CUTI SEKOLAH BERSAMA SUPERHERO POWER RANGERS DI RESORTS WOLRD GENTING


Sabtu lepas sempat kami meluangkan masa ke Genting Highland untuk menonton pementasan persembahan secara langsung Power Rangers. *peluang nak tengok Power Rangers ni memang tak boleh dilepaskan sebab kita memang suka Power Rangers sejak dari kecil lagi huhu. Bila dapat lihat Power Rangers secara langsung ni, bukan budak-budak je yang excited, yang dah nak jadi bapak budak pun boleh over excited. *mana taknya kita membesar dengan Power Rangers kot.


Untuk pengetahuan korang, persembahan secara langsung Power Rangers ini adalah berdasarkan dua siri televisyen Power Rangers yang cukup popular iaitu Mighty Morphin Power Rangers, dan Dino Charge. Persembahan secara langsung ini mengisahkan Power Rangers, iaitu lima pahlawan yang telah dipilih oleh Energems untuk melindungi bumi dan menghalangnya daripada jatuh ke tangan jahat, iaitu Fury, Poisandra dan pengikut-pengikut mereka.

kuasa jahat Poisandra menjadi saingan hebat buat 5 Power Rangers

Salah satu Power Rangers iaitu Pink, telah ditangkap oleh penjahat bersama dengan Energem. Nasib dunia kemudian terletak di tangan Power Rangers lain kerana mereka perlu membebaskan Pink dan mendapatkan semula Energem yang telah dirampas oleh Poisandra dan pengikutnya.



Persembahan secara langsung Superheros Power Rangers telah diadakan di Genting International Showroom dimana ianya dijadualkan setiap hari pada setiap jam 04pm dan 09pm bermula dari 28 MEI hingga 26 JUN 2016. Apa yang lebih mengujakan, sesi fotografi bersama watak superheroes Power Rangers ini juga diadakan sebelum dan selepas setiap persembahan berlangsung. Ini membolehkan peminat-peminat mereka kanak-kanak khususnya untuk bertemu pelakon dan mengambil gambar bersama.


Tiket ke persembahan Power Rangers secara langsung di Genting International Showroom berharga RM108 (VIP), RM88 (PS1) dan RM68 (PS2). Jika korang tidak berkesempatan untuk melihat pertunjukan secara lansung mereka, superheroes POWER RANGERS juga akan bertemu peminat mereka pada waktu tertentu iaitu 12 tengah hari dan 7.30 petang di Time Square Stage, Power Rangers Activation Booth di Universal Walk, Genting Grand lobi dan di kawasan Show Room Genting International.


Untuk maklumat lanjut, korang boleh call 03–2718 1118 atau akses ke www.rwgenting.com.

Post a Comment

5 Comments

  1. Wahhh best dpt kat tajul ni naik kemaruk dia jap hahaha

    ReplyDelete
  2. Lama tak tengok power rangers, legend sangat, sebab masa sekolah dulu selalu juga tonton

    ReplyDelete
  3. mengamit memori daun pisang sunguh

    ReplyDelete
  4. pergh. menggamit kenangan betul ni!

    ReplyDelete