travel, food and lifestyle blog

Thursday, March 30, 2017

MENU BARU DI Q THAI STEAMBOAT AMPANG | CHEESY MAKMAK


Dah lama rasanya tak pekena steamboat, alang-alang ke Ampang tempoh hari sempat jugak singgah di Restoran Q Thai Steamboat untuk makan malam selepas selesainya solat magrib kami di Masjid Al-Mustaqim yang berada beberapa minit berjalan kaki dari restoran ini.


Lokasi Restoran Q Thai Steamboat cukup strategik dan merupakan tempat tumpuan penduduk mencari tempat makan. Dengan keadaan Restoran Q Thai Steamboat yang besar dan bersih ianya dapat memberikan mood yang cukup baik untuk saya makan malam di sana.


Nasib kami cukup baik malam tu kerana Restoran Q Thai Steamboat baru sahaja memperkenalkan menu baru mereka yang berasaskan keju. Menu ini dikenali dengan #CheesyMakMak yang berharga hanya RM89 satu hidangan untuk 2 ke 3 orang makan.


Bagi saya, hidangan menu baru Cheesy MakMak ini sangat best, kerana kombinasi makanan steamboat yang ada bersama menu signature mereka iaitu Bangkok Chicken dan Chicken fried.


Untuk pengetahuan korang, "Mak Mak" merupakan pinjaman perkataan dari bahasa thai yang bermaksud banyak. Ini merujuk kepada konsep yang mereka cuba sampaikan dengan menu baru mereka iaitu "Keju yang banyak".


Nasi Goreng Tom Yam dengan keju juga menjadi sebahagian dari pakej ini . Saya sendiri akui menu seperti ini merupakan sesuatu yang baru dan mungkin agak pelik bagi sesetengah orang. Tapi, belum cuba belum tahu akan rasanya. Ternyata ianya boleh diterima dan sedap.


Untuk pilihan minuman pula, ianya tidak termasuk di dalam hidangan. Ianya perlu di tempah asing dengan harga seperti berikut.



Selain dari itu, anda juga mempunyai pelbagai pilihan menu gaya bufet dengan pilihan pelbagai jenis sayur-sayuran, makanan laut, ikan dan bola sotong, ayam diperap, sotong, udang dan banyak lagi Pakej (steamboat + sizzlingBBQ + dimsum) hanya RM38 per pax . Namun ada bahagian lain dengan udang lebih besar, ikan, seluruh ketam jenis yang dikhaskan untuk RM48 per pax (Arang BBQ + SizzlingBB + steamboat + Dimsum). Saya sendiri rasa cukup erbaloi untuk bawa keluarga dan rakan-rakan ke sini.


Alamat :
Restoran Q Thai Village
Taman Dagang
Ampang, Kuala Lumpur

Facebook : https://www.facebook.com/qthai.steamboat/
Website : http://qthaisteamboat.com/
No Tel : 019-282 2256
Share:

13 comments:

  1. rajin mari sini zaman2 dating hehehe sedap2 menu dia

    ReplyDelete
  2. Macam sedap....kepingin mau makan steamboat

    ReplyDelete
  3. Menariknye.tgk gambau menarik. Agak2 kene tak dgn tekak kita ek.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum cuba belum tau, ajak ramai2 lepak makan . hehe

      Delete
  4. Nasi dengan cheese tu rare sangat. Tak tau la boleh diterima deria rasa ke tak hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay je saya makan, nasi tomyam tu lebih rasa menyengat dari cheese yg kita ltk

      Delete
  5. Sedapnya..lama gak tak bersteamboat ni..awat tak ajak..macm dekt dengan rumah je ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dekat bolehlah ke sini, ajak seben kan

      Delete
  6. Memang best makan steamboat kat sini

    ReplyDelete


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive