8 SEBAB UNTUK DAPATKAN HUAWEI HONOR 8




Semalam kecoh juga kawan blogger duk update status berkenaan telefon mudah alih baru iaitu HUAWEI HONOR 8 . Ianya masih baru di pasaran Malaysia dan sudah mula menjadi perhatian ramai. Nak pula kepada kaki-kaki blogger travel popular yang ada di Malaysia ni. *nak tahu apa yang diorang dok perkatakan berkenaan HUAWEI HONOR 8 ni? Jom kita pakat baca, dan ianya juga merupakan 8 SEBAB UNTUK DAPATKAN HUAWEI HONOR 8.

1# MODEL YANG POPULAR


Betul kata blogger Ahmad Fauzi Aryaan tu. Perkara pertama yang telah meyakinkan saya 100% untuk memiliki telefon mudah alih HUAWEI HONOR 8 ini adalah kerana populariti nya.
Terkini, berkongsi status semasa di China, pihak Honor mengumumkan mereka telah menjual lebih 1.5 juta peranti Honor 8 sejak ia dilancarkan.
Hal ni bukan direka-reka oleh saya sendiri tau. Petikan info ni saya terbaca di laman web amanz, dimana ianya merupakan laman web utama untuk saya rujuk sebarang perkembangan gadget khususnya di Malaysia.

*macamana, hebat bukan? Jika ianya sudah popular, maka ianya bagus untuk di miliki. Perkara paling leceh untuk saya sendiri membeli mana-mana telefon mudah alih adalah ketika untuk melakukan survay keatas mana-mana telefon yag sesuai dengan saya. Jadi inilah perkara yang saya perlu lakukan untuk menjimatkan masa yang saya ada dan memiliki telefon mudah alih seperti yang saya nak. Selain dari sebab ni, banyak lagi sebab yang memang korang kena tahu tentang  HUAWEI HONOR 8.

2# KAMERA BERKUALITI 


HUAWEI HONOR 8 telah hadir dengan pilihan dwi-kamera belakang dan binaan berasaskan kaca pada bahagian hadapan dan juga belakang. Penggunaan dwi-kamera 12-megapixel pada bahagian belakang dengan bukaan Aperture F2.2 sudah cukup bagi saya untuk mendapatkan gambar berkualiti tinggi khususnya jika ia dibawa bersama semasa travel. *blogger merangkap photographer hebat Dikbee pun akui kehebatan nya.


*tak perlu lagi untuk bawa kamera yang besar yang sudah semestinya akan mengganggu keselesaan semasa proses travel. Pada bahagian hadapan pula ia haadir dengan kamera 8-megapixel dengan Aperture F2.4 yang pasti tidak akan mengecewakan saya untuk berselfie.

3# SAIZ YANG MESRA PENGGUNA


Skrin bersaiz 5.2-inci sudah semestinya pilihan yang tepat untuk saya. *tidak kecil dan tidak terlalu besar. Apa yang buat saya lebih tertarik dengan dengan HUAWEI HONOR 8 ni, ianya hadir dengan paparan skrin HD penuh (HD 1080P x 1920P), serta dilengkapi dengan cip pemprosesan Kirin 950.

Bak kata blogger popular Kisah Emas Putih, dengan saiz seperti ini ia memudahkan untuk seorang blogger seperti saya untuk bawanya kemana saja saya pergi. Untuk update entry di blog pun tiada masalah kerana ianya tidak terlalu kecil. Apa yang boleh saya katakan HUAWEI HONOR 8  mempunyai saiz yang mesra pengguna.


4# RUANG STORAN YANG BESAR

Bagi kaki travel seperti Blogger Penaberkala ni, beliau cukup memahami masalah telefon mudah alih yang mempunyai ruang storan yang kecik. Dengan memiliki HUAWEI HONOR 8 ni, Insyaallah masalah kekurangan space di dalam telefon mudah alih korang boleh selesai.

Selain menawarkan pilihan ruang storan yang cukup besar iaitu sebanyak 32GB dan 64GB, peranti ini juga boleh dilengkapkan dengan memori luar ( Slot microSD ). *sudah semestinya dengan saiz storan ini cukup untuk korang travel dan capture memori sebanyak mungkin sama ada gambar bersaiz besar atau rakaman video berminit-minit lamanya.


5# SPESIFIKASI RAM YANG BESAR


Bila Potia bagi pendapat, saya tak pernah nafikan. Bukan kenapa, Beliau ni seorang yang agak teliti dalam pembelian gadget ni. Telefon saya yang sebelum-sebelum ni pun memang dapat cadangan dari beliau.

Seperti kata Potia, bahagian storage HUAWEI HONOR 8 membawakan spesifikasi yang agak mantap. Peranti ini boleh dilengkapkan dengan memori luar ( Slot microSD ) dan apa yang bestnya, ruangan storan dalaman yang tersedia ada cukup besar dengan 2 pilihan iaitu 3GB RAM untuk 32GB storan ataupun 4GB RAM untuk 64GB storan. Selain itu, Huawei Honor 8 dikuasai dengan pemproses buatan Huawei, Kirin 950 dengan kemampuan CPU 8-Teras.

6# WARNA YANG EKSLUSIF


Orang perempuan, memang tak sah kalau bercakap pasal keterampilan kan. Sampaikan telefon pun dia nak yang nampak ala-ala grand je. Tapi, bila saya sendiri tengok warna yang HUAWEI HONOR 8 tawarkan. Terus kita gelabah nak warna emas tu ha. *ye betul tu Mek Onie, emas tu memang menggoda kot.

Untuk pengetahuan korang, HUAWEI HONOR 8 ni hadir dengan 4 pilihan warna menarik termasuk emas, hitam, putih, dan biru. *jadi jangan tanya warna apa yang akan menjadi pilihan saya. Sudah semestinya emas paling menarik perhatian.

*hurmmmmm.. tapikan, warna biru tu pun boleh tahan jugak kan? Memang mengancam habislah kalau dapat warna-warna ni kan. Jadi macamana ni, emas ke biru?huhuhuhu

7# BATERI TAHAN LAMA


Untuk pengetahuan korang HUAWEI HONOR 8 ini hadir dengan bateri berkapasiti 3000mAh dan boleh dicas menggunakan USB Type-C (fast charging). Dengan spesifikasi ini, hayat bateri HUAWEI HONOR 8 adalah mencecah purata 63 jam. *jadi, ianya sangat sesuai kalau nak dibawa bersama untuk travel. Hayat bateri lama, bila bateri habis kita tak payah tunggulama untuk charge kerana ianya fast charging.

Jadi tak perlu risaulah kalau nak travel sambil hunting pokemon kan. eh huhuhuhuhu. Lepas ni tak perlu sawan sangat dah kalau lupa bawa powerbank kan +Yazid Izzat  hehehe.

8# HARGA MURAH 


Dengan spesifikasi HUAWEI HONOR 8 yang cukup mantap dan memenuhi kriteria kehendak saya sendiri dan kawan-kawan. Ianya ukup membuatkan saya terkejut kerana harganya boleh dikatakan dalam kategori mampu milik berbanding dengan jenama peranti lain yang mana spesifikasinya yang agak sama tapi dijual dengan harga yang sangat mahal.

Di Malaysia, ia telah mula dijual sejak daripada minggu lepas, dimana ia hadir dalam dua pilihan versi. Bagi telefon pintar dengan 'storage' 32GB ianya berharga RM 1699.00 dengan pilihan warna 'Pearl White' dan 'Midnight Black'Manakala 64GB pula berharga RM 1899.00 dengan warna 'Sapphire Blue' dan 'Sunrise Gold'.

Sekiranya korang membeli HUAWEI HONOR 8 di Website Lazada, korang layak untuk dapatkan FREE GIFT yang berbaloi untuk anda. Jadi, jangan lepaskan peluang ini. tak perlu tunggu lagi, korang boleh dapatkan HUAWEI HONOR 8 di Lazada [KLIK] sekarang!!


Lazada Malaysia sedang membuat MYCyberSale iaitu diskaun sehingga 95% bermula pada 26 September sehingga 30 September 2016. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan harga produk yang begitu murah.


Post a Comment

10 Comments