travel, food and lifestyle blog

Saturday, June 04, 2016

ZESPRI SUNGOLD BUAH KIWI MANIS


http://www.fruitnet.com/asiafruit/article/167297/middle-east-holding-more-zespri-fruit
Memandangkan saya sendiri merupakan seorang yang sangat gemar dengan buah kiwi, ia telah membawa keyakinan saya untuk mencari bekalan buah kiwi yang berkualiti untuk dimakan. Jadi setakat ini kiwi dari Zespri Kiwifruit telah menjadi pilihan saya.


Untuk pengetahuan korang, Zespri bukan sahaja ada mengeluarkan jenis kiwi Zespri® Green (yang mana ianya berwarna hijau) sahaja, meruka juga ada mengeluarkan Zespri SunGold (buah kiwi yang mempunyai isi berwarna kuning keemasan) yang rasanya cukup manis.


Buah Kiwi keluaran Zespri ni bukan saja sedap dan berkualiti tinggi, malah dikatakan sajian gizi terbaik untuk dinikmati kerana mempunyai sumber mineral seimbang, vitamin semula jadi dan membekalkan antioksidan untuk tubuh badan manusia. Selain dari itu Vitamin C, serat dan potasium juga dikesan terdapat dalam buah kiwi.


*menariknya menurut fakta, buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren selain mengandungi dua kali ganda vitamin E berbanding avokado. Kajian mendapati buah kiwi mempunyai sehingga 120 kandungan kalori atau 60 kalori dalam sebiji buah kiwi untuk tubuh manusia.
Zespri ™ International Limited adalah pemasar buah kiwi terbesar di dunia dan menjual buah kiwi ke lebih daripada 60 negara. Beribu pejabat di Mount Maunganui, New Zealand iaitu daerah pengeluaran buah kiwi terbesar di negara berkenaan.
*macamana, menarik kan? kalau anda penggemar kiwi seperti saya, jom kepasar berdekatan untuk cuba Zespri® Gold. Yang nyata ia memang cukup manis . aum aum


Wake Up With Zespri | Pada 29 mei yang lalu satu program Wake Up With Zespri telah berlangsung di Desa ParkCity Kuala Lumpur. Satu program yang cukup mendapat sambutan dari pelbagai usia. *wuhuuuu bestnya


Untuk makluman semua, terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Antara aktiviti yang menjadi tumpuan untuk pengunjung antaranya ialah Fun Workout with Jojo Struys dan Cassey Ho, Zorb ball, Smoothie Bike dan pelbagai lagi. *ha bukan senang nak tengok saya turun di program-program macam ni. hehe


Paling istimewa para pengunjung boleh menikmati air kiwi (detox) dan hidangan sarapan sihat kiwi yang diberikan secara PERCUMA!!


Rugi bagi korang yang tidak menyertai program Wake Up with Zespri ini. Banyak aktiviti yang anda dapat lakukan bersama khususnya dengan keluarga.


Share:

0 comments:

Post a Comment


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive