PAKEJ PERKAHWINAN FELDA D'SAJI DI PUTRAJAYA

PUTRAJAYA merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan hebat untuk dijadikan lokasi majlis perkahwinan. Ini mungkin kerana PUTRAJAYA sendiri merupakan lokasi yang exclusive dan mempunyai banyak tempat menarik.


Untuk entry kali ni MY nak bercerita mengenai pakej perkahwinan terbaru dari D'Saji. Lokasi PAKEJ PERKAHWINAN FELDA D'SAJI DI PUTRAJAYA ini merupakan lokasi ke-12 dari pengurusan Felda D'Saji. Ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa, mereka sudah cukup professional dalam menguruskan hal-hal berkaitan ini.


PAKEJ PERKAHWINAN FELDA D'SAJI DI PUTRAJAYA ini merangkumi katering, tempat , termasuk kemudahan yang disediakan oleh Felda D'SajiPAKEJ PERKAHWINAN FELDA D'SAJI DI PUTRAJAYA ini serendah RM 28 per pax. Ramai yang sudah akui bahawa Katering Felda D'Saji memang sudah terkenal dengan keenakan dan kecekapannya sejak bertahun - tahun lamanya.


Lokasi PAKEJ PERKAHWINAN FELDA D'SAJI DI PUTRAJAYA ini adalah di Taman Warisan Pertanian. Apa yang best nya dengan lokasi PAKEJ PERKAHWINAN FELDA D'SAJI DI PUTRAJAYA ini ia merupakan lokasi berkonsepkan warisan tradisional melayu asli.


Di Taman Warisan Pertanian ini juga bakal berdirinya One-Stop Centre bagi majlis perkahwinan yang lengkap. Jadi lepas ni tak perlu menyusahkan diri untuk cari wedding planner, katering, dan sebagainya berkaitan dengan majlis perkahwinan ni. Boleh terus datang ke sini.


Taman Warisan Pertanian ini mempunyai kemudahan-kemudahan asas yang sangat lengkap seperti tandas, surau, kemudahan parkir yang banyak. Bukan itu sahaja, Taman Warisan Pertanian mempunyai kemudahan gerai - gerai ala food court yang sangat meriah dengan pelbagai jenis makanan yang sedap. *untuk pengetahuan korang tempat ini sendiri merupakan port makan yang terkenal di Putrajaya .


Jika korang bernasib baik, kena dengan masanya, majlis perkahwinan korang akan lebih meriah dengan adanya Bazar Warisan iaitu bazar - bazar jualan buah - buahan dan hasil pertanian yang akan berlokasi sekitar Taman Warisan Pertanian ini.

PAKEJ PERKAHWINAN FELDA D'SAJI DI PUTRAJAYA ini telah dilancarkan di dalam Majlis Pelancaran Bazar Warisan yang mana bertempat di Taman Warisan Petanian Putrajaya. Majlis ini telah dirasmikan oleh Datuk Seri Haji Hasim Bin Haji Ismail, iaitu Presiden Perbadanan Putrajaya.

Datuk Seri Haji Hasim Bin Haji Ismail, iaitu Presiden Perbadanan Putrajaya

Untuk pengetahuan korang, Bazar Warisan merupakan program bulanan yang akan diadakan di Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Program yang akan berlansung setiap bulan menyediakan pelbagai aktiviti sampingan seperti pameran pertanian, persembahan musical dan kebudayaan serta aktiviti-aktiviti untuk kanak-kanak. Disamping itu, jualan pelbagai produk IKS, kraf serta anak pokok buah, herba, tanah kompos dan sebagainya, demontrasi mengacau dodol, mengacau bubur lambuk, mencanting batik dan anyaman ketupat serta persembahan angklung dan cepuling turut diadakan untuk tatapan pengunjung.


*sedikit info berkenaan dengan Taman Warisan Pertanian yang perlu korang tahuTaman Warisan Pertanian (Agriculture Heritage Park) sangat menarik untuk korang lawati & terokai kerana di sini mempunyai pelbagai jenis pokok buah-buahan tempatan, herba, rempah ratus, getah, kelapa sawit, kopi, sawah padi, serta pokok kayu tropika yang tumbuh dalam hutan Malaysia.


Kereta buggy akan di caj RM 4.00 setiap seorang

Taman Warisan Pertanian juga sangat sesuai untuk dijadikan tempat untuk korang jogging sambil menikmati kehijauan sekitar.

WAKTU OPERASI & KADAR BAYARAN MASUK

Taman Warisan dibuka setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang
(hari Jumaat ditutup buat sementara jam 12.15 tengahari - 2.45 petang untuk solat Jumaat)

Kawasan makan Taman Penggah beroperasi setiap hari bermula jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam

Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke kawasan makan atau Bazaar Agro

Tiket bayaran ke Taman Warisan : RM 2.00 (dewasa & kanak-kanak 12 tahun ke atas),
tiada bayaran untuk kanak-kanak bawah 12 tahun serta pelajar beruniform sekolah atau pelajar universiti  (sila tunjukkan kad pelajar)

Kereta buggy akan di caj RM 4.00 setiap seorang (RM 3.00 untuk pelajar) atau
anda boleh menyewa sebuah kereta buggy hanya RM 20.00 (6 tempat duduk) atau RM 25 ( 8 tempat duduk)


Untuk pengetahuan korang Taman Warisan Pertanian Putrajaya ini adalah milik Perbadanan Putrajaya dan telah berkolaborasi dengan pengendali pakej perkahwinan terunggul Malaysia, Felda D'Saji

Untuk korang yang berminat, bolehlah hubungi no telefon yang tertera di bawah.

Telefon :
03 - 2698 8302 / 013 - 386 0453 / 019 - 295 6232 



Email :

Post a Comment

10 Comments

  1. wahh bagus ada pakej perkahwinan lagi., leh syorkan pada rakan lain..

    ReplyDelete
  2. bagus ada tempat macam ini....menarik..

    ReplyDelete
  3. Wah macam best je kat sini...masuk pun free je ke argo bazar tu...

    ReplyDelete
  4. Oh di Taman Warisan Pertanian ya, lepas ni makin sesak la tempat tu dengan kenduri kahwin ya

    ReplyDelete