travel, food and lifestyle blog

Monday, September 18, 2017

ISU PM TEPI SIAPA KATA TAK BOLEH?


Baru-baru ni heboh diperkatakan di kalangan peniaga online tentang isu "PM Tepi". Penggunaan ayat “PM saya sis, Done PM, atau Check DM dikatakan telah diharamkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kepada peniaga-peniaga atas talian.

Oleh sebab itu, saya sendiri terpanggil untuk menyentuh sedikit tentang isu ini kerana saya juga pernah menjadi peniaga online sebelum ini. Strategi "PM tepi" ini bukan sahaja melibatkan peniaga online itu sendiri, malah ianya juga terjadi kepada para pembeli yang inginkan penerangan dan layanan istimewa dari si penjual. Strategi "PM Tepi" ini juga sudah menjadi salah satu strategi utama kepada para peniaga atas talian untuk menjual produk mereka.


Sebelum apa-apa, korang jangan melatah dulu kerana setiap yang berlaku mesti ada sebabnya! Untuk pengetahuan korang, hal ini bukan saja-saja dibuat kerana ianya merupakan tindakan bagi melindungi hak pengguna selain undang-undang sedia ada memaksa untuk peniaga meletakkan harga dan maklumat barangan sebelum transaksi dilakukan.

Kerana takut urusniaganya di sailang peniaga lain, mereka mengambil tindakan untuk tidak meletakkan harga dan meminta orang untuk private text mereka untuk mendapatkan maklumat keterangan produk!

Pengarah bahagian penguatkuasaan KPDNKK, Datuk Mohd Roslan Mahayudin mengeluarkan amaran kepada peniaga atas talian dan semua web perniagaan supaya memaparkan harga barangan yang dijual dan maklumat produk yang dengan jelas seperti apa yang pengguna ingin tahu.

Tambah beliau, peniaga atas talian kini akan diperhatikan sama seperti yang dilakukan kepada peniaga konvensional yang lain dan hukuman akan dikenakan jika didapati melakukan kesalahan.

BOLEH GUNA FRASA "PM TEPI, PM SAYA, DONE PM" JIKA..!!

Bagi mereka yang cukup percaya bahawa dengan penggunaan frasa atau ayat "PM Tepi" itu dapat membantu produk mereka lebih laku, mereka boleh terus menggunakannya. KPDNKK akan benarkan, tapi dengan beberapa syarat.


Peniaga perlu mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dengan perlu memaparkan maklumat seperti berikut:

  1. Harga perlu dibayar. (pamerkan harga barangan)
  2. Nama penjual atau syarikat 
  3. Nombor Pendaftaran Perniagaan (nombor SSM)
  4. Maklumat untuk dihubungi seperti nombor telefon atau alamat atau emel
  5. Keterangan produk (apa yang pembeli akan dapat)
  6. Kaedah pembayaran
  7. Terma dan syarat
  8. Anggaran masa penghantaran
DENDA BAGI PENIAGA YANG GAGAL MEMATUHI SYARAT

Individu yang gagal mematuhi lapan ketetapan yang telah disenaraikan oleh kementerian boleh didenda di bawah Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 dengan penalti seperti berikut :


PENALTI INDIVIDU : Kesalahan pertama denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun, atau kedua-duanya sekali. Kesalahan kedua denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

PENALTI PERTUBUHAN PERBADANAN : Kesalahan pertama denda tidak melebihi RM100,000. Kesalahan kedua denda tidak melebihi RM200,000.

KESALAHAN BERTERUSAN : Denda tidak melebihi RM1,000 sehari bagi setiap hari atau sebahagian hari kesalahan berterusan selepas sabitan bagi individu atau pertubuhan perbadanan.


Kalau dilihat pada undang-undang yang ada, ianya bukanlah sesuatu yang baru. Undang-undang ini telah dikuatkuasakan setelah sekian lama memberi kelonggaran kepada peniaga untuk menyesuaikan diri.

“Kami menguatkuasakan undang-undang ini setelah sekian lama memberi kelonggaran kepada peniaga untuk menyesuaikan diri. Kami mahu pengguna dilindungi dengan lebih baik dan hak mereka mesti dilindungi dan mereka mesti dapat membuat keputusan pembelian selepas mendapat segala dengan maklumat yang dipaparkan termasuk caj tersembunyi.

“Jadi, jika seseorang menjual kucing, sebagai contoh, dia mesti memaparkan harga yang mahu dijual dan tidak lagi berkata PM jika berminat. Kami tidak mempunyai masalah dengan peniaga e-dagang yang lain seperti Zalora atau Lazada kerana mereka masih patuh kepada undang-undang yang ditetapkan.” kata Mohd Roslan.

Orang ramai juga diminta supaya memberi bekerjasama dengan kementerian untuk memastikan para peniaga mematuhi undang-undang yang ditetapkan, jika masih ada yang melakukannya terus hubungi bahagian penguatkuasaan di talian 1-800-886-800.

p/s : Isu denda peniaga atas talian yang menggunakan frasa pm tepi sudah semestinya tidak akan timbul jika peniaga-peniaga atas talian tersebut buat 8 kriteria yang dinyatakan oleh pihak KPDNKK.

FRIENDS OF KPDNKK

Dah daftar sebagai Friends Of KPDNKK (FOK)? Kalau belum, jomlah daftar beramai-ramai dan FOK ini dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan perlu daftar untuk menjadi keahlian. Keahlian atau membership digelar Skuad Pengguna 1 Malaysia. Banyak kelebihan bila berdaftar dengan FOK dan menjadi Skuad Pengguna 1 Malaysia. Kerana apa? Kerana KPDNKK ini mempunyai rakan niaga dari kalangan peniaga-peniaga berdaftar. 

Peranan yang boleh dimainkan oleh Friends Of KPDNKK (FOK) ini adalah:

  • Melaporkan trend harga, bekalan barangan dan perkhidmatan serta isu-isu kepenggunaan semasa melibatkan kepentingan pengguna.
  • Menyebarkan maklumat kepada para pengguna mengenai isu-isu kepenggunaan seperti pengedaran poster, risalah, brosur dan sebagainya.
  • Mengendalikan program dan aktiviti kepenggunaan di kawasan komuniti setempat.
  • Menjadi pemangkin untuk gaya hidup lestari dan pencinta alam sekitar. 

Jadi, apa tunggu lagi? Selain berjimat dalam perbelanjaan jomlah kita berdaftar sebagai Friends Of KPDNKK (FOK) ini juga. Boleh daftar segera di [sini] atau untuk maklumat lanjut boleh semak di [sini]

Share:

11 comments:

  1. tu PM tepi untuk maklumat customer. Nak selamat lagi... biasanya kalau guna page.. boleh prvtekan apa yang kita komen tuk customer tu . sebab tu berniagalah guna fanpage haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap yang KPDNKK buat ada sebabnya, untuk kepentingan bersama. elak penipuan, scam dan sebagainya.

      Delete
  2. Awaa PM tepi satu. Haaaa, nasib baik relevan lagi PM tepi segala ni. Cuma, kena ikut syarat la kan.... semoga peniaga-peniaga di luar sana berniaga dengan cara yang betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu onie. lepas ni jangan kata tak boleh dah sebab orang dah bagi kelonggaran tu ha.

      Delete
  3. Oh... Baguslah kalau begitu. Good info sharing.

    ReplyDelete
  4. Ooooo barupaham,kito gak takut nyoooo nok tulis hehehhe

    ReplyDelete
  5. Wahh perkongsian bagus ni bang. Now dah cerah dah kekaburan sebelum ni. Boleh guna rupanya..

    ReplyDelete
  6. Good info. Itu la. Dulu pelik kenapa PM tepi adalah dilarang. Sebab itu adalah salah satu strategi pemasaran pun :)

    ReplyDelete
  7. Selalunya pengguna nak suruh PM sebab nak tanya harga sebab mereka tak nak tulis harga siap2 tu yang masalahnya. Tapi bagus info ini saya setuju 100%.

    ReplyDelete
  8. Ooo... Baru faham. TQ sharing

    ReplyDelete
  9. ok..

    rupanya masih boleh pakai..

    misunderstanding juga sebelum ini..

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive