travel, food and lifestyle blog

Friday, June 17, 2016

BERBUKA PUASA DI ASMARA PENCHALA 2016 | BUFFET RAMADAN FELDA D'SAJI


Pada tahun lepas, saya dan kawan-kawan pernah berbuka puasa di ASMARA PENCHALA, memandangkan kami sangat berpuas hati dengan makanan yang mereka sediakan, tahun ini sekali lagi kami telah terjah ke sini.


Pada bulan Ramadhan tahun ini, restoran ini ada menawarkan buffet makanan halal dari Middle Eastern yang di masak oleh chef selebriti Ammar Ali dan masakan Melayu oleh chef Ismail Jaafar. Sudah semestinya masakan yang disediakan oleh pihak katering Felda D'Saji ni tidak pernah mengecewakan saya. *tambah pula dengan masakan melayu kampung dia. Jom kita lihat teaser makanan-makanan yang ada disini.






INFO BERKENAAN RESTORAN ASMARA PENCHALA

ASMARA PENCHALA merupakan sebuah restoran yang bertemakan kampung moden dan kontemporari dan terletak di Kampung Sungai Penchala. Senibina dan tatarias Restoran ASMARA PENCHALA berkonsepkan Bali style.


ASMARA PENCHALA menyediakan kemudahan yang cukup lengkap untuk tetamu mereka menjamu selera dengan selesa termasuklah ruangan terbuka dan ruangan tertutup yang berhawa dingin dengan berlatar belakangkan muzik yang menghidupkan lagi suasana menjamu selera.

Rekabentuk indah restoran ASMARA PENCHALA ini telah menggabungkan rekabentuk moden kontemporari di samping memelihara kebudayaan tempatan Melayu yang menjadikan sebahagian dari suasananya yang cukup romantis.

ASMARA PENCHALA adalah tempat yang sesuai untuk dijadikan lokasi acara dari segi perniagaan sehinggalah majlis perkahwinan, seminar, persidangan, akad nikah, dan macam-macam lagi. Secara keseluruhannya, Restoran ini mampu menampung sehingga 700 orang tetamu pada satu masa.

Kredit foto : MekOnie


Untuk pengetahuan korang, ASMARA PENCHALA sedang buat promo buffet ramadan mereka di Groupon. Kalau korang nak jimat, boleh la terjah (www.groupon.my) sekarang.

(Jun 9, 2016 – Jul 1, 2016)
Buffet for 1 person for RM55 instead of RM69

(Jun 9, 2016 – Jul 1, 2016)
Buffet for 2 people for RM100 instead of RM138

LOKASI ASMARA PENCHALA | Lokasi yang mudah untuk anda ke ASMARA PENCHALA ini adalah sama ada exit ke bukit lanjan (dari sg.buloh) atau boleh melalui persimpangan petronas (dari sg.buloh) di mana bersebelahan jalan tersebut adalah pusat membeli belah The Curve/Ikea atau anda boleh melalui persimpangan TTDI, Damansara.

Address :
Lot 2933,
Jalan Sungai Penchala,
Kampung Sungai Penchala,
60000 Kuala Lumpur‎

Google Map Direction:

Email: 

Tel No :
03-26988302 / 016-212 7952

Website :
Share:

6 comments:

  1. Waaah... banyaknye makanan. Sedapnyeeeer...

    ReplyDelete
  2. Sedapnya. Terliur pulak tengok pagi-pagi ni. Saya singgah sini ya =)

    ReplyDelete
  3. Wah... konsep Bali. Tempat cantik, makanan pun nampak sedap! :D

    ReplyDelete
  4. sedap2 makanan kat sini ye....

    ReplyDelete
  5. kenapa tahun ni awak tak ajak saya sekali? :(

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive