70% DISKAUN PAKEJ PENGANTIN DI MALAYSIA WEDDING FESTIVAL (MEFA) 2017


Berita baik bagi bakal-bakal pengantin yang ada di luar sana. Festival pengantin paling popular iaitu Malaysia Wedding Festival (MEFA) akan kembali menanti semua bakal-bakal pengantin pada 12-14 Mei 2017 di Shah Alam Convention Centre (SACC). Sedar tak sedar, ini merupakan penganjuran kali ke-16 oleh Mefa Events. Ianya sudah pasti akan dinanti-nantikan kerana tawaran sehingga 70% diskaun pakej pengantin hanya terhad untuk 3 hari pameran sahaja dari 10 pagi hingga 9 malam.


Festival pengantin ini merupakan kemudahan kepada bakal-bakal pengantin untuk melakukan persiapan perkahwinan kerana Malaysia Wedding Festival (MEFA) menganjurkan pameran seperti One Stop Centre Wedding, dari produk katering, pelamin, butik pengantin, kad kahwin, cenderahati, dewan perkahwinan dan pelbagai lagi. Kesemua vendor atau perancang perkahwinan yang menyertai Malaysia Wedding Festival (MEFA)  adalah bukan hanya terhad pada satu kawasan sahaja malah ianya merupakan gabungan dari pelbagai kawasan dari Shah Alam, Ampang, Bangi, Kajang, Damansara, Gombak dan seluruh Lembah Klang. Boleh dikatakan keseluruhan vendor membuat promosi di Malaysia Wedding Festival (MEFA)  ini dan ianya dikatakan melebihi 100 tapak promosi.


Apa yang menarik lagi tentang Malaysia Wedding Festival (MEFA)  pada kali ini, dengan setiap tempahan mana-mana pakej minima RM500 (terkumpul) di Malaysia Wedding Festival (MEFA), bakal pengantin akan berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah yang sangat lumanyan seperti pakej bulan madu, gadjet, t-shirt, barangan kecantikan dan banyak lagi. Boleh dikatakan, setiap tempahan wajib akan mendapat hadiah.


Jika korang berminat untuk melihat pertunjukan fesyen, dan pertandingan makeup artist, jangan ketinggalan kerana vendor Malaysia Wedding Festival (MEFA)  akan membuat pertunjukan tersebut pada hari sabtu dan ahad.

Untuk memudahkan korang yang akan hadir ke Malaysia Wedding Festival (MEFA)  nanti, pihak penganjur akan menyediakan maklumat terkini melalui saluran sosial media dan juga laman web mereka.

Jika korang mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin menempah booth jualan, bolehlah segera menghubungi En Azahari di talian 012 – 387 1775.

Website: www.mefa.my
Facebook: www.fb.com/mefaevent
Instagram: www.instagram.com/mefapengantin

Post a Comment

1 Comments