travel, food and lifestyle blog

Friday, January 29, 2016

FILEM OLA BOLA, FILEM WAJIB TONTON 2016


FILEM OLA BOLA, FILEM WAJIB TONTON 2016 | Apa yang korang rasa jika seorang bukan penggemar bola diajak untuk menonton filem yang berkisarkan tentang sejarah bola? *oh my god, hope aku tak tidur dalam panggung nanti. Tapi apa yang telah terjadi adalah perkara sebaliknya.

Sejak dari minit awal filem ni ditayangkan, MY sudah rasa sesuatu. *satu perasaan yang sukar untuk digambarkan. Jiwa ni seolah sangat menerima. Perasaan seolah-olah sudah lama tidak menonton sebuah filem yang cukup berkualiti seperti ni. *ianya mengingatkan MY kepada arwah Yasmin Ahmad. Filem ini amatlah berkualiti tinggi dan boleh dikatakan setanding dengan filem-filem hebat luar negara. Dari segala segi ianya cukup perfect, dan cukup segalanya.

Chiu Keng Guan
Filem ini merupakan sebuah filem arahan Chiu Keng Guan, yang mana beliau pernah berjaya memecahkan rekod kutipan kedua tertinggi selepas Filem Polis Evo melalui filem arahannya sebelum ini iaitu , The Journey dengan kutipan sebanyak RM17.28 juta pada 2014. *semoga filem ini akan lebih berjaya hendaknya.


SINOPSIS | Kisah OlaBola bermula ketika seorang wartawan bernama Marianne yang ditugaskan untuk membuat kajian tentang pasukan bola sepak negara yang telah mencipta nama pada era 80an dahulu yang mana ketika itu nama Malaysia dalam sukan bola sepak begitu digeruni oleh pasukan lawan khasnya di rantau Asia ini. Marianne mula merasa bosan dengan kerjayanya dan membuat keputusan untuk berhijrah ke England. Sebelum dia meninggalkan negara, dia membuat keputusan untuk menyiapkan tugasannya buat kali terakhir. Namun, dia menemui suatu perkara yang ternyata mengubah hidupnya.


Mengimbau kembali ketika di awal era 80-an, pasukan bola sepak negara ketika itu berdepan dengan cabaran di mana pemain-pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting. Keadaan semakin rumit apabila hampir setiap pemain mempunyai isu dan masalah masing-masing. Walau bagaimanapun, mereka hanya mempunyai satu peluang untuk beraksi di persada mata dunia. Jadi, barisan pemain harus mengetepikan hal peribadi demi mengharumkan nama negara. Ketika semangat kembali menyemarak dalam diri, pasukan negara sekali lagi diduga dengan satu cabaran yang mematahkan semangat mereka dan harapan negara.

OlaBola yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini akan membawa penonton dari pelbagai bangsa untuk sama-sama merasai semangat bersatu hati dan muhibah. Kisah yang penuh ikhtibar ini akan membawa penonton melihat semangat, keunikan dan kekuatan yang terdapat dalam kepelbagaian bangsa di Malaysia.


PELAKON AMATUR | Apa yang MY nak puji di sini ialah dari segi pemilihan pelakon. MY seolah tidak percaya bahawa hampir semua watak utama yang ditonjolkan di dalam filem ini merupakan pelakon baru. Kualiti lakonan yang mereka berikan mengalahkan pelakon berpengalaman yang ada di dalam industri lakonan kita.


Antara pelakon-pelakon baru yang berbakat besar itu, JC Chee, 29 (Tauke), Saran Kumar, 21 (Muthu), & Luqman Hafidz, 25 (Ali). Filem ini juga didokong oleh beberapa orang pelakon lain seperti Lim Jian Wen (Tiam Cai), Mohamad Taufiq (Abu), Eric Teng(Eric), Marianne Tan (Marianne), Katrina Ho (Tan Siew Lee), Daphne Low (Chow Mei Ling) & Mark Williams(Harry Mountain). Semua watak yang ditonjolkan di dalam filem ini sangat memberi impak yang bagus. *sekecil-kecil watak berjaya menghidupkan jalan cerita filem ni. Mereka berjaya menterjemahkan emosi dengan baik sekali sehingga mampu menyentuh hati penonton. *pertama kali MY boleh nangis masa menonton wayang.



Selain dari barisan pelakon yang MY nyatakan di atas, Bront Palarae juga menjadi salah satu pelakon yang cukup menonjol di dalam filem ini. Dengan hanya memegang watak sampingan sebagai seorang pelatih pengulas sukan, ada pengisian yang cukup untuk membuat kita terhibur.


Apa yang membuatkan MY untuk terus menonton filem ni sehingga habis ialah kerana, ianya bukan hanya sekadar bercerita mengenai bola sepak, tetapi lebih kepada persahabatan, kekeluargaan, perpaduan kaum dan perjuangan dalam pasukan.







Jadi apa tunggu lagi, MY sudah. Korang pulak bila lagi? Filem OlaBola ini akan mula di tayangkan di pawagam mulai 28 JANUARI 2016 ini.

Tonton bukan hanya kerana anda minat kepada bola sahaja, tapi tonton kerana inilah KUALITI FILEM YANG RAKYAT MALAYSIA NAK. Ingat ! bukan bola semata-mata, tapi lebih berkisar mengenai kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Apa yang MY nak katakan, MY amat menyukai filem ini dari segala aspek. *Speechless!!!


Maklumat lanjut sila layari:

Share:

4 comments:

  1. Ala, haritu nak pegi tengok cerita ni. Ramai orang review best.

    Jemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. best film ni! memang terbaik!!!

    ReplyDelete
  3. Yes dh tengok...memeang best 4/5*

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive