BUFFET RAMADAN SELERA DESA NOSTALGIA 60an HOTEL ANCASA & SPA KUALA LUMPUR


Ramadan makin menghampiri kita, promosi buffet ramadan sudah mula membanjiri kita semua. Tidak ketinggalan dengan Ancasa Hotel & SPA, Kuala Lumpur yang mana ianya terletak di tengah kota raya Kuala Lumpur. Lokasi yang cukup mudah untuk dijejaki kerana ianya terletak berekaan dengan stesyen LRT PLAZA RAKYAT.

Apa yang di fahamkan, tahun ini Ancasa Hotel & SPA, Kuala Lumpur telah membawa kelainan di dalam konsep buffet ramadan mereka. Antara kelainan buffet Ramadan di Ancasa Hotel & SPA, Kuala Lumpur yang ingin di ketengahkan kali ini ialah ialah ia menggabungkan tema dan elemen 60an sebagai menyingkap tirai kenangan bersama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sempena memperingati pemergian Seniman Agung tersebut pada 29 Mei 1973. *menarik bukan?


Buffet Ramadan di Ancasa Hotel & SPA Kuala Lumpur kali ini disajikan dengan kepelbagaian dan keenakan rasa daripada "Saffron Brasserie" yang mampu membangkitkan selera antaranya ialah;
  • Nasi Kabsah bersama Kambing Bakar.
  • Rendang Itik.
  • Burung Puyuh goreng Lengkuas.
  • Sambal Udang Petai.
  • Lemak Ketam Nanas.
  • Kacang Sepat Bercendawan.
  • Daging Opor,
  • Ayam Tandori bersama Sos Pudina.
  • Ikan Jenahak.
  • Sup Setapak *dikatakan menjadi kegemaran Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
  • Dan banyak lagi aneka masakan.

Antara menu yang menjadi pilihan selera saya ialah Nasi Kerabu. *serius dah rasa macam makan kat kampung dah. Memang sedap. Apapon jom kita tonton video di bawah ni.



Harga buffet Ramadan untuk seorang dewasa adalah RM68 dan RM40 untuk kanak-kanak. Akan tetapi pihak Ancasa Hotel & SPA Kuala Lumpur menawarkan potongan diskaun kepada RM58 sahaja bagi mereka yang menempah awal. Tawaran ini hanyasah sehingga 31 MEI 2016 dan selepas tawaran tamat harga baucar kembali ke harga asal.

Jika korang bercadang nak tempah Buffet Ramadan di Ancasa Hotel & SPA Kuala Lumpur ini, anda boleh terus hubungi SAFFRON BRASSERIE di talian 03-20266060 sambungan 7703 atau di talian bebas tol di 1800-88-0032. Sebarang maklumat atas talian anda boleh layari www.ancasahotels.com.

Post a Comment

0 Comments