travel, food and lifestyle blog

Wednesday, December 09, 2015

POWERBANK PINENG PN920 DARI LAZADA

POWERBANK PINENG PN920 DARI LAZADA | Sudah sampai masanya untuk bertukar kepada powerbank baru setelah bertahun powerbank lama bertahan. *itupon rosak sebab tertumpah sup masa dinner tempoh hari. Jika dulu MY menggunakan powerbank yang berjenama PINENG, untuk kali ni juga jenama sama MY pilih kerana kualitinya. Semua sedia maklum bagaimana pentingnya benda yang bergelar powerbank ni. *kalau tak ada powerbank boleh muram beberapa jam, sebab tak leh on telefon kan. Oleh kerana LAZADA ada membuat promosi, sekali lagi MY membeli powerbank di LAZADA.


Sistem yang boleh dipuji, dari awal barang dioder sehingga proses barang dihantar dan sampai ke tangan MY. Perkhidmatan penghantaran barang yang tidak menyusahkan pelanggan. Bila barang dalam proses penghantaran notification akan diberikan melalui masej dan email untuk memudahkan pelanggan seperti MY menunggu barang sampai. *tidak perlu menunggu berhari-hari tanpa kabar berita.

Walaupun dari jenama yang sama iaitu PINENG, model powerbank yang MY beli kali ini berbeza dari yang sebelumnya.



Pineng PN920 20000mAh Powerbank Dual USB Port with New Design (Black)
+ Free Hi Speed Charger




Sengaja pilih yang 20000mAh, sebab kalau travel atau berjalan mesti akan makan masa untuk balik ke rumah. *jadi powerbank lah penyelamatnya. Apa yang best dengan powerbank ni, dia membantu untuk charge telefon kita dengan cepat, manakala kelemahan yang ada pada powerbank ni pula seperti berikut:


Kekurangan:

*masa charge powerbank yang sangat makan masa
*saiz yang besar dan berat
*tidak disertakan dengan cable untuk charge telefon
(hanya chager powerbank sahaja diberi)



Powerbank ni MY beli hanya dengan harga RM74 termasuk GST dan delivery. *bayar masa barang sampai (COD). Jadi bagi mereka yang takut nak beli barang online tu, korang tak perlu risau la sebab boleh bayar masa korang terima barang ya. Apapon, masih awal lagi kalau MY nak buat review penuh. Apa yang MY harapkan ianya tak akan mengecewakan MY sepertimana perkhidmatan abangnya sebelum ni.

Share:

6 comments:

  1. nice! belum ada powerbank lagi ini..dah lama nak beli tapi sampai sekarang tak beli beli jgk..hehe..btw cantek blog.. :)

    ReplyDelete
  2. wah, beli power bank dari Lazada. Iday pon beli COD, tak berani nak bayar dulu. Hahahaha Tapi harap2 okay la ye. Ada warranty tak?

    Madi, jemput join blogger contest di blog iday ye :) Hadiah berupa AirAsia Big Points and Cash sehingga RM600 : http://www.sayaiday.com/2015/12/blogger-contest-hadiah-30-ribu-airasia-big-points-RM600-cash.html

    ReplyDelete
  3. Memang bagus la kalau ada powebank ni...MV pun masih berkira-kira la nak beli

    ReplyDelete
  4. SHa pun dkt lazadabaru2 ni..skali smpai tak dpt on pla..adui mak..

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive