PELANCARAN GT DOLLAR DI MALAYSIA


Pada 16 Januari 2017 yang lepas, Majlis Pelancaran GT Dollar Malaysia telah diadakan di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara. Majlis yang gilang-gemilang itu telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, iaitu Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia . Majlis pelancaran ini juga bersempena Malaysia FinTech Ecosystem Conference. Pelancaran GT Dollar Malaysia membuktikan kemunculan e-commerce dalam industri perniagaan di Malaysia semakin diterima umum.


Majlis Perasmian  GT Dollar Malaysia turut dihadiri oleh dif-dif kehormat dan 3000 pemain industri IT dan e-commerce yang mendokong pembangunan ekosistem FinTech di Malaysia. Kerjasama yang terjalin antara Kerajaan Malaysia dan GT Dollar akan membantu kehidupan seharian rakyat Malaysia dalam urusan membeli-belah terutamanya dengan kewujudan aplikasi baru iaitu GT Dollar. GT Dollar akan bertindak sebagai "one stop centre" dalam membina komuniti untuk pengguna / pembeli dan peniaga dari pelbagai industri dalam satu rangkaian khas.


Selain itu, hasil jalinan kerjasama ini juga akan memberi peluang untuk GT Robot iaitu anak syarikat di bawah GT Group untuk merancang dan membina kilang pembuatan robot di sempadan Melaka dan Negeri Sembilan yang dianggarkan mencecah pelaburan sebanyak RM300 juta. Kilang ini diunjurkan akan menjana pendapatan untuk syarikat sebanyak USD20 Bilion dengan penghasilan 10 juta Mobile Robot. Pembinaan kilang pembuatan GT Robot sekaligus akan membuka peluang pekerjaan kepada 10,000 pekerja tempatan dalam tempoh 5 tahun. Paling mengujakan, kilang pembuatan GT Robot ini adalah eco-friendly dan bakal dilengkapi dengan peralatan teknologi canggih yang pertama di Asia selepas China.

APLIKASI GT DOLLAR

Pelancaran aplikasi GT Dollar, sosial mobile e-commerce software yang pertama di dunia ini mencatat sejarah baru di Malaysia. Konsep ini pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 2014 oleh Presiden dan CEO GT Group, Dr. Paul Zhang Baolu. Beliau berpengalaman luas dalam bidang pengurusan high-technology, ekonomi dan pembangunan pelancongan dunia selama 30 tahun. Objektif utama kewujudan aplikasi seumpama ini adalah untuk menghubungkan pengguna dan peniaga tanpa sebarang batasan sekaligus memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi negara, hasil cukai dalam negara dan juga peluang pekerjaan.


Antara features menarik dalam GT Dollar adalah aplikasi dibangunkan dengan teknologi SMART yang merangkumi teknologi AR untuk mencari madu (the seek honey feature) dan menangkap lebah (catch a bee) untuk mendapat GT Cash. Ciri ini menjadikan  GT Dollar sangat interaktif untuk pengguna. Setiap GT Cash yang dikumpul boleh digunakan untuk membuat pembelian dengan menikmati diskaun hebat. Pendek kata,  GT Dollar akan menjadi perintis dan peneraju kepada dunia e-commerce di Malaysia secara menyeluruh.

Platform yang dicipta untuk pengguna dan peniaga ini akan menggalakkan urusan jual beli tanpa tunai (cashless) di seluruh dunia. Pendaftaran secara percuma, peniaga boleh membeli  GT Dollar (virtual currency) dan mengagihkan kepada para pengguna untuk digunakan bila-bila masa dan di mana-mana lokasi sebagai langkah promosi. Selain itu,  GT Dollar akan mengiklankan perniagaan mereka dalam bentuk e-promotion dan e-advertising dengan kos yang minimal. Untuk pembayaran, Online Payment Gateway akan digunakan untuk membuat pembayaran secara atas talian (online) seperti e-wallet, visa (credit, debit, prepaid), mastercard (credit, debit, prepaid), CUP card (credit, debit, prepaid), direct debit account.


Konklusinya,  GT Dollar akan menggalakan penggunaan virtual credits dalam urusan jual beli dan menggunakan sistem e-wallet.  GT Dollar dapat menghubungkan SMEs dan pengguna sekaligus memperkenalkan loyalty programme dengan pembahagian virtual credits (GTD). Selain dapat membuat pembelian secara online (online shopping), GT Mobile juga menyediakan perkhidmatan lain seperti fund transfer, pembayaran bill, prepaid air time topup, dan Social Network Chat (up to 20 people in each group).

Aplikasi  GT Dollar ini sangat relevan kepada pengguna smartphone untuk mencari kedai, restoran, hotel dan sebagainya dalam kehidupan seharian. Dengan gaya hidup yang sibuk, kemunculan  GT Dollar akan memudahkan urusan harian para pengguna. Segalanya hanya di hujung jari. GT Dollar berhasrat untuk menjadikan aplikasi ini sebagai mangkin untuk memacu pembangunan industri pelancongan dan mobile travel di Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelancongan. 

 GT Dollar Malaysia akan melebaran sayapnya dalam e-commerce business ke luar negara dan akan menajdi gateway di Asia. Selain Aplikasi  GT Dollar, GT Group juga telah melancarkan GT Wonder Boy, iaitu robot multifunctions yang akan menjadi pembantu peribadi pengguna. Bukan saja dapat berinteraksi dengan pengguna, GT Wonder Boy juga dicipta untuk memudahkan urusan harian pengguna. Tidak ketinggalan, GT Group turut memperkenalkan GT Mobile iaitu telefon pintar GT-888 dan juga SMART Watch kepada umum.


Tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk memuat turun aplikasi  GT Dollar di Google Play Store atau IOS. Sebaik saja anda mendaftarkan diri, secara automatik anda akan dapat kredit  GT Dollar sebanyak RM300 secara PERCUMA.



Melalui aplikasi GT Dollar juga, anda boleh menikmati diskaun hebat bagi pembelian produk dan servis melalui atas talian di kedai, restoran, hotel dan lain-lain vendor yang berdaftar. 

Post a Comment

1 Comments

  1. Dah pun install tapi masih blur lagi mengenai GT ini.

    ReplyDelete