LOKASI MAJLIS PERKAHWINAN FELDA D'SAJI DI KAJANG PERDANA AVENUE



Bila kita bercerita tentang D'Saji, sudah semestinya cukup terkenal dikalangan orang-orang kita. Jika dulu, mereka sangat popular dengan perkhidmatan catering, sekarang mereka sudah mula melebarkan sayap kepada restoran dan service pakej perkahwinan.

Kalau korang masih ingat tentang satu entri yang MY dah tulis sebelum ni berkenaan VENUE PERKAHWINAN BARU DARI FELDA D'SAJI DI KAJANG. Baru-baru ni, MY telah berkesempatan untuk kesana untuk melihat sendiri lokasi tersebut.


Untuk pengetahuan korang di luar sana tu, Kajang Perdana Avenue ni merupakan lokasi ke 11 yang diuruskan secara eksklusif oleh Felda D'Saji. *banyak tu, memang cukup nak buktikan yang mereka mempunyai pengalaman luas dalam bidang ni.


Apa yang MY suka dengan Kajang Perdana Avenue ni kerana ia mudah diakses dan lokasinya dekat dengan jalan raya. *masa dalam perjalanan tu dah nampak gahnya bangunan dia di tepi jalanKajang Perdana Avenue ni dikatakan boleh memuatkan sehingga 700 orang dalam satu masa. Dengan adanya kemudahan dewan berhawa dingin dan juga ruang terbuka pelanggan boleh pilih mengikut kehendak masing-masing.

Ruang tertutup berhawa dingin

Pada bahagian terbuka, mereka ada menyediakan kipas besar yang mampu memberi keselesaan kepada para pegunjung.

Ruang terbuka
*PARKING???. Jangan risau, ruang paking yang besar dan dekat dengan dewan.


Harga pengenalan pakej perkahwinan yang dilancarkan adalah bermula RM28 seorang. Selain majlis perkahwinan, majlis lain seperti akikah, majlis bertunangan, seminar, hari keluarga, akad nikah boleh diadakan disini.* majlis konvo budak tadika pun boleh tau.


Kemudahan yang disediakan:-


  • Parking sehingga 250 buah kereta dalam satu masa
  • Bilik menunggu VVIP/VIP 
  • Bilik persalinan pengantin yang dilengkapi bilik air,tandas, surau
  • Pejabat jualan


Akses yang mudah melalui:-


  • SILK Highway
  • Persiaran Kajang-Semenyih By pass
  • Cheras-Kajang Highway
  • Seremban-Kajang Highway
  • Jalan Semenyih


Pakej perkahwinan di Kajang Perdana Avenue ini termasuk:-


  • Penggunaan tempat 
  • Penyediaan katering, layanan tetamu dan VVIP
  • Hiasan Pelamin
  • Walkway dan Archo Dummy Cake 3 tingkat
  • Standard PA sistem
  • Kawalan lalulintas oleh RELA


Avenue juga sesuai untuk acara:-


  • Konvokesyen tadika
  • Makan Malam Korporat
  • Fashion Show
  • Pelancaran Produk
  • Seminar
  • Bengkel pembelajaran

MAJLIS PERASMIAN KAJANG PERDANA AVENUE | Majlis perasmian KAJANG PERDANA AVENUE telah berlansung pada 21 Januari 2016 , dan telah dirasmikan oleh YB Pengerusi Kumpulan Felda iaitu YB Tan Sri Datuk Sri Utama Hj. Mohd Isa Abdul Samad.

Ucapan perasmian oleh YB Tan Sri Datuk Sri Utama Hj. Mohd Isa Abdul Samad



Semasa majlis perasmian ni, ramai yang puji dengan masakan yang D'Saji sediakan. Ada juga makanan yang terpilih yang mana menjadi kegemaran ramai pelanggan-pelanggan D'Saji antaranya Apam Balik Seri Menanti dan Cendol Songkok Tinggi. Kedua-dua menu ini boleh di tambah di dalam menu jika diminta oleh pelanggan mereka.

Apam Balik Seri Menanti
Apam Balik Seri Menanti
Ramai yang memuji dengan kesedapan rasa Apam Balik Seri Menanti ni, rasa satu memang tak cukup. *MY saja sudah berapa keping.

Cendol Songkok Tinggi
Cendol Songkok Tinggi
Untuk mereka yang ingin keterangan lanjut, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut:


Felda D'Saji Kajang Perdana Avenue
Taman Kajang Perdana
Kajang
Selangor

Telefon:
03-88811311
03-26988302
013-3680453 ( En. Syaiful)
019-2956232 (Cik. Nurul Nadia)

Facebook:

Instagram:



Terima kasih kepada pihak pengurusan Felda D'Saji atas jemputan team Projek Travel dan rakan bloggerke majlis perasmian ini dan sesi pengenalan kepada Felda D'Saji Kajang Perdana Avenue.

Foto : 

Post a Comment

7 Comments

  1. Wah... belum pernah rasa atau nikmati D"Saji. Ingat saji ingat minyak masak saji daripada Syarikat FELDA.

    Memang nampak sedap jika tengok kepada menunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dsaji punya makanan tak pernah mengecewakan.

      Delete
  2. Felda dah melebarkan sayapnya dengan membuka banyak cawangan di seluruh negara, bagus la untuk orang Kajang dan berdekatan

    ReplyDelete
  3. dsaji biasa kat felda kat jln semarak tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorg ada banyak cawangan, kt kl titiwangsa belakang istana budaya tu pon ada. ganti restoran nelayan

      Delete
  4. Hotel terdekat dgn tmpt ni , boleh share

    ReplyDelete