TRAVEL DENGAN DATA INTERNET PERCUMA TANPA HAD


Antara hal yang paling saya ambil berat kalau nak keluar negara adalah berkenaan dengan Internet. Kalau ada masa yang lama untuk persediaan sebelum terbang biasanya saya akan cuba untuk sewa mana-mana service pocket internet yang sesuai. Bagi sesetengah negara pula, ianya lebih jimat dengan penggunaan simkad tempatan. Tapi ianya agak leceh apabila kita terpaksa untuk buka dan menukar simkad yang sedia ada.

Berjaya Hotels & Resorts (BHR) memandang serius tentang hal berkaitan ini dan telah memperkenalkan penyelesaian yang cukup bagus dan lebih dari apa yang seorang traveller perlu. Untuk pengetahuan korang, BHR baru sahaja melancarkan perkhidmatan percuma telefon pintar atau smartphone yang dinamakan sebagai Handy Phone untuk setiap bilik di BHR menjadikan mereka sebagai hotel pertama di Malaysia yang buat servis ni.


Setiap tetamu inhouse mereka akan dibekalkan sebiji Handy Phone untuk kegunaan sepanjang menginap di Hotel tersebut. Apa yang menarik perhatian saya, para tetamu BHR boleh membuat panggilan tempatan dan antarabangsa tanpa had secara percuma ke beberapa buah negara terpilih. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak perlu risau akan masalah internet kerana Handy Phone tersebut boleh mengakses data internet tanpa had. Mudah lah kalau nak akses social media seperti Instagram dan sebagainya kan?


Selain dari itu, telefon pintar ini juga dapat membantu tetamu BHR untuk mengakses ke mana-mana lokasi menarik, lokasi makan, lokasi membeli belah dan macam-macam hal berkaitan lain dengan hanya menggunakan aplikasi di dalamnya. Tetamu BHR juga boleh meyimpan itinerary di dalam akaun mereka untuk rujukan ketika berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur seperti telefon sendiri. Segala maklumat penggunaan akan di reset semasa pemulangan balik Handy Phone ketika check-out. *jadi korang tak perlu risau tentang maklumat peribadi yang korang simpan semasa korang guna phone tu.


Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur akan menjadi hotel pertama di Malaysia menyediakan perkhidmatan Handy Phone, diikuti bersama property BHR yang lain termasuklah ANSA Kuala Lumpur, Berjaya Penang Hotel, Berjaya Waterfront Hotel JB, Berjaya Langkawi Resort, Berjaya Tioman Resort, The Taaras Beach & Spa Resort, dan juga Redang Island Resort. Di luar negeri pula, hotel-hotel dibawah BHR yang akan menyediakan perkhidmatan Handy Phone ini ialah Hotel Berjaya Makati, Berjaya Colombo Hotel, Berjaya Eden Park Hotel London, The Castleton Hotel London, Berjaya Beau Vallon Bay Resort & Casino dan Berjaya Praslin Resort. 


Post a Comment

6 Comments

  1. Cool gila. Macam ni tak payah risau dah pasal data masa travel bila duduk kat property diorang. Excellent move untuk attract orang stay kat sana. Great job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. hope banyak lg hotel akan turut serta

      Delete
  2. wah bestnya ! kan senang kalau gini tk perlu la sewa poket wifi

    ReplyDelete
  3. Bagusnya ada service mcm ni.. mmg memudahkan. Internet mmg jadi tarikan utama mana2 sekarang ni, apatah lagi jika ditawarkan dgn kemudahan Handy Phone mcm ni.. menarik. Thanks sharing & salam berblogging abam :)

    ReplyDelete