Archive Pages Design$type=blogging

Lifestyle, Travel & Food Blogger

COSTA CRUISES RAIKAN ULANG TAHUN KE-10 DI ASIA

COSTA CRUISES RAIKAN ULANG TAHUN KE-10 DI ASIA


Sempena ulang tahunnya yang ke 10, Costa Cruises ada menawarkan pelbagai aktiviti dan slot menarik bagi meraikan ejen dan pelanggannya, Antaranya adalah ejen pelancongan berpeluang memenangi hadiah pas pelayaran selama 10 tahun di Asia.*wow menarik bukan.


Costa Asia meraikan ulang tahun ke-10 syarikat kapal persiaran antarabangsa pertama yang menyelusuri Asia dengan jalinan kerjasama industri di Kuala Lumpur, Malaysia. Sejak pelayaran sulungnya pada Julai 2006, Costa Asia seringkali mengecapi pelbagai pencapaian untuk muncul perintis dalam industri. Ia menjadi syarikat kapal persiaran antarabangsa pertama yang berlabuh di sepenuh tahun di Asia. Sehingga kini, bagi pasaran Asia sahaja, ia sudah mencatat 2 juta penumpang.

Menyelusuri selama sedekad itu, Costa Asia terus mengekalkan prinsip yang mengutamakan kepuasan pelanggan selain fokus dalam inovasi dan keunggulan untuk menikmati pengalaman pelayaran penuh kreatif dengan memberikan sentuhan ‘Pelayaran Itali’ / Italy at Sea.

A photo posted by Muhamad Mawardi (@mawardiyunus) on

Daripada pelayaran awal, Costa Allegra (2006), Costa Classica (2009) dan Costa Romantica (2010), dengan yang terkini Costa Victoria (“The Ship of Fashion”, 2012), Costa Atlantica (“The Ship of Art”, 2013), Costa Serena (“Ancient Rome at Sea”, 2015) dan Costa Fortuna (“Museum at Sea”) pada April 2016, Costa Asia menampilkan ‘Pelayaran Itali’ / Italy at Sea, yang memberikan pengalaman percutian dengan gaya sebenar pelayaran Eropah. “Sepanjang sedekad, kami melabur dalam pasaran pelayaran di Asia dengan memberikan sentuhan ‘Pelayaran Itali’ / Italy at Sea.

A photo posted by Muhamad Mawardi (@mawardiyunus) on

Kami ingin merakamkan penghargaan kepada semua komuniti setempat atas sokongan yang tidak berbelah bahagi,” jelas Buhdy Bok, Presiden Costa Group Asia. “Kami juga berterima kasih kepada warga kerja kami yang penuh dedikasi dan sumbangan mereka yang tidak ternilai untuk dihargai syarikat dan juga penumpang,” tambah Bok lagi. Armada Costa Asia bakal menerima ketibaan Costa neoRomantica pada tahun 2017, juga pada tahun 2019 dan 2020, iaitu dua kapal persiaran berkapasiti 4,200 penumpang yang khusus rekaannya bagi pasaran Asia. Selain itu, syarikat pelayaran terulung Jerman, AIDA Cruises akan menyertai Costa Asia menjelang 2017 untuk pertama kalinya, dengan menempatkan sebuah kapal persiarannya di Asia, sepanjang tahun.

Costa Cruises adalah syarikat kapal pelayaran mewah antarabangsa pertama memasuki Asia Pasifik pada tahun 2006. Sejak 10 tahun yang lalu, Costa Cruises mengutamakan prinsip berorientasikan pelanggan dan memfokuskan kepada inovasi, kualiti produk terbaik dan juga kreativiti kepada tetamu Asia dan China dengan sentuhan pengalaman ‘Pelayaran Itali’ / ”Italy at Sea” . Ketika ini, 4 daripada 14 buah kapal armada Costa sering menyelurusi dan belayar di China dan juga negara Asia.

‘Pelayaran Itali’ / Italy at Sea'



Pelayaran dari Pulau Pinang dan Pelayaran Costa Victoria Antara Oktober 2016 dan Januari 2017, Costa Victoria akan menawarkan rangkaian pelayaran untuk 3 hingga 5 malam bermula dari Singapura, Phuket di Thailand, termasuk di Melaka, Langkawi dan Pulau Pinang di Malaysia. Untuk memberikan keselesaan, bagi pelayaran bermula Oktober dan November 2016, penumpang yang berada di Malaysia, dapat menaiki dan kembali di Pulau Pinang. Ia memberikan kemudahan kepada warganegara Malaysia merasai keunikan ‘Pelayaran Itali’ / Italy at Sea secara terus di negara sendiri.


Armada Costa Asia menerapkan perincian setiap aspek kapal persiaran Costa Victoria yang menampilkan gaya rekaan asli Itali yang elegan. Dekorasi pada lounge memperlihatkan keunikan seni, seperti yang dilihat pada Capriccio Bar, dengan penggunaan dekorasi mozek karya Emillio Tadini. Dengan sentuhan rekaan gaya tersendiri yang menjadi identiti Costa Victoria, ia manjadi, kapal persiaran berstatus fesyen pertama di Asia.


Lima restoran yang terdapat di Costa Victoria menampilkan menu hidangan kulineri ala Itali, yang khusus bagi selera orang Asia. Kapal persiaran mewah ini memberikan kepelbagaian dalam pengalaman menikmati hidangan, dari sajian buffet, restoran pizza hinggalah kepada fine dining. Terdapat juga 10 bar dan kelab malam, yang boleh dikunjungi tetamu dewasa pelbagai peringkat umur dengan hiburan dan persembahan setiap malam.


Untuk memberikan pengalaman lebih sebenar ‘Pelayaran Itali’ / Italy at Sea, tetamu akan dibawa untuk melihat persembahan terkenal dunia iaitu “Carnival of Venice” di atas kapal persiaran. Pesta yang dimulakan dengan persembahan muzik ‘live’ dikuti perarakan di Atrium. Tetamu akan menyelami kepelbagaian festival ini dengan persembahan budaya dan tradisi dengan suasana dikelilingi “Carnival of Venice”. Yang menariknya juga, kalangan yang terlibat dengan persembahan akan mengenakan busana Venetian sebagai pengalaman tradisi Itali. Tetamu juga boleh turut serta menari bersama-sama ketika sesi Round Dancing. Untuk menghiburkan tetamu juga, segmen khas memperingati Michael Jackson dengan persembahan ‘Feel the beat’ menampilkan variasi rentak seluruh dunia dengan sentuhan moden. Tetamu juga diajak bergelak ketawa dengan komedi jenaka “Duo Lafracci”, termasuk juga “Sapori d’ Italia”, yang bakal menampilkan seleksi lagu dan tarian popular Itali.

COMMENTS

BLOGGER: 2
Loading...
Name

2014 4G 90an AABC abang long fadil ABC accessories Adv advertorial Af af 2013. Afgan afy haniff Agama air asia airasiax airport ajl ajl 28 AJL29 Al-Quran alam flora Alamanda AlamSekitar amar Ambang Merdeka America's Got Talent Anak anak yatim Android Angry Bird animal animasi Anjung Seri apek aplikasi Apps arab arkitek army Art Artis Asam Pedas asia horizon atlet aurat australia avillion pd Ayam ayam panggang ayamas baba dan nyonya backpacker bag baju bag travel Baju Melayu Baju Raya balik kampung Bandung Bangi bangkok Banjir banjir kelantan 2014 bantu battle battles of penang Bayi bbq bc100 beita bekam Ben Ashaari Bencana Alam Berita berlayar best travel blog bgr Bijirin Bilik Sewa biotechnology bird Birthday Bitstrips blobal Blog Blog review Blogger Blogger masakan blogger party bloggerraya2014 boat noodle body cream body lotion Bola bola sepak bolasepak boling Book borneo brand Brunei Buah-buahan budaya Buffet Ramadhan bujang valley Buka Puasa Buku bulan madu Bunga Bunga Api bunuh diri burger Burger Bakar by hilton Cabaran 30 Hari cabaran 3o hari cabutan bertuah Caliph buskers cedera Cendol Cerai Cerita Che Mat Gebu chimistry lab chinease food christmas conference Contest cookies cool fever CoolBlog cruises culture cuti sekolah Cyberjaya d'saji Dakwah Dance darah dcollagen delifrance Malaysia demam denggi derma darah Design Designer destinasi menarik malaysia destination malaysia device Diana Amir dinner Doa doodle doraemon doremon double tree Douglaslim Drama ducati Duit Raya Durian durian tunggal Education ekonomi Emas English English Style entertainment escape room event expo Facebook family fashion fast food Fenomena Feryal Festival Fesyen Filem filem melayu financial fizo omar flashmob Flora Floria floria 2014 follow Follower Mingguan food food blogger Food Review foto fotografi fresh seafood frogman frsb fruit Fuh.my Fully Furnised Furniture Design GA Gadget galactic laser galaxy note 10.1 Galaxy Note 3 gambar Game Gathering gaya travel gaza GengBloggerSenget GengTwitterPutrajaya GengWhatsAppPutrajaya genting genting highland Give Away google Government Graduan grand launch grand millenium kl Gsc GST guardian Gunung di Jawa Barat Gunung Tangkuban Perahu gym hadith hadphone Hafiz AF7 Haiwan halau serangga Hantaran kahwin Hantu HARGA COKLAT Harga Minyak Naik harga passport hari natal Hari Raya Haji Hari Raya Puasa HEADER Hiburan hig HIJAB hijab tutorial hijrah hijrah couture hipster History hokkaido Holiday Hollywood homestay hotel Hotel Review hulu selangor Hutang ibb2014 ibubapa Iftar ikan Iklan ilmiah Iluminate Ilustrator ind indian food Indonesia industrial design Info Inovasi inspirasi instagram intense energie interior design internet ioi city mall putrajaya ipoh islam islamic islamik island istana budaya italy izzue islam jadual perlawanan jambang jatomi jenayah jepun jkkn Johor johor bahru jom jelajah koperasi Jualan Murah jubah lelaki jus jus mangga Kad Raya Kahwin Kajang Kajian Kaki Sembang Kamal Adli Kamera kampung kanak-kanak karaoke Karnival kartun kasut kaum kawan Kaya Kayu kbba kebajikan Kebersihan kebudayaan kecantikan kedah kedutaan kedutaan romania kedutaan rusia Kek kelab blogger ben ashaari kelambu Kelantan kelas rakyat keluarga Keluarga Blogger Senget kemalangan Kenangan Kenduri Keputusan UPSR kerang Kereta Kerja Kerjaya kesihat Kesihatan Ketupat keuwangan keyword Kfc khairul fahmi apek Khidmat kl sentral Klcc klia klia2 kmpen koir kebangsaan malaysia komedi Komik konsert kontes kontest travel Kotak krabi Kreatif krim muka krismas ktv kuala kubu bharu Kuala Lumpur Kucing kuih kuih siput kuih tradisional Lagu laman kayangan langkawi las vacas lasertag Lava Grill Lawak Lawak Ke Der 3 lazada lcct lego legoland Lelaki lembah bujang lenovo lenovo 916 Lesen lifestyle LIMA'2015 line lirik Logo Luar Negara lukisan macau machang maggi kambing magic magic show Mahal Majalah majlis majlis amal makan makanan makanan exotic makanan india makanan tradisional makeup Malaysia Malaysia Food mall mamak mangkat mas Masakan Masjid Besi Maskulin Master masyarakat jawa Mati Matic matic fest maut mawar fareeda media mee mee sampan mee udang melabur melaka Melancong melayu Memori Merdeka Meteor Perseid mhtt mid valley MIG miniland minuman Minyak Naik misteri Mitos mobile monopod Motivasi Movie mpo msmw2015 Muhasabah diri muslim Muslimah MUSLIMFIT muzik Nasi nasi arab Nasi Ayam nasi daun pisang nasi kukus nasi lemak nasyid nayid nbos NDU negeri sembilan new year Nikah nilai noodle nu sentral nusajaya nutri drink objek Office OKU online online shopping Open House Open House blogger orchestra pageview pahang Paintball pak john pak nil Pakaian pakej perkahwinan palestine pameran pangkor pantai Pantai Timur party pasport asean passport pelajar pelayaran penang island penawar Penawar rambut gugur pencuri Pendidikan penginapan pengsan pepero Perabot peraduan perak Peribadi Perkahwinan permainan tradisional perniagaan Personal perth Perubatan pesta wau Petua photografi Photoshoot phuket piala dunia piala dunia fifa 2014 Piala Malaysia Picc pizza pizza hut Place pomade popular port dickson Poster produk program projek iqra' projek kahwin projek travel promosi PRU Puasa puisi pulau Pulau Penang Pulau Perhentian pulau pinang pulau Redang Putrajaya racun perosak racun serangga Ramadhan rambut rasa italy rasamas Rasulullah Rawatan rawatan alternatif raya red worrior rempeyek Resepi resort resort world Resort World Genting restoran mamak Restorant review Review Filem review hotel review makanan Review Restaurant Review Restorant riadah rogol rokok rokok seludup rtm ruangeventspace rumah Rumah Sewa Rumah Terbuka rumah tradisional rusia russia russian food ruza malaysia rwgenting sabah Sahabat sahabat media Sahur sakit Sakit Darah Tinggi Saloma Bistro Saloon samsung samun sandwich Santai Santai Travel sarawak Sate Kajang school holiday Seafood secret recepie Segmen Sejarah sekolah menengah seks selamatkan gaza Selangor selatan selfie Selimut Gebu seludup Semulajadi Senaman Seni seni bina Senyum serai wangi Seram Serdang seremban sesame street shabat shah alam SHOES Shopping shopping mall Shopping Raya show showcase Sijil sing singapore siti nurhaliza skop skycab smartphone soda Software Solat SolidWorks song sony Spa spek murah squid jigging star cruise star cruise libra star wars staycation steamboat steamboat murah steamboat sedap Student studio fotografi suit Sukan sukarelawan sultan sungai petani Sunnah superstar Libra Syahid Syawal t-shirt tahun baru tai food taman Taman Tasik Cyberjaya taman tema taming sari tandas tanjak tapai pulut tawau Tazkirah teater teater mek mulung teatertradisional Technical Drawing teh tarik Teknologi Telefon Pintar telur ikan mayong telur sotong Tembak temerloh tempat tempat menarik terengganu testimonial thai thailand the ballroom throwback Tiffin biru Tiket bas times square tip tip melancong tips tips bijak wang Tok Guru tolong Touchscreen tourism malaysia tourism selangor traders hotel tradisi tradisional Transport Trauma Travel travel blog travel blogger travel contest Travel Mate treasure hunt Trip truly asia TRW tsdayout tudung tune hotel tune hotel klia2 Tutorial TV tv1 tv3 Tweeter Twitter Typo Ubat ubat asma ubat gout ubat insomnia ubat sakit darah tinggi ubat sakit jantung ubat stroke Ucapan Ucapan Raya ujang UJIBAKAT ulama ultraman umobile umum UNESCO Unifi Uniform UPM Upsr utara vacation Vantage vespa victoria bridge Video video klip virtual malaysia visit malaysia visit malaysia 2014 vmy2014 volunteer wangsa walk wanita Wechat weekend western australia western food wifi wireless wrap xes yong tao foo zapin zoo
false
ltr
item
Mawardi Yunus: COSTA CRUISES RAIKAN ULANG TAHUN KE-10 DI ASIA
COSTA CRUISES RAIKAN ULANG TAHUN KE-10 DI ASIA
COSTA CRUISES RAIKAN ULANG TAHUN KE-10 DI ASIA
https://1.bp.blogspot.com/-hwthrvKzdac/V-vwDMd7dpI/AAAAAAABNKw/wsppivRV4s0SS_WNlzUjPmeymmMpTjeDgCLcB/s640/DSC_1689.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-hwthrvKzdac/V-vwDMd7dpI/AAAAAAABNKw/wsppivRV4s0SS_WNlzUjPmeymmMpTjeDgCLcB/s72-c/DSC_1689.jpg
Mawardi Yunus
http://www.mawardiyunus.com/2016/09/costa-cruises-raikan-ulang-tahun-ke-10.html
http://www.mawardiyunus.com/
http://www.mawardiyunus.com/
http://www.mawardiyunus.com/2016/09/costa-cruises-raikan-ulang-tahun-ke-10.html
true
7508475202002579349
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago