travel, food and lifestyle blog

Wednesday, September 20, 2017

LEPAK DAN BERHIBUR BERSAMA KELUARGA DI IRDKL MALL SHAH ALAM


Tertarik dengan artikel 7 TARIKAN DI IRDKL MALL, SHAH ALAM yang telah ditulis oleh blogger Rafzan Tomomi telah membawa saya dan rakan-rakan untuk pergi dan merasai sendiri pengalaman berhibur di sana. Bertempat di Sekysen 16, Avenue 2 Shah Alam, IRDKL Mall merupakan sebuah lokasi yang menyediakan pelbagai perkhidmatan hiburan khas untuk anda bersama keluarga atau rakan-rakan.


MENGENAI IRDKL MALL SHAH ALAM

Pusat hiburan keluarga ini dimiliki sepenuhnya oleh syarikat hartanah IRDK Land Sdn Bhd, dan juga merupakan di bawah pimpinan IRDK Land Group Of Companies. Antara perkhidmatan yang disediakan IRDKL Mall Shah Alam ini ialah Karaoke, Wayang (TSR Cinemax), Virtual Arcade Games, Digital Dart, British Pool dan Children Arcade.


Untuk pengetahuan korang, walaupun ia dikenali sebagai "IRDKL Mall" ianya bukanlah seperti pusat membeli belah yang biasa kita kunjungi. Apa yang saya faham ianya merupakan lokasi sesuai untuk dijadikan tempat lepak dan berhibur bersama keluarga dan kawan-kawan.

HIBURAN DI IRDKL SHAH ALAM


TSR Cinemax (Tingkat 10, 11 & 14)

Kami berkesempatan untuk menonton wayang filem 'Abang Long Fadil 2' di dalam panggung wayang TSR Cinemax. Untuk pengetahuan anda, TSR Cinemax dilengkapi dengan projektor 4K dengan bahagian atas garisan Harkness, teknologi audio Dolby Atmos, Auromax, DTSX, Klipsch yang pasti memberi impak dan kesan bunyi khas sewaktu menonton wayang.


Satu perkara yang menariknya tentang TSR Cinemax ini, part makanan memang lain dari yang lain sebab menghidangkan nugget tempura, burger dan hot dog. Harga pula memang sangat murah dari mana-mana wayang yang pernah saya pergi, Nugget Tempura (15 ketul) hanya RM12 sahaja. Selain itu, seperti biasa mereka juga menjual popcorn, kudapan dan air dengan harga yang berpatutan. Jika anda berminat nak tengok wayang di TSR Cinemax, anda boleh muat turun aplikasi TSR Cinemax di Google Play Store. Boleh tengok filem yang ditayangkan serta boleh beli online lagi tau.

Virtual 9D Arcade (Tingkat 13)

Seterusnya, pemainan Virtual Reality 9D yang menjanjikan keseronokan kepada anda. Dengan hanya RM13, anda dapat merasai dua kali pengalaman menonton video dalam versi 9D. Terdapat lebih dari 50 video VR yang anda boleh pilih. Selepas pilihan video VR pilihan anda, anda akan duduk dan dipasangkan alat VR dikepala.


Saya sendiri berpeluang mencuba Virtual Reality 9D. Macamana agaknya perasaan kita menaiki roller coaster di dalam gua arang batu? memang best!!

Video Simulator (Tingkat 13)

Tahukah anda? Dengan RM10.00 anda boleh cuba permainan Video Simulator kereta lumba yang memberi kepuasan seperti menaiki kereta lumba yang sebenar. Saya dan afzal sempat merasa naik kereta lumba ini, ternyata memang terasa gegarannya.


Katanya  permainan Video Simulator kereta lumba ni adalah paling laris kat sini. Jadi korang pun patut cuba okay.

Karaoke Keluarga - Melody (Tingkat 12 & 15)

Bagi penggemar karaoke, korang wajib untuk datang ke sini. Di IRDKL Mall Shah Alam, turut disediakan Karaoke Keluarga-Melody. Setiap bilik karoke mereka merupakan kedap bunyi. Harga bermula RM25/jam untuk sebilik. Untuk info harga bilik Karaoke Keluarga - Melody, sila klik sini.

Children Arcade Games (Tingkat 13)

Nak bawa anak jalan-jalan? Mungkin anda boleh cuba ke sini, Children Arcade Games. Disini anda dihiburkan dengan permainan-permainan arcade yang mencuit hati anak-anak anda serta menggamit memori anda masa kecil dulu. Ada game tembak, game racing motor dan kereta serta banyak lagi. Purata harga untuk setiap game ialah RM3.00. Menarik kan?

Digital Darts (Tingkat 10 & 13)

Permainan Dart pon best juga. Kepada penggemar pemainan dart, IRDKL Mall menyediakan 7 mesin dart digital untuk anda dan ia selamat digunakan kerana tiada penggunaan logam di penghujung dart.


KEMUDAHAN LAIN

Kalau lepak disini jangan lupa untuk check in dan update media sosial korang kerana IRDKL Mall juga ada menyediakan perkhidmatan WIFI PERCUMA untuk para pengunjung. Selain dari itu, IRDKL Mall juga ada menyediakan perkhidmatan seperti Foodcourt dan Dewan (TSR Hall) yang sangat besar untuk disewa. Bagi pengunjung muslim, korang tak perlu risau kerana surau untuk lelaki dan wanita juga ada disediakan.


TSR Conference Hall (Tingkat 16 & 17)

TSR Conference Hall adalah dewan (hall) yang sesuai untuk majlis-majlis keramaian atau majlis perkahwinan. Ianya cukup besar dan kelihatan cukup mewah dengan hiasan lampu yang sangat cantik. Di Dewan ini juga boleh diadakan kursus, seminar, team building , pelancaran produk dan sebagainya. Harga kos sewaan di TSR Conference Hall ini ialah RM25,000 (untuk dewan sahaja untuk satu hari).




Di TSR Conference Hall juga turut disediakan VVIP Lounge untuk mereka yang ingin meraikan vip-vip, harga bermula dari RM2000-3000. Saya sendiri berpeluang melihat VVIP Lounge ni, memang mewah dan selesa tau. Turut disediakan surau dibahagian VVIP ini.


Siapa dekat area Shah Alam ni wajib datang kesini tau kalau nak menonton wayang. Ramai diantara kawan-kawan saya sendiri yang tinggal di area Shah Alam menjadikan TSR Cinemax sebagai lokasi favourite mereka untuk menonton wayang.

Alamat:

IRDKL Mall, Shah Alam 
No.1, Jalan Serai Wangi M 16/M, 
Alam Avenue 2, Seksyen 16, 
40000 Shah Alam, 
Selangor Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai IRDKL Mall, Shah Alam, sila layari :

atau, sila hubungi : 
Tel: (+603) 5522 2229
Email : enquiry@irdklmall.com


Share:

16 comments:

  1. OMG OMG OMG .... this is superb cool...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti jangan lupa try p tengok movie sini tau. memang best

      Delete
  2. Wahh menarik jugak ya tempat ni. Baru sis tau.
    Teringin nak cuba virtual 9D Arcade tu..tapi tunggu sis sembuh dari sakit dulu lah..hehehe

    ReplyDelete
  3. Hebatnya tempat dia..superbb..boleh datang nanti

    ReplyDelete
  4. Wow! Untungler orang shah alam. Mudah nak tengok movie nanti

    ReplyDelete
  5. Bestnyer tempat ni. Nak pergi jugak.

    #takhajak

    ReplyDelete
  6. yeah family time is good time. Shall visit Shah Alam soon, didn't know this place til you blog it.

    ReplyDelete
  7. Virtual Reality 9D? Wow hebat, kena cuba ni. WiFi free and of courselah karaoke jadi pilihan. Hehe

    ReplyDelete
  8. Alamak!!! kat mne ek? macam tak dpt nk hadam plak area dia kat mne. serius mcm best!

    ReplyDelete
  9. Wahhh.... Menarik laa
    Baru tahu! TQ yaaa kasitau

    ReplyDelete
  10. Wah, lepas ni tak perlu pergi jauh jauh sebab kat Shah Alam pun dah ada entertainment hub macam ni. Nice. Thanks for mentioning this CEO! Hugs

    ReplyDelete
  11. Wow! VVIP Lounge tu very the CEO la. Hahahaha!

    ReplyDelete
  12. Menarik ni.. tak pernah pergi lagi. Kat seksyen 16 rupanya.. tak jauh. Boleh jln2 sekeluarga ni nanti. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  13. Hi there, I enjoy reading all of your post. I wanted to write a little comment to support you.

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive