travel, food and lifestyle blog

Tuesday, March 14, 2017

REVIEW GT MOBILE (GT-888)


Mencari telefon pintar yang sesuai dengan kehendak kita bukanlah sesuatu yang mudah. Kalau nak yang terbaik haruslah buat survay dahulu sebelum melakukan pembelian. *siapa tak nak yang terbaik kan? Bila menyentuh hal mengenai telefon pintar ni, teringat dengan satu model telefon dari Singapura iaitu GT Mobile (GT-888). Untuk pengetahuan korang, GT Mobile (GT-888) merupakan telefon pintar siri terbaru yang pernah dihasilkan oleh GT Group. Siri ini didatangkan dengan beberapa teknologi terkini dan sangat mesra pengguna.

SPESIFIKASI GT MOBILE (GT-888)


Mesti ramai yang nak tahu lebih lanjut berkenaan GT Mobile model GT-888 ni kan? Berikut merupakan spefikasi asas GT Mobile model GT-888 yang korang perlu tahu:


CHARGER | GT-888 menggunakan charger standard yang digunakan oleh telefon pintar Android yang lain. Jika ada masalah tertinggal charger, jadi tiada masalah untuk pinjam charge telefon dengan rakan-rakan yang menggunakan telefon android yang lain kan?  Apa yang saya puji mengenai GT Mobile GT-888 ni, ia merupakan telefon pintar yang mana baterinya sangat cepat di charge.


BATERI | Dari segi baterinya pula, GT Mobile GT-888 ini dilengkapi dengan bateri sebesar 2,550mAH. Mengikut pengalaman saya sendiri menggunakannya selama sebulan, boleh dikatakan ia mampu bertahan selama 1 hari. Panel di bahagian belakang peranti  GT Mobile GT-888 ini juga boleh dibuka. Sekaligus membolehkan pengguna untuk menukar bateri tanpa peralatan khas sekiranya bateri peranti itu bermasalah.


KAMERA GT Mobile GT-888 hadir dengan kamera hadapan 5MP dan kamera belakang 8MP. Kamera hadapan GT Mobile GT-888 ini mempunyai flash yang membantu menghasilkan imej swafoto yang lebih bagus.


REKA BENTUK | Bagi saya, dengan bentuk yang menarik dan nipis ini ia memudahkan untuk dipegang dan mudah dibawa ke mana-mana. Dengan kelebaran skrin yang tidak terlalu besar dan kecil (5.5") ini, ia memberi keselesaan dan mesra pengguna dari pelbagai aspek. Memandangkan saya seorang yang rabun, saya memerlukan telefon yang mempunyai saiz skrin yang sesuai dengan limitasi penglihatan saya terutama ketika saya tidak memakai cermin mata.

Lagi best, di dalam GT Mobile GT-888 ini aplikasi GT Dollar dan GT Watch telah siap diinstall. Melalui aplikasi tersebut, mudah untuk korang membeli belah, travel ataupun makan di mana-mana restoran yang terlibat.

Jadi, sekiranya ada yang berminat untuk memiliki telefon pintar GT Mobile (GT-888) ini, korang boleh dapatkannya melalui laman web www.gtmobile.sg. Harga yang dijual adalah SGD400, bersamaan dengan RM1200+ sahaja.

Share:

10 comments:

  1. Gt mobile screen boleh play hd tapi bila berat android dia hang.. kualiti gambar tak boleh masuk ps

    ReplyDelete
  2. my son using this too, its his birthday gift.

    ReplyDelete
  3. Cameranye not bad lah. Moreover, fast charging. Terbaik!

    ReplyDelete
  4. Bagi kak long fisha guna untuk tengok youtube sebab bateri tahan lama

    ReplyDelete
  5. batrey GT mobile ni tahan lama walaupun 2 sim

    ReplyDelete
  6. untuk brand yang baru dalam dunia smartphone, kinda ok one ;)

    ReplyDelete
  7. Not bad. Suka kualiti gambar dia. Mmg cantik. Tapi xpernah explore lebih lagi. Apa yang penting bateri tahan lama.

    ReplyDelete


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive