travel, food and lifestyle blog

Monday, June 06, 2016

RESTORAN HUMBLE CHEF | SPAGHETTI BERHARGA RM5 DI BUKIT DAMANSARA



RESTORAN HUMBLE CHEF | SPAGHETTI BERHARGA RM5 DI BUKIT DAMANSARA | Bagi penggemar makanan barat di Damansara mungkin sangat terbiasa dengan RESTORAN HUMBLE CHEF yang terletak di Bukit Damansara. Tidak hairanlah jika tempat dimana berlokasinya RESTORAN HUMBLE CHEF sekarang terkenal dan hidup oleh kerana kewujudan mereka di kawasan tersebut. *bunyinya seperti menarik bukan? Dan ini telah menyebabkan kami telah terbawa untuk datang ke sini.


Untuk pengetahuan korang, RESTORAN HUMBLE CHEF ini dikatakan bermula dengan perniagaan makanan barat dengan menggunakan lori bergerak tepi jalan atau di panggil sebagai “Food truck”. Sekarang, RESTORAN HUMBLE CHEF telah menjadi sebuah restoran yang sentiasa penuh dengan pelanggan iaitu penggemar western food. Ada ketika sampai beratur panjang orang nak belimakanan kat sini.


Memang terbaik. Tak hairanlah sampai begitu sekali kan. Harga western food disini amat-amat berpatutan, dimana bermula RM 2.50 sehingga RM 20. Untuk spaghetti dengan RM 5 sahaja. *RM 5 je okay. Tapi pasti ramai yang tak percaya bukan? Jangan risau kerana, dengan harga sedemikian portion yang mereka sediakan juga adalah banyak. *seperti portion kebiasaan kedai. Murah tu memang dah satu hal, sedap tu pulak memang tak boleh nak nafikan lah kerana pemilik mereka sangat komited dalam menjaga kualiti setiap penghasilan makanan mereka di dapur. 

Harga menu di Humble Chef Cafe

Haaa.. untuk pengetahuan korang, selain dari harga makanan barat yang murah, RESTORAN HUMBLE CHEF juga mempunyai menu istimewa iaitu LAKSA GORENG (Fried Laksa) yang hanya dijual dengan harga RM 6 sepinggan. *bagi penggemar sesuatu yang pedas, korang boleh try LAKSA GORENG ni. Bukan ini sahaja yang ada di RESTORAN HUMBLE CHEF ni ya, banyak lagi menu yang murah dan sedap seperti pitakebab, lamb chop dan lain lain.

Saya sangat suka pada sandwich (Omelet with Beef Mushroom Sandwich)
 mereka. Terkejut dengan portion sebegitu ianya hanya dengan harga RM 3. Bukan Sandwich biasa-biasa kot, siap ada ala-ala daging cincang kot kat dalam tu. Agak-agak tang mana mereka dapat untung ek? Kalau kat luar dah dah dekat 6 ke 7 ringgit dah.

Kalau ditanya yang mana satu menu paling saya suka, saya akan kata Spaghetti Kambing (Lamb Chop with Pasta) ni. Portion yang sangat besar dengan harga RM 20. Semua sedia maklum bahawa saya sendiri tidak suka makan kambing. Tapi menu ni sudah mengubah selera sebenar saya. *perghhh!! memang terbaik habaq hang.



Waktu RESTORAN HUMBLE CHEF beroperasi adalah bermula dari jam 11.00 am hingga jam 11.00 pmdari hari Isnin sampai Sabtu. Ahad off day.


Bagi korang yang nak ke sini untuk pertama kali, tidak perlu risau kerana lokasinya mudah untuk di akses dengan aplikasi waze. Ia juga berlokasi dekat dengan beberapa landmark penting seperti Masjid Besar dan CIMB.


Dimiliki oleh Rosman Hussin Rizal

RESTORAN HUMBLE CHEF
54, Jalan Medan Setia 2, Plaza Damansara
Bukit Damansara, 50490, Kuala Lumpur

Tel: 014-229 6854 (Rosman)

Kredit foto : Mek Onie & Yazid Izzat
Share:

12 comments:

  1. Memang kena dengan namanya... "humble chef"

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tu, lagipun owner dia sangat humble

      Delete
  2. Semua sedap. Unbelievable RM5 ja spagethi nya. Termurah dah ni tambahpula kat area Bangsar kot. Wajib pergi lagi nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula, kita pon 3-4 kali gak tengok menu takut silap

      Delete
  3. Madi.. yg food truck humble chef ni ada lagi ker.. dulu selalu makan kat situ.. skrg pi mcm dah tak ada.. ke mmg dah tak ada after bukak kedai ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih ada. isnin-sabtu 930pm-1230am

      Delete
  4. videooo klakarrrrr... ahakkkk

    ReplyDelete
  5. Salam cik jue masih berniaga buka hari isnin-sabtu 930pm-1230am..bulan ramadan pun kami buka di lokasi yang sama

    ReplyDelete
  6. Macam mana portion spagetti? Puas ati x? Tgk dlm pic tu mcm sikit je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. portion dia boleh tahan. takdelah sikit sebab saya makan memeang kenyang

      Delete


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive