SUNWAY PUTRA HOTEL FOOD FESTIVAL 2016



Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua pembaca. Pada hari khamis yang lepas (17 Mac 2016), saya dan beberapa orang rakan blogger berkesempatan ke Sunway Putra Hotel untuk bersama-sama memeriahkan SUNWAY PUTRA HOTEL FOOD FESTIVAL 2016 yang telah dianjurkan oleh pihak hotel sendiri. Untuk pengetahuan pembaca, Sunway Putra Hotel merupakan antara top food hot spot di Kuala Lumpur yang menyediakan pelbagai jenis masakan yang enak. 


Ketika SUNWAY PUTRA HOTEL FOOD FESTIVAL 2016 berlangsung, tiga selebriti popular tempatan iaitu Ramona Zam Zam, Shakilla Khoriri dan Anding Indrawani telah dijemput untuk berentap di dalam Celebrity Cook Off Challenge yang diadakan selama 45 minit di lobi Sunway Putra Hotel. Mereka bertiga telah dicabar untuk memasak 3 jenis menu popular yang ada di hidangkan di dapur Sunway Putra Hotel.


Mee goreng mamak hasil dari air tangan Ramona Zam Zam telah berjaya memikat hati para juri untuk menobatkan beliau sebagai juara dalam pertandingan ini. Shakilla Khoriri pula berjaya dapat tempat ke-2 manakala Anding Indrawani pula di tempat ke-3. *tahniah saya ucapkan.


Bersama rakan-rakan blogger yang hadir memeriahkan suasana majlis termasuk Yazid IzzatNeyra Shazeyra, Emas Putih, Amir Nawawi, Halim Brothers, Feeq Says, Fatin Bella dan Mahamahu . 


Bergambar bersama pemenang MSMW2016 kategori Best Food Blog iaitu Mahamahu.


Sempat juga merasa beberapa sample menu dari Gen Restaurant yang mana ianya merupakan restoran yang menghidangkan makanan Jepun.

Setelah majlis selesai, kami telah berpeluang untuk makan malam di Coffe House, Sunway Putra Hotel. Dengan harga buffet makan malam biasa RM78 nett seorang.

A photo posted by projektravel (@projektravel) on



*ha, amacam, tergoda tak? itu baru sikit, ada berpuluh jenis makanan lagi yang ada. Nak sushi ada, western ada dan macam-macam lagi. Kalau korang nak tahu apa lagi yang ada, kenalah datang dan jamu perut anda sepuasnya okay. hehe


Berikut merupakan detail jika anda ingin berurusan berkaitan hotel.

Telefon:
+6 03 40409888

Email:
Facebook:
www.fb.com/sunwayputrahotelkl

Intagram:
@sunwayputrahotel

Website:

Post a Comment

4 Comments

  1. bestnya tengok entry makan..makan dan makan....

    ReplyDelete
  2. Kalau bab makan ni memang terliur ja tengok

    ReplyDelete
  3. tengok menu yang dihidangkan pun dah terasa sedap nak makan

    ReplyDelete