LEGO STAR WARS DAY | Star Wars Parade: Imperial March


Kehadiran saya ke LEGOLAND pada kali ini bukan seperti sebelum-sebelumnya. Kali ini ianya cukup berbeza kerana adanya LEGO STAR WARS DAY iaitu Star Wars Parade: Imperial March. *ia pastinya akan cukup mengujakan bagi peminat-peminat tegar Star Wars kan?



Perarakan ini telah dibawakan oleh kelab peminat Star Wars 501st dengan kostum-kostum lengkap yang sangat realistik! *tidak sah kalau ianya tanpa kehadiran Darth Vader kan?  Bukan kanak-kanak je teruja, saya pun boleh ternganga menegoknya. Apapon, jom kita tonton video dari saudara Hasif[klik] ni.



*macamana, hebat bukan? Bagi penggemar Star Wars, korang pun boleh sertai perarakan ni, tapi ada syaratnya. Syarat tu simple je, korang hanya perlu memakai mana-mana kostum Star Wars yang sesuai sahaja. Apa yang bestnya, sepanjang bulan Mei ini mana-mana kanak-kanak yang menggayakan kostum daripada mana-mana watak filem Star Wars itu berpeluang untuk masuk ke Taman Tema Legoland secara PERCUMA.


Kalau korang nak tahu, peserta yang terlibat dalam perarakan ni bukan saja dari Malaysia tau, bahkan ada juga dari jiran kita Singapura, Indonesia, Brunei, Taiwan, Hong Kong dan Filipina dan Australia. Selepas selesai sahaja perarakan, pegunjung bebas untuk beramah mesra dan mengambil foto bersama mereka di dalam Taman Tema Legoland. *seronok bukan?.



Untuk makluman semua, event ini dikatakan hanya berlansung setahun sekali sahaja bersemperna dengan sambutan Hari Star Wars Sedunia.MAY the FORCE be with you. Jadi ia bukanlah hanya semata-mata tagline, May the Force, May the Forth. Jadi, 4 Mei setiap tahun adalah Hari Star Wars Sedunia. *hebat betul penangan star wars ni kan, siap boleh wujud hari star wars sedunia lagi.

Jadi, bagi mereka yang sangat meminati Star Wars, ini adalah peluang baik untuk korang. Ianya hanya berlaku di LEGOLAND.

Post a Comment

1 Comments