travel, food and lifestyle blog

Thursday, March 30, 2017

BUFFET RAMADHAN ALOFT KL SENTRAL 2017


Siapa sedar akan kewujudan sebuah hotel yang cukup unik dan cantik berlokasi betul-betul disebelah KL Sentral? Kalau korang nak tahu, hotel tersebut merupakan ALoft KL Sentral. Bagi saya hotel ni cukup unik dan moden. Untuk pengetahuan korang, sempena bulan ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi, pihak  ALoft KL Sentral telah mula membuat promosi buffet Ramadhan yang bakal dibuat di restoran Nook .


NOOK, A LOFT KL SENTRAL | Menepati konsep keseluruhan hotel ini, restoran Nook merupakan sebuah restoran yang berkonsepkan moden futuristik yang cukup memberi kesan kepada saya. Oleh kerana itu, ia telah menjadi salah satu restoran terbaik yang pernah saya jejaki setakat ini.



Promosi buffet Ramadhan di Nook pada tahun ini turut memperkenalkan menu utamanya iaitu Nasi Kambing Sumbat yang diketuai oleh Chef Ahmad Zaki Bin Harun. Selain daripada itu Nasi Ayam, Nasi Lemak, Bubur Lambuk dan Nasi Briyani bakal menjadi hidangan tumpuan kepada para pengunjung yang hadir untuk berbuka puasa nanti.

Nasi Kambing Sumbat 

Selain daripada itu ada juga juadah lain seperti Slow Braised Beef Shin Rendang, Ayam Percik, Ayam Masak Merah, Gulai Kambing, Gulai Itik, Rebung Masak Lemak Cili Api, Kari Ketam dan Kari Kepala Ikan.



Pilihan menu lain yang akan dihidang di buffet Ramadhan tersebut nanti adalah seperti Satay, Lamb Shish Kebab, Murtabak, Cucur Udang, Cucur Cempedak, prawn-squid-fish grill, ABC dengan pulut durian, dodol dan aneka jenis kuih muih dan pencuci mulut.


Bukan sahaja ditekankan pada masakan Melayu, malahan buffet Ramadhan di Nook, Aloft KL Sentral juga turut menyajikan menu masyarakat India, Cina dan Barat seperti Wok-fried Teriyaki Char Siew Chicken Fillet with Green Leek, Steamed Whole Seabass with Ginger Sauce, Lamb Pot Pie, Seafood Mousaka, Barbeque Chicken Wing dan banyak lagi.



HARGA BUFFET RAMADHAN 20017 | Harga untuk buffet Ramadhan di Nook, Aloft Hotel KL Sentral ini adalah RM135 nett untuk dewasa dan RM67.50 untuk kanak-kanak. Baucer berharga RM100 akan dijual kepada sesiapa yang membuat tempahan seawal 15 April hingga 28 Mei 2017 dan baucer bernilai RM90 akan diberikan kepada mereka yang membuat pembelian baucer melebihi 36 orang dan ke atas.


Rsvp : +603 27231188
Share:

4 comments:

  1. Ohaiii sedapnya! Mood nak puasa dh ni

    ReplyDelete
  2. Hi.. Saya from RUANG Event Space. How can i contact u ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi boleh terus menerusi email saya mawardiyunus@gmail.com atau whatsapps 0182266623

      Delete
  3. Saya nk booking tuk 10 org dewasa ye

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive