LEPAK CUBA MENU BARU DI HARD ROCK CAFE KUALA LUMPUR


Jarang sekali korang akan nampak saya lepak di restoran dan kafe yang exclusive. Tapi sekali sekala tu apa salahnya kan. Nak-nak pula kalau nak dinner dengan client, mesti kena cari tempat yang sesuai. Minggu lepas saya ke Hard Rock Cafe yang berada bersebelahan Hotel Concord Kuala Lumpur. *mesti korang dah biasa dengan nama besar Hard Rock ni kan?

Jenama HARD ROCK cukup terkenal dan hampir ada di seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia. Tidak hairanlah ramai diantara kawan-kawan saya sendiri merupakan fan dan pengumpul barangan cenderahati dari HARD ROCK ini. Di Malaysia sahaja ada 4 cawangan Hard Rock Cafe iaitu di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Melaka dan Kota Kinabalu.

Lokasi Hard Rock Cafe yang ada di seluruh dunia

Untuk pengetahuan korang, especially bagi mereka yang menjadi peminat tegar makanan di Hard Rock Cafe ni. Mereka telah memperkenalkan beberapa menu baru termasuk lima menu popular seperti Serunding Burger, Cauliflower Burger, Atomic Burger, Java Lava Burger and Pasta Arrabiata.


Selain dari menu diatas, mereka juga ada menawarkan beberapa menu lain lagi seperti Cauliflower “Wings”, Tropical Burger, Honey Mustard Grilled Chicken Sandwich, Southern Salad, dan Haystack Chicken Salad


Untuk pencuci mulut pula saya sangat cadangkan lepada korang untuk cuba Fresh Apple Cobbler mereka. *nampak biasa tapi rasanya sangat sedap. Kalau lepak lama-lama kat sini boleh repeat oder sampai 2 kali ni.

Jadi korang tunggu apa lagi, kalau nak lepak tu bolehlah ke sini. Selain dari cawangan Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, menu-menu baru ini juga boleh korang dapat di cawangat mereka di Hard Rock Cafe Melaka dan Hard Rock Cafes Kota Kinabalu.



Untuk maklumat lanjut berkenaan tawaran menu baru ni, korang boleh terus akses ke laman web diorang di  www.HardRock.com .

Post a Comment

3 Comments

  1. Yummy! Lapar terus perut Admin pagi2 yang dingin ni... Ni boleh try pegi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti cubalah. ajak kawan ramai0ramai mesti lagi best

      Delete
  2. Macam mana nak makan kat sana? Boleh walk in ke atau kena booking dulu?

    ReplyDelete