Tuesday, May 31, 2016

BUFFET RAMADAN MENU THAI DI CHAKRI PALACE KLCC



Pelbagai jenis pilihan citarasa menu untuk berbuka puasa telah saya review di dalam entry-entry yang lepas. Namun untuk entry kali ni, ianya sudah semestinya menjanjikan satu kelainan. Masakan ala melayu sudah terlalu banyak, kini kita cuba beralih arah kepada menu buffet ramadan dengan citarasa Thailand. Tidak perlu terbang beribu batu semata-mata untuk menikmati makanan Thailand, ini kerana ianya ada di Chakri Palace, KLCC.


Apa yang menariknya, menu yang dihidangkan akan senantiasa berubah setiap hari, *jadi tak perlu takut jemu kalau nak berbuka setiap hari di sini pun kan. Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan menu diorang, korang boleh rujuk di website diorang.


Berikut merupakan menu utama yang bakal korang rasa jika berbuka puasa di CHAKRI PALACE KLCC. *korang tengoklah sendi, memang cukup menyelerakan.


Menu berbuka di Chakri Palace, KLCCSamosa, Vegetable Spring Roll, Steam Fish With Lime and Chillies, Chicken Kapitan, Prawns with Butter Sauce, Lamb With Black Pepper Sauce, Massaman Beef, Stir Fried Chicken With Sweet and Sour Sauce, Mixed Vegetables, Stir Fried Bean Curd with Thai Basil Leaves and Chillies, Nasi Briyani


Pelbagai jenis kerabu termasuk signature Traditional Thai Papaya Salad (Som Tam). *kalau tak ada Som Tam ni memang tak sah la kan?.


Pilihan beberapa jenis Tom Yam iaitu Tom Yam Putih atau Tom Yam Biasa. Tom Yam ni korang boleh pilih untuk makan dengan koay teow, beehoon atau apa-apa je. Kalau nak kosong pun tak ada masalah. *boleh ikut selera masing-masinglah kan.


Jangan lupa dengan signature makanan mereka iaitu Pulut Mangga dan Kadok Leaves Roll (Mieang Kam) . *menu wajib cuba kalau ke restoran thai ni. Bukan itu saja, banyak lagi pilihan pencuci mulut yang korang boleh cuba.


Restoran CHAKRI PALACE KLCC ni bagi saya memang cukup selesa, korang boleh lihat sendiri deco dan perabut yang mereka guna.


Jadi kalau korang ke KLCC bulan Ramadan ni, jangan segan silu singgah berbuka di CHAKRI PALACE. Kalau perlu buatlah tempahan awal. *takut penuh, tak pasal-pasal berbuka di 7E je nanti. hehe.


Harga Buffet Ramadan di Chakri Palace adalah seperti berikut:

Chakri Palace Suria KLCC
Dewasa : RM91.90 / seorang
Kanak-kanak & Warga Emas (6-12 Tahun) – RM47.90 / seorang

Chakri Palace Pavilion
Dewasa : RM79.90 / seorang
Kanak-kanak & Warga Emas (6-12 Tahun) – RM39.90 / seorang

Diskaun 15% apabila menggunakan credit kan CITYBANK
Buy 5 free 1 ( untuk 50 orang terawal sahaja)
Imperial Chakri Palace KLCC

Buffet Ramadan bermula 10 Jun 2016 (6.30 petang – 10.00 malam)

Alamat :
Lot 417B, Level 4, Suria KLCC
50088 Kuala Lumpur
Tel : 03-2382 7788
Fax : 03-23820269

Chakri Palace Pavilion
Level 4 Connection, Pavilion KL
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-21431141
Fax :03-21441141
E-mail : cp.pavilion@chakri.com.my


7 comments:

  1. Nampak menarik menu yang Chakri Thai Restaurants sediakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau suka menu masakan thai boleh la cuba kat sini

      Delete
  2. alahai tempting nya. camni buka puasa , mau tersandar smp sahur kekenyangan..

    ReplyDelete
  3. Mak aih! Kecur liur tgk semua. Wargh!

    ReplyDelete

Created By Sora Templates