada 6 hingga 10 September ini. *sekarang tengah berlansung.

Bagi korang yang tak sempat untuk meraikannya di One Utama Shopping Centre, nantikan event mereka di Sunway Velocity pula pada 26 September hingga 1 October 2017. Jadi, jangan lepaskan peluang baik ni tau.

Untuk maklumat lanjut korang boleh rujuk pada pautan di bawah :-
Share:

7 comments:

  1. wahhh.. mia pun member watson....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh ye ke, nnti boleh la shopping kt watson banyak2 ya. hehe

      Delete
  2. adoi.. dia buat hargam urah lagi lettew.. hee~ memang tak boleh tak singgah nanti ni..

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive