travel, food and lifestyle blog

Monday, September 04, 2017

MINUMAN PERCUMA DENGAN PROMOSI MERDEKA RASA UTARA


Penutup bulan syawal yang lepas, saya dan beberapa orang rakan blogger lain telah lepak dan makan malam di Rasa Utara Berjaya Time Square, Kuala Lumpur. Mesti ramai yang dah tahu tentang kewujudan Rasa Utara nikan? Sebuah restoran yang menyediakan menu-menu masakan tempatan dari utara semenanjung yang mempunyai beberapa cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dah biasa sangat makan malam menu western, kali ni kami nak juga cuba menu tempatan kan.


PROMOSI MERDEKA 60 MINIT | Sempena bulan Kemerdekaan Malaysia buat kali ke-60 ini, Restoran Rasa Utara telah membuat promosi hebat di setiap outlet mereka khas untuk pelanggan-pelanggan mereka. Promosi ini dikenali sebagai Merdeka 60 Minit, dimana setiap pelanggan mereka yang membeli Rice Meal atau Noodle boleh dapatkan mana-mana minuman secara PERCUMA. *tak kira minuman mahal atau murah


Kalau datang untuk makan tengahari di sini, mesti jimat punya. Dan apa yang lebih penting tak perlu risau kalau nak oder minuman yang mahal sekali pun sebab ianya PERCUMA.



TARIKH DAN MASA PROMOSI | Promosi Merdeka 60 Minit akan berlansung pada 15/8/2017 sehingga 17/9/2017 pada jam 1pm sehingga 2pm setiap hari. Jadi inilah peluang korang untuk ajak dan bawa kawan-kawan sekerja korang untuk makan tengahari bersama di RASA UTARA ni.

Burger Ayam Rendang

Selain dari pilihan menu tempatan, mereka juga ada menawarkan 2 menu western (burger) seperti 'Burger Ayam Rendang' dan 'Burger Ayam Telur Berkeju. Untuk pencuci mulut pula, Mango Pudding dan Sago Gula Melaka menjadi pilihan mereka yang berkunjung di Rasa Utara.

Puding Mangga

Untuk maklumat lanjut mengenai Rasa Utara, sila layari Laman Rasmi Rasa Utara, Facebook Rasa Utara dan Instagram Rasa Utara.
Share:

2 comments:

  1. Sajian nampak sungguh menyelerakan.. bnyk pilihan dan meriah. Thanks sharing info ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu, makanan kt sini memang best2

      Delete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive