travel, food and lifestyle blog

Tuesday, March 07, 2017

PORTAL PROJEK KAHWIN | PORTAL PAKEJ PERKAHWINAN MESRA PENGGUNA


Ramai yang mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang sempurna. Tapi menguruskan sesuatu persiapan majlis perkahwinan bukanlah satu kerja yang mudah dan singkat, tambah-tambah jika majlis yang bakal dilansungkan itu besar dan melibatkan ramai jemputan. Banyak masa yang perlu dihabiskan serta banyak perancangan yang perlu dilakukan dan banyak perkara perlu diambil kira untuk sesuatu majlis supaya ianya berjalan dengan lancar dan sempurna.

PORTAL PROJEK KAHWIN


Oleh kerana menyedari bahawa perkara ini bukannya mudah untuk di handle oleh mereka terutama yang terlalu sibuk dan bagi ibu bapa yang baru pertama kali ingin menguruskan majlis perkahwinan anak mereka, Portal Projek Kahwin telah diwujudkan dengan fungsi yang mudah dimana ia dihasilkan berfungsi untuk memudahkan bakal pengantin mencari perkhidmatan produk perkahwinan serta pakej kahwin yang sesuai untuk majlis yang dilangsungkan dengan mengikut citarasa dan bajet yang sesuai.



Kita dapat lihat sendiri bagaimana orang terdekat dengan kita mencari pakej perkahwinan yang sesuai dengan mereka sebelum-sebelum ini. Ada yang mengambil pendapat dari rakan-rakan atau saudara mara mereka yang sudah pun melangsungkan majlis perkahwinan, ada yang megambil masa untuk ke Pameran Pengantin untuk mencari perkhidmatan dan pakej kahwin yang sesuai dan macam-macam lagilah.

PELBAGAI PAKEJ PRODUK PERKAHWINAN



Portal Projek Kahwin dibina bagi memudahkan bakal pengantin untuk mencari dan memilih pengusaha produk perkahwinan dari pelbagai jenis perkhidmatan mengikut kawasan yang berhampiaran dengan mereka. Dengan ini ia akan memudahkan bakal pengantin mencari pakej kahwin yang sesuai untuk majlis mereka yang diantaranya adalah seperti wedding planner, butik pengantin, katering, jurufoto, solekan, pakej bulan madu, dewan, hotel dan sebagainya.




*memudahkan dan menjimatkan masa !! Itu yang Portal Projek Kahwin cuba hasilkan untuk membantu bakal pengantin mencari pakej kahwin yang sesuai untuk majlis mereka.

BANTU PENGUSAHA PRODUK PERKAHWINAN BUMIPUTERA



Portal Projek Kahwin ini timbul setelah menyedari kurangnya laman web yang menjadi tempat mengumpulkan pengusaha-pengusaha produk perkahwinan lebih-lebih lagi dikalangan pengusaha bumiputra. Secara tidak langsung Portal Projek Kahwin ini dapat membantu pengusaha bumiputra yang terlibat.

Portal Projek Kahwin juga dibina untuk membantu pengusaha bumiputra meluaskan lagi perniagaan dan jenama mereka ke serata Malaysia dan juga luar negara. Ramai dikalangan bakal pengantin yang sebenarnya tidak mempunyai masa yang banyak untuk menguruskan majlis perkahwinan dan kurangnya pendedahan kepada pengusaha produk perkahwinan kerana tidak banyak sumber yang memudahkan mereka untuk mencari pengusaha produk perkahwinan ini mengikut perkhidmatan yang diperlukan.

PORTAL PAKEJ PERKAHWINAN MESRA PENGGUNA


Portal Projek Kahwin merupakan portal mesra pengguna. Demi memastikan Portal Projek Kahwin ini mudah diakses, ia dibina dengan fungsi-fungsi yang mesra pengguna yang diantaranya adalah seperti mesra telefon pintar. Portal Projek Kahwin boleh dilayari melalui pelbagai telefon pintar seperti iphone, Samsung, ipad dan sebagainya. Fungsi-fungsi yang disediakan juga memudahkan pengguna untuk mencari vendor perkahwinan yang sesuai dimana disini bakal pengantin akan didedahkan dengan maklumat syarikat (vendor) seperti logo syarikat, media sosial, nombor telefon dan hasil kerja mereka.

Jika pengguna ingin tahu lebih dekat mengenai vendor yang mereka suka, mereka boleh akses terus ke akaun facebook dan instagram vendor tersebut dan boleh terus menghubungi vendor untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan yang mereka ada.

Portal Projek Kahwin juga bakal mengeluarkan aplikasi ios dan android tersendiri pada masa akan datang bagi memudahkan bakal pengantin menggunakan dan melayari Portal Projek Kahwin dengan lebih lancar.

MAKLUMAT PORTAL PROJEK KAHWIN


FACEBOOK: https://www.facebook.com/projekkahwin/
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/projekkahwinmy/

EMAIL: hai@projekkahwin.com



Secara kesimpulannya, Portal Projek Kahwin ini dibina bagi memudahkan dan menjimatkan masa bakal pengantin mencari pakej kahwin yang sesuai untuk mereka mengikut citarasa dan bajet yang sesuai.
Share:

1 comment:

  1. Memudahkan kerja untuk raja sehari. yang penting kita kena sentiasa berjimat.

    ReplyDelete


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive