Thursday, June 16, 2016

BUFFET BERBUKA PUASA DI BANGI GOLF RESORT 2016


BUFFET BERBUKA PUASA DI BANGI GOLF RESORT 2016 | Sudah 3 tahun berturut-turut rasanya saya berpeluang untuk berbuka puasa di BANGI GOLF RESORT . Mungkin kerana faktor lokasinya yang begitu dekat dengan rumah menjadikan saya mudah untuk ke sana. Bukan itu sahaja, jika di lihat dari tahun ke tahun BANGI GOLF RESORT merupakan lokasi berbuka puasa dengan pakej yang begitu murah di Bangi. *tidak hairanlah jika saya katakan tempahan yang mereka dapat selalu penuh.

Restoran BANGI GOLF RESORT telah mendapat pengiktirafan HALAL JAKIM sejak 2009 ini akan mula menyajikan hidangan buffet Ramadan mereka bermula 9 Jun sehingga 4 Julai 2016. *katanya ada lebih kurang 200 jenis hidangan berbuka.


Seperti kebiasaan setiap tahun, kambing golek ini akan menjadi jmenu tumpuan di BANGI GOLF RESORT ini. Sudah semestinya korang terpaksa beratur panjang jika ingin menikmatinya. *itu sudah pasti.


Selain dari kambing, mereka juga turut tidak menghampakan pelanggan mereka dengan hidangan signature wajib mereka iaitu Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma dengan Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. *yang ni korang kena try, resepi dari Singapura katanya.


Banyak lagi menu yang bakal korang jumpa jika berbuka di  BANGI GOLF RESORT ni, mana taknya dengar cerita ada lebih kurang 200 jenis makanan melayu dan barat tersedia oleh chef mereka.



Apa yang paling membuka selera saya di BANGI GOLF RESORT ni sudah semestinya Nasi Kerabu. *boleh tahan juga Nasi Kerabu kat BGR ni.


Kredit Foto :www.blogger2u

Harga Buffet Ramadan Bangi Golf Resort

Harga bersih untuk Buffet Ramadan Bangi Golf Resort Restoran ini adalah seperti berikut

• Dewasa RM58.00
• kanak-kanak RM29 (5 tahun)
• kanak-kanak bawah 5 tahun adalah PERCUMA 

Tempahan Buffet Ramadan Bangi Golf Resort Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau untuk menempah untuk Buffet Ramadan Bangi Golf Resort ini adalah boleh rujuk keterangan di bawah

Kemudahan Di Bangi Golf Resort

Anda bakal dihiburkan dengan persembahan Ghazal "live" semasa berbuka puasa di BANGI GOLF RESORTBANGI GOLF RESORT juga menyediakan ruang sembahyang yang luas, tandas yang selesa untuk kemudahan para pelanggan disamping kawasan letak (pakir) yang luas.

BANGI GOLF RESORT RESTAURANT

Alamat :
No. 1 Persiaran Bandar,
Bandar Baru Bangi,
Selangor 43650.
Malaysia.

Telepon :
03 8925 3728, 03 82100265

Facebook :
Instagram :
Email :
pr@bgrrest.com
Website :

7 comments:

  1. pernh mkn 2 thn lepas.. thn ni tunggu org belanja kat sini... hehehe

    ReplyDelete
  2. bila sebut buffet mmg terliur la..mcm2 ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tu mmg banyak sangat pilihan makanan kt sini

      Delete
  3. Wahhhh! Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma tu nampak tempting gila! :D

    ReplyDelete
  4. aduuuu..teringin...tp tgk hrganya tu...aduhaiii....

    ReplyDelete

Created By Sora Templates